close button

Isu Ramai Doktor Muda Hijrah ke Luar Negara

email

Isteri aku merupakan seorang doktor. Sekarang ni dia tengah bekerja di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebagai seorang doktor pelatih. Isteri aku ni mendapat ijazah kedoktoran dari salah sebuah universiti di Ireland. Aku kahwin dengan dia selepas dia berjaya menamatkan pengajian dia. Dia sudah dapat tempat pun untuk bekerja di Ireland tapi aku kata baik balik Malaysia. Boleh berkhidmat dengan kerajaan. Pastu aku cerita la, kerja kat Malaysia dah tak macam dahulu. Akhirnya dia pun akur pulang ke Malaysia dan bekerja di Malaysia. Lepas tu, barulah aku sedar yang aku telah berlaku zalim kepada isteri aku. Sebabnya? Pekerjaan dia sebagai doktor pelatih di Malaysia tak ubah seperti HAMBA ABDI!

Kerja macam orang gila. Siapa yang berhati mulia akan dibebankan dengan kerja yang lagi teruk. Yelah, sebab dia cakap ya sahaja kepada semua orang dan kerja pun berkualiti. Akhirnya isteri aku jadi tertekan. Alangkah baiknya, kalau dia bekerja di Ireland, gaji aku dan gaji dia sekarang ni kalau dibandingkan dengan gaji dia di Ireland umpama langit dan bumi. Kerja kat sana pun aku tak cakap sebagai rilek tapi sangat profesional. Maka aku pun tak teragak-agak mencanangkan kepada ramai kawan-kawan aku di luar negara dalam bidang doktor ni supaya tak payah balik Malaysia la. Kerja sana lagi bagus. Dan aku juga cadangkan supaya mereka kerja di Singapura at least. Lagi bagus.

Ini bukan faktor gaji. Sebabnya kan ada pepatah melayu mengatakan, “hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik hujan batu“. Tapi ini isu kerja yang macam HAMBA ABDI. Kalau kerajaan Malaysia hendakkan ramai doktor-doktor di Malaysia. Ubahla sistem HAMBA ABDI doktor ya. Di Singapura contohnya, depa melayan doktor pelatih sebagai manusia. Itulah ramai manusia nak pergi ke sana. Ada satu kes di HUKM, seorang doktor pelatih, anak kepada seorang ketua jabatan di sana (doktor senior) hampir-hampir jadi gila tapi bapanya tetap nak anaknya kerja kat situ. Nak anaknya jadi gila kot? Lihat situasi ini kan, kerana ego, sedangkan anak pun dia sanggup buat macam tu, ni kan pula doktor pelatih lain?

Fikir-fikirkan lah. Aku pun nak suruh isteri aku kerja luar negara selepas habis tempoh doktor latihan ni. Hati mulia? Alasan je tu…

Wajah-wajah bakal doktor yang tidak tahu dewasa akan jadi HAMBA ABDI haha…Kasihan..

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menghalang graduan perubatan baru, terutama penerima biasiswa, daripada bekerja di luar negara dan ‘melepaskan diri’ daripada melaksanakan khidmat wajib doktor pelatih atau pegawai perubatan selama tiga tahun di Malaysia, kata pakar perubatan Prof Datuk Dr Lokman Saim.

Dr Lokman, yang juga Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata jumlah graduan perubatan berhasrat bekerja di Singapura tahun ini semakin ramai dan ia berlaku sejak lima tahun lepas apabila Majlis Perubatan Singapura mengiktiraf ijazah perubatan UKM dan Universiti Malaya.

“Kerajaan patut hanya membenarkan doktor-doktor yang dilatih di fakulti perubatan kerajaan, bekerja di luar negara setelah berkhidmat tiga tahun yang diwajibkan di Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya seramai 20 daripada 209 graduan perubatan UKM yang lulus pada 26 Mac lalu telah menerima tawaran sebagai doktor pelatih di Singapura dan ramai lagi graduan Fakulti Perubatan UM sedang mencari rezeki di republik itu. Dijangkakan seramai 80 graduan akan meninggalkan negara ini untuk bekerja di hospital-hospital Singapura, kata Dr Lokman.

Beliau berkata para doktor muda itu sepatutnya membalas jasa di atas peluang yang diberikan kepada mereka untuk dilatih menjadi doktor berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan bukannya menjadikan “UKM dan UM seolah-olah tempat latihan untuk Kementerian Kesihatan Singapura”.

“Adalah perlu bagi kerajaan menyekat doktor-doktor baru dilatih daripada lari melaksanakan kewajiban terhadap negara,” kata Dr Lokman.

Doktor pelatih di Singapura ditawarkan gaji bulanan S$2,690 (RM6,187) manakala di Malaysia, mereka menerima RM3,665 dengan purata elaun “on-call” antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.

“Nampaknya mereka walaupun dilatih untuk menjadi seorang doktor yang berhati mulia dengan berkhidmat kepada pesakit dan masyarakat seperti yang diajar di dalam kurikulum perubatan kita, perbezaan RM1,000 hingga RM2,000 boleh menyebabkan profesional muda meninggalkan tanggungjawab mereka kepada negara untuk berkhidmat di negara jiran,” kata Dr Lokman.

Sumber: Berita Harian Online

Related Posts with Thumbnails

Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!

Mount Rushmore Ada Apa di Belakang
Kepala Presiden US
Di Mount Rushmore
Jom kita tengok!
Sempadan 2 Lautan Subhanallah Smpadan
Antara 2 Lautan
Utama Dunia
Mari Kita Saksikan!
Robot Gila Robot gila dari Jepun
perosak kenderaan
di jalan-jalan utama.
Betul ke robot ni??!
Kemalangan Ngeri Gambar Kemalangan
Kereta Vios vs Pokok
Yg Ngeri Di Putrajaya
Jom kalau berani!!
Beg Ular Bagaimana Membuat
Barangan Kulit Mewah
Daripada Ular Sawa
Kejam! Jom tengok!
Pantai Merah China Subhanallah! Misteri
Pantai Rumpai Merah
Di Panjin China
Memukau Mata. Jom!
Lelaki Misteri Misteri Lelaki Aneh
Berbaju Putih Suci
Menunjuk Arah
Kiblat Solat. Siapa?
5 Gambar Pelik Sangat Menakjubkan!!!
Lima Gambar Pelik
Edisi Bahagian Satu
Mari Kita Lihat!
Bukit Pelangi Subhanallah! Pernah
Tengok Tak Foto
Bukit Pelangi Turki?
Jom kita saksikan!
Kopitiam Halal Berita Gempar! Hanya
2 Kopitiam Sahaja
Di Seluruh Negara Yg
Mendapat Sijil HALAL!
Wanita Cantik Jadi Tua Berita Gempar! Wanita
Cantik Menjadi Tua
Dalam Masa 5 Tahun
Betul ke ni?! Jom!
Kereta Emas Gambar Kereta Mewah
Mercedes Bersalut
Logam Emas Tulen!!
Sangat Membazir!!
Lelaki Gila Berani Mati! Pemuda
Ini Bermain Handphone
dan Memandu Motornya
Menggunakan Kaki!
Ikan Jepun Subhanallah Ikan Pelik
Mendiami Di Dasar
Lautan di Jepun
Saksikan videonya!
Budak Pandu Motor Bahaya! Budak Yg
Kecil Ini Memandu
Motorsikal Di Jalan
Gila! Jom!
Pantai Boling Menarik! Pantai Bola
Boling Di California
Menguja Mata
Memandang. Jom!

Add your comment

XHTML : You may use these tags : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized avatar, please register at Gravatar.com

CommentLuv badge