Gempa Bumi di Malaysia
By
On October 16, 2009 At 12:01 am
Category : Fakta dan Informasi, Tempatan
Tags : Api Pasifik, Bencana, Bentong, Bukit Tinggi, Gempa Bumi, Gempa Malaysia, Janda Baik, Jerantut, Kuala Lumpur, Manjung, Ritcher, Tempatan
Responses : 3 Comments
40 kali gegaran gempa bumi, termasuk paling tinggi tercatat ialah 3.5 skala Ritcher telah direkodkan berlaku di Malaysia sepanjang tempoh 2 tahun dari 2007 hingga 2009. Menakutkan bukan? Lokasi-lokasi yang kerap dilanda ialah di kawasan Lebuhraya Karak (Janda Baik, Bukit Tinggi, Bentong, etc), Jerantut, Kuala Lumpur dan terbaru ialah daerah Manjung, Perak. Tidak kusangka Malaysia yang terletak di luar lingkaran api pasifik ni pun dah merasai bahana gempa ni. Dah banyak dosa kot orang-orang kat situ. Nauzubillah.
Tahukah anda pada masa Filipina dilanda taufan, Taiwan diredah badai dan Indonesia digemparkan, daerah Jerantut di Pahang telah dihujani dengan hujan air batu sebesar penumbuk?! Dalam satu ayat al-Quran, tak silap dari surah al-Mulk, ada mengatakan sesuatu seperti lebih kurang ataukah kami akan menurunkan hujan batu ke arah kaum itu..lebih kurang la, kalau nak detail, gi bukak tafsir ye, maafkan aku yang agak jahil ni. Tapi ayat-ayat Allah tu sudah jelas menampakkan tanda-tandanya. Bumi ini pun sudah tua, maka kita yang semakin tua ni, marilah muhasabah diri, cukup ke solat kita, cukup ke puasa kita, berapa banyak dosa telah kita lakukan hari ni, minggu ini, bulan ini dan macam-macam lagi. Cerminlah diri, perbaikilah diri. Saya menasihatkan diri saya juga ni. Saya duduk di Batu Caves, dekat dengan Lebuhraya Karak dan Pusat Perjudian Utama Asia Tenggara Genting Highlands. Uish takut-takut. Jadi, beribadatlah banyak-banyak ye. InsyaAllah. Setuju tak ni? Dapat tak info yang korang nak cari? Kalau tak dapat, sila tinggalkan komen, akan saya respon.
Sumber: Berita Harian




































Pingback: Informasi Malaysia Kini » 10 Gempa Bumi di Sarawak
ya memang benar dunia ni da terlalu tua dan dlm hadis ada megatakan dunia ni da ibarat seperti orang tua bongkok tiga,insyallah klu sya tak silap.manusia kini da tak takutkan allah.isteri derhaka pada suami,anak derhaka pada orang tua n hamba allah da banyak yang tak taat perintah allah.apabila maksiat tu lebih banyak dari amalan baik maka allah akan turunkan bermacam2 musibah.saharusnya hamba allah tau sedar diri,takutkan allah n bertaubat lah sebelum datang hari yang di panggil kiamat.
betul tu zara…kalau kita malas buat amalan baik..jangan pula kita rajin buat amalan buruk..begitulah perumpamaannya…