IPTS dan IPTA Diseragam: Pelajar Wajib Kredit 5 Subjek Menjelang 2015
By
On April 23, 2010 At 1:10 pm
Category : Pendidikan
Tags : Fakta dan Informasi, IPTA, IPTA IPTS Seragam, IPTS, Kemasukan Universiti, Pelajar Universiti, Pendidikan, Radin Umar, Tempatan
Responses : No Comments
Kat Malaysia ini, aku rasa orang yang paling aku respek sekali ialah Prof Dato Radin Umar Radin Sohadi, yang kini Ketua Pengarah di Kementerian Pengajian Tinggi. Sebabnya? Beliau merupakan bos pertama aku dan walau tak lama, aku dah dapat rasa semangat dan impak dia dalam membuat kerja. Selain tegas dalam membuat keputusan, beliau juga sangat baik kepada anak-anak buahnya dan senang didekati. Paling aku hormat sekali ialah walaupun dia sedang mengalami kesakitan yang amat sangat (melalui proses kemotraphy sebab dijangkiti kanser), beliau masih boleh bekerja dan berfikir secara cerdas dan penuh wisdom. Berita tentang IPTS dan IPTA yang bakal diseragamkan ini juga turut merupakan buah fikiran beliau. Thumbs up bos! :)
KOTA BHARU: Syarat wajib kelulusan untuk kemasukan pelajar baru ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta negara ini akan diseragamkan pada sekurang-kurangnya kredit dalam lima subjek, menjelang 2015. Ketika ini, peraturan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menetapkan pelajar hanya perlu mempunyai kredit dalam tiga mata pelajaran untuk memasuki IPTS dan lima kredit untuk memasuki IPTA. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata penyeragaman syarat baru itu perlu dibuat bagi memastikan kualiti pengajian tinggi negara ini berada pada landasan terbaik dan mengelakkan ‘double standard’ dalam pengambilan pelajar IPTA dan IPTS, sedangkan pelajar mengambil jurusan sama.
“Adalah tidak bagus (mereka yang menuntut di IPTS) ini dilihat sebagai pelajar kelas bawahan, sedangkan mereka mengambil jurusan peringkat diploma ataupun ijazah,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau mengulas rungutan yang disalurkan kepada Berita Harian berikutan dakwaan Kementerian Pengajian Tinggi mahu melaksanakan syarat baru kemasukan pelajar, Jun ini, dengan menetapkan hanya pemohon memiliki kelayakan lima kredit dalam mata pelajaran dipertimbangkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pilihan masing-masing.
Syarat baru itu menimbulkan kebimbangan di kalangan pengendali IPTS terhadap kesukaran mendapat pelajar baru. Ibu bapa juga bimbang anak mereka sukar melanjutkan pengajian pada peringkat tinggi sekurang-kurangnya diploma, selepas gagal mendapat tempat di IPTA. Menjelas lanjut, Radin Umar berkata, pihaknya menyedari syarat berkenaan tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa.
Berikutan itu, katanya, IPTS akan diberi panduan serta ruang bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan dasar baru itu kelak
Sumber: Berita Harian Online




































Komen Terbaru