close button

Gambar Kereta Terjunam di Kota Bharu Mall

email

KOTA BHARU – Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku. Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan ‘terjunam dari langit’ terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.

Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam. Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.

Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan. Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung. Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian. Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.



UPDATE: Pemandu tersebut ialah remaja perempuan berusia 19 tahun yang sedang belajar memandu di parkir KB Mall. Remaja wanita itu bersama-sama dengan pengajarnya telah melarikan diri selepas kemalangan itu. Polis berharap mereka tampil melaporkan kejadian di balai polis berdekatan.

Sumber Berita: Kosmo Online

Related Posts with Thumbnails

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Hujung Pelangi Subhanallah! Pernah
tau Dimanakah Hujung
Pelangi Yang Cantik?
Jom kita saksikan!
Semut Buat Sarang Pernahkah Terfikir
Bagaimana Semut
Membuat Sarangnya?
Tgk Eksperimen NASA!
Pusaran Naruto Subhanallah!! Misteri
Pusaran Air Naruto
Yg Bahaya di Jepun
Mari Saksikannya!
Kemalangan Ngeri Gambar Kemalangan
Kereta yang Ngeri
Di Terengganu
Jom kalau berani!!
Beg Ular Bagaimana Membuat
Barangan Kulit Mewah
Daripada Ular Sawa
Kejam! Jom tengok!
Terowong Cinta Sangat Cantik Terowong
Cinta Yang Direka
Di Kleven, Ukraine
Yang Romantik. Jom!
Lelaki Misteri Misteri Lelaki Aneh
Berbaju Putih Suci
Menunjuk Arah
Kiblat Solat. Siapa?
Bayi Gigi Besar Subhanallah!! Bayi
Croatia Mempunyai
Gigi Besar Ketika
Dilahirkan. Jom!
Batu Makan Manusia Menakutkan!!!! Batu
Pemakan Manusia
Di Tepi Pantai New
Zealand. Betul Ke?!
Kopitiam Halal Berita Gempar! Hanya
2 Kopitiam Sahaja
Di Seluruh Negara Yg
Mendapat Sijil HALAL!
Wanita Cantik Jadi Tua Berita Gempar! Wanita
Cantik Menjadi Tua
Dalam Masa 5 Tahun
Betul ke ni?! Jom!
Gadis Kuat Seorang gadis membelah
Kereta Kpd 2 Bhgn
dan Membunuh 3 Orang
Di Jepun. Jom!
Lelaki Gila Berani Mati! Pemuda
Ini Bermain Handphone
dan Memandu Motornya
Menggunakan Kaki!
Ikan Jepun Subhanallah Ikan Pelik
Mendiami Di Dasar
Lautan di Jepun
Saksikan videonya!
Motorsikal Gila Gambar Koleksi Unik
10 Motorsikal Yang
Paling Extreme Dunia
Menarik! Jom!
Pantai Boling Menarik! Pantai Bola
Boling Di California
Menguja Mata
Memandang. Jom!

Add your comment

XHTML : You may use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized avatar, please register at Gravatar.com

CommentLuv badge

 



Comments

  1. hmm terok2…..
    apelah nak jadi…dengan dunia kita ni agaknya kn??
    tawakal je lah….

     — 
  2. di mana pun kita berada, ingatlah ajal maut di tangan tuhan….teguhkan iman selalu, Allah lebih berkuasa menentukan segalanya…..

     —