Kewajaran Remaja 15 Tahun Ditembak Polis PDRM
By
On April 29, 2010 At 9:30 am
Category : Jenayah, Tempatan
Tags : Jenayah, PDRM, Polis, Polis Tembak Mati, Remaja, Remaja Ditembak, Remaja Tiada Lesen
Responses : 10 Comments
Kewajaran Remaja 15 Tahun Ditembak Polis PDRM | Terlebih dahulu, saya mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa remaja yang telah ditembak mati oleh seorang anggota polis. Memang amat menyedihkan apabila insan yang paling kita sayang telah pergi meninggalkan kita. Semoga arwah ditempatkan di tempat yang baik insyaAllah. Pandangan saya ini hanyalah sebuah pandangan yang tidak ada kena mengena atau pro kepada sesiapa.
Insiden tembak mati yang tidak sengaja ini telah menjadi buah mulut kepada semua rakyat Malaysia. Ia juga turut menjadi fenomena di laman terkenal tanahair mahupun dunia iaitu Facebook. Ramai yang menuduh PDRM sebagai menyalahgunakan kuasa, tidak bertanggungjawab, teruk, dah sangat korup (macam tak kena mengena je) dan bermacam-macam lagi. Hakikat yang perlu kita ketahui yang mereka ini hanyalah manusia, dan sedang dalam menjalankan tugas.
Bayangkan. Ya aku suruh korang bayangkan yang korang ni sebagai polis peronda. Pada suatu malam yang gelap, awal-awal pagi, sekitar pukul 2 pagi, waktu yang baik untuk ramai penjenayah untuk bekerja, tiba-tiba, sebuah korang ternampak sebuah kereta dipandu laju, dipandu secara bahaya, dan ditambah lagi yang ianya sedang dikejar oleh beberapa buah motorsikal, menambahkan lagi syak korang. Sebagai seorang anggota polis yang bertanggungjawab, dan dalam tugas meronda, kejadian ini menarik perhatian korang. Maka korang pun kerja sama kereta yang disyaki sedang melakukan jenayah. Korang kejar, dan korang sudah bunyikan seren polis, dan suruh kereta tu berhenti, tapi dia tak berhenti juga. Korang pun lepaskan tembakan kerana menyangkakan yang pemandu dalam kereta tu merupakan penjenayah yang sangat berbahaya. Akhir sekali korang menembak lagi, kali ni terkena kepada salah seorang dari penghuni dalam kereta tersebut. Kereta berhenti. Korang yang tengah cemas mengejar penjenayah ini pun terus meluru ke kereta mangsa sambil pistol masih di tangan. Dalam keadaan spontan, korang terus menyepak dan menyerang sesiapa sahaja yang berada dalam kereta. Yelah, kalau korang berbuat baik, ‘penjenayah’ itu mungkin mengambil kesempatan dengan mengeluarkan senjata seperti parang untuk membunuh korang. Selepas diperiksa betul-betul, “Ya Allah, budak rupa-rupanya yang aku tembak ni. Kenapa? Kenapa? Kenapa budak boleh bawak kereta waktu pagi-pagi buta ini? Ada lesen ke? Apa mak bapa dia buat kat umah? Kenapa? Kenapa? Aku tidak sengaja!” Maka korang pun menjadi bualan rakyat Malaysia yang haprak satu pun tak tahu pasal lumrah kerja sebagai polis.
Polis pun satu, tak usah buat press statement yang pelik-pelik dan yang macam kamu tu bersalah. You are doing nothing wrong. It is just a mistake and just an accident. Perlu tegas dalam hal-hal semacam ni. Buka balik buku standard operational procedures (SOP) dan tunjuk kepada awam yang tindakan dibuat oleh anggota terbabit memang ada dalam buku SOP. Jumpa keluarga mangsa, dan minta maaf. Saya hanya menjalankan tugas.
2 tahun lalu, 2 orang remaja memandu motorsikal tanpa ada lesen dan tidak tahu pun undang-undang jalan raya. Menaiki motor adalah kegemaran mereka. Mereka pun bersiar-siar dengan enaknya. Tiba-tiba kerena kejahilan mereka dalam cara melintas jalan simpang empat dan tidak mematuhi tanda jalan raya, motorsikal mereka telah dilanggar oleh sebuah kereta. Kereta itu pun memecut lari meninggalkan tempat tersebut apabila menyedari telah melanggar pemandu dan pembonceng motorsikal yang bodoh lagi jahil. Pada masa yang sama, ibu bapa aku terkejut melihat tiba-tiba ada sebuah motorsikal melambung masuk ke laluan perjalanan mereka. Bapa ku mengelak dan terus kereta terbalik masuk ke parit. Dan ibu bapa ku meninggal dunia di tempat kejadian. Ini merupakan kejadian sebenar, aku anak yatim piatu. Qadak dan Qadar Allah, kita sebagai yang hidup haruslah meredhai dengan apa yang terjadi.
