Pencawang TNB Meletup di Guar Cempedak [Gambar]
By
On January 12, 2010 At 1:40 pm
Category : Tempatan
Tags : Guar Cempedak, Kebakaran, Kedah, Malapetaka, Tempatan, TNB, TNB Meletup
Responses : No Comments
Kali ni Pencawang TNB meletup pula. Janganlah cepat melatah nak cari keselahan siapa. Yang paling penting sekali kena tahu bagaimana pencawang tu boleh meletup. Sesudah itu, kena tahu juga kenapa ada pula yang cedera dan kenderaan yang terbakar selepas letupan itu. Adakah pihak TNB membuat pencawangnya tanpa mengikut standard atau prosedur tertentu? Apakah jarak selamat jika berlaku kebarang di pencawangnya. Apakah langkah-langkah yang telah dibuat oleh pihak berkenaan untuk menjaga premis mereka dan memastikan keselamatan penduduk awam di sekitar? Daripada gambar pencawang yang meletup tu, ada banyak isu boleh diutarakan. Tapi aku bukanlah orang yang arif dalam bab-bab ini. Apa-apa pun, di bawah merupakan gambar dan berita tentang peristiwa malang ini.
YAN: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun melecur teruk selepas disambar api, manakala rakannya cedera dalam kejadian letupan membabitkan sebuah pencawang alat ubah milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pekan Guar Cempedak, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pencawang berkuasa 300 Kilo Watt (KVA) itu meletup sebelum api besar menjulang dan menyambar wayar elektrik di depan deretan rumah kedai berhampiran selain membakar kereta Perodua MyVi dan Mazda Estina.
Difahamkan, mangsa, Izzatun Nabila Abdul Karim, 17, bersama seorang rakannya menunggang motosikal menuju ke Pusat Latihan Memandu yang terletak kurang 10 meter dari pencawang berkenaan, untuk mendaftar bagi mengambil ujian berkomputer untuk mendapatkan lesen memandu. Ketika sedang melalui kawasan berkenaan, tiba-tiba pencawang meletup sebelum menghasil api besar yang menyambar kedua-dua remaja terbabit yang kebetulan berada kurang lima meter dari tempat kejadian.
Izatun yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17, di sini, melecur sebahagian tubuh kemudian dibawa ke Hospital Yan di sini, oleh orang awam sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar manakala rakannya hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Guar Cempedak ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam untuk mengawal api.
Sumber Berita dan Gambar: Berita Harian dan Harian Metro



































Komen Terbaru