Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia ke 83
By
On November 7, 2009 At 11:36 pm
Category : Sukan
Tags : 2009, Bola Sepak, Bola Sepak Tempatan, Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan, Sukan
Responses : One Comment
Aah ni memang betul-betul kejadian, bukan tipu tetapi suatu hakikat. Negeri Sembilan ialah juara Piala Malaysia yang ke 83, kali kedua selepas yang pertama pada tahun 1949. Setelah menanti selama 60 tahun, akhirnya berjaya juga pasukan Negeri Sembilan membenam pasukan Kelantan yang kempunan Piala Malaysia sejak dahulu lagi dengan keputusan 3-1.
Memang adat ada yang menang dan ada yang kalah. Kenapa la penyokong Kelantan ni tak paham-paham. Walau aku agak sedih sebenarnya sebab aku sokong Kelantan haha. Pelik. Tu la, Selangor kalah awal-awal, Kedah pun sama. Mana taknya, cuba lihat stadium semalam, 3/4 daripada penonton ialah dari Kelantan. Merah je semua..
So aku sokong la Kelantan. Perlawanan kali ni dicemari dengan balingan mercun dan sampah dan yang paling kurang ajar sekali ialah membakar kerusi stadium. Ish ish..malu lah..sebagai umat Islam yang diajar tentang budi pekerti mulia tidak sepatutnya berbuat sedemikian. Apa-apa pun, tahniah kepada Negeri Sembilan!
Sumber Gambar: Berita Harian






































Pingback: Informasi Malaysia Kini » Keputusan Piala Malaysia – Kelantan dan Negeri Sembilan