Bayangkan pula, remaja yang masih mentah, tidak ada lesen, dan dalam keadaan bersalah, pertama telah melanggar kereta orang, selepas itu dikejar orang, dan dikejar polis pula. Suasana menjadi cemas. Beliau takutkan tembelang beliau mencuri kereta abang iparnya dan juga tembelang beliau keluar rumah secara haram diketahui keluarga. Malu, nanti semua orang akan tahu! Maka beliau kena la bawa laju walaupun dia pun tak berapa nak tahu bawa kereta. Dalam keadaan yang gabra itu, terdengar bunyi tembakan amaran. Nak berhenti ke tak ni. Berhenti la, takut aku….tiba-tiba, bammmm….kenapa gelap duniaku….
Bayangkan lagi remaja yang menaiki kereta abang iparnya, yang hanya berumur 15 tahun, yang pastinya tiada lesen memandu. Memandu dengan laju dan dalam keadaan yang gila, melanggar salah seorang dari keluarga korang. Bukan satu, tapi dua, adik-adik korang yang sedang berbasikal di tepi jalan, dirempuh dan terbunuh ditempat kejadian. Apa perasaan korang? Adakah korang dapat memaafkan orang yang jahil (tidak ada lesen memandu) dan cuai dalam memandu kereta? Fikir-fikirkan lah…semua orang ada sahamnya masing-masing…





































Saya setuju dengan pandangan penulis. Umum tidak seharusnya menuding jari kepada anggota polis yg bertugas pada waktu kejadian. Cuba pembaca letakkan diri sebagai anggota polis yang bertugas waktu itu. Apakah yang pembaca akan lakukan? sudah pasti bertindak seperti yang dilakukan oleh anggota polis berkenaan. Kejadian ini sememang satu tragedi menyayat hati tetapi tidak boleh dipersalahkan kepada mana-mana pihak. Nak salahkan keluarga remaja itu juga tidak wajar kerana mereka semua sedang tidur ketika mangsa menyelinap keluar dan memandu kereta secara curi-curi. Saya amat berharap kejadian ini tidak dipolitikkan semata-mata mahu mendapat publisiti dan anugerah ‘pembela rakyat’ walhal ramai lagi insan2 tidak bernasib baik dan berhadapan seribu masalah di luar sana yang menanti pembelaan ahli-ahli politik ini. Keluarga mangsa juga perlu bertegas dan jangan dijadi alat pihak-pihak yang cuba meneguk di air keruh ini. Kita tunggu hasil siasatan panel. kalaulah mangsa berhenti kenderaan ketika dikejar polis peronda sudah pasti tragedi ini tidak berlaku, polis pula tidak perlu lepaskan tembakan dan seorang pelajar sekolah menengah pun masih bernyawa.
@Iruzan ada juga orang bersependapat dengan saya. Terima kasih :)
[WORDPRESS HASHCASH] The poster sent us ’0 which is not a hashcash value.
Memang betul, kalau aku masa tu berada ditempat kejadian dan juga seorang anggota polis, aku akan mengejar orang yg membawa kereta tersebut kerana fikiran aku ingin tahu, siapakah pemandu tersebut dan apakah yang telah terjadi, dan pastinya aku akan membuat andaian bahawa dia adalah penjenayah!! Dan langkah pertama aku menghampiri kereta dan menembak tayar kereta penjenyah. Memastikan ia berhenti. Dalam situasi Anggota Polis ini, dia nak penjenayah tu betul2 xdapat melepaskan diri atau mungkin melepaskan tembakan kearahnya, so, jalan singkat, Aku akan aim kearah pemandu, dan melepaskan tembakan. Penjenayah berhenti, orang awam terselamat. Dan mungkin anggota polis tersebut akan mendapat pujian terhadap apa yang dilakukannya. Tetapi dalam kes ni, seorang budak 15 tahun.. kalau mereka betul2 nak settlekan kes tu, mungkin kawan Arwah aminul rasyid juga akan ditembak mati. Tetapi tidak, mereka membiarkan budak tersebut lari, kerana mereka terkejut melihat tubuh kaku yang ditembak adalah budak belasan tahun. KEdua-dua pihak salah samada mahu atau tidak. Hidup mati hanya berdasarkan pilihan kedua-dua pihak, anggota boleh pilih utk tembak tayar dan memberhentikan kereta, si mangsa pilih untuk tidak berhenti dan terus perjalanan kerana takut, budak tak kan tahu berfikir secara rasional, kita tahu itu, tapi dalam keadaan kejar mengejar, anggota tak tahu ia budak2, so, ending yang amat menyedihkan terjadi. Anggota ada pilihan tetapi kerana terlalu takut akan kemungkinan penjenayah itu mempunyai senjata berbahaya, ia membuat keputusan drastik… dan Arwah juga boleh berhenti tetapi takut.. jika Arwah berhenti, kemungkinan nyawanya masih ada, tetapi dia memilih jalan lain dimana nyawanya terpaksa dihentikan.. Al-fatihah kepada arwah aminul rasyid…
ps : Kenyataan Universal tidak memilih pihak…
Satu je kesimpulan.
POLIS TAK IKUT PROSIDUR. DISCHARGING FIREARM WHEN NOT THREATEN. THE POLICE WAS NOT RETURNING FIRE FOR DEFENSE.
Katakan lah..
Selepas diperiksa betul-betul, “Ya Allah, anak aku rupa-rupanya yang aku tembak ni. Kenapa? Kenapa? Kenapa anak aku boleh bawak kereta waktu pagi-pagi buta ini? Ada lesen ke? Apa mak dia buat kat umah? Kenapa? Kenapa? Aku tidak sengaja!”
TAKDE LESEN BUKAN PENJENAYAH BEB.
TUNJUKKAN BUKTI BUKU SOP KATA TEMBAK AMARAN KEARAH KENDERAAN UNTUK BERHENTIKAN IA!!
BIASA KITA DENGAR DALAM BERITA “POLIS TERPAKSA MEMBALAS TEMBAKAN…..”
SEKARANG, HANYA HUKUM 5 TAHUN PENJARA. PDRM TUTUP BUKU CUCI TANGAN ATAS KECUAIAN ANGGOTANYA….
BUKAN 1-2 PELURU, 21 BEB, 21! KO PENAH MAIN COUNTERSTRIKE? MP5 ADA 30 BUTIR SATU CLIP. BRAPA BAKI?
POLIS SILAP LANGKAH HANDLE SITUASI.
KALO CAMMNI DAH SILAP, MACAM MANA HOSTAGE SITUATION!
Betul. Polis pun tak la betul mana pun. Mereka tu pun manusia…
btol gak.. bodo kn.. xknla NISSAN XTRAIL xleh nk keja saga kot.. mcm bodo je bunyi~~ da la xikot prosidur
Maaf, bukan berkasar… Cuma sangat kesal, sangat, sangat kesal…. :(
bukan kerana tidak ikut prosuder yang telah di tetapkan dalam PTKPN D222,tapi penulis pun dah beritahu…bayangkan kita di tempat anggota yang tembak tu…perkara yang sama akan di lakukan…kalau orang biasa dah tentu berhenti bila polis mengarahkan kenderaannya berhenti di tambah pula telah melepaskan tembakan amaran….tapi tetap tak mau berhenti..jadi dalam pemikiran anggota tu ialah penjenayah yang tegar dan mungkin boleh memberi ancaman bahaya kepada mereka dan juga orang awam yang berdekatan…di tmpt aku kes nih awal tahun 2011,peronda polis telah mengejar kereta yang tidak tahu siapa di dalamnya..memandu dalam keadaan bahaya,mahu tembak tapi takut kejadian seperti di shah alam berlaku sekali lagi,jadi mereka terus mengejar,akhirnya kereta yg di kejar telah melanggar satu kereta sehingga menyebabkan pemandu yang dilanggar itu cedera parah,apabila anggota polis turun untuk menangkap pemandu yang di kejar,pemandu itu telah tersepit dan baru tahu iaitu lelaki cina dewasa yang mempunyai sepucuk pistol yang telah di cekah dan boleh tembak bila-bila masa sahaja tetapi nasib baik kerana pistol itu di letakkan di kaki kanan dan keadaan lelaki itu tersepit dan sukarkan ia mengambil pistol itu…
jadi kalau malam itu kpl jenain(yg tembak aminulrasyid) tidak tembak dan org yg di dalam kereta itu lelaki cina yg mempunyai senjata api..mungkin apabila hendak membuat pemeriksaan..mungkin kpl jenain telah di tembak terlebih dahulu..
kes berlaku di jb sekitar tahun 2000 di mana seorg anggota polis telah tahan 1 kereta yang melakukan kesalahan trafik..setelah di tahan seperti biasa trafik itu minta ic dan lesen memndu sambil itu trafik tadi sdg mmbuka buku saman..bila dia pandang lelaki itu sepucuk pistol telah di halakan kepadanya,anggota itu cuba mengelak tetapi tidak sempat dan lelaki itu telah lepaskan 1 das tembakan kena kepala trafik itu dari pp kiri tembus sebelah kanan tp alhamdulillah peluru itu tidak kena saraf penting dan tidak menyebabkan kematian…jadi kesimpulannya penjenayah kenal polis..polis tidak kenal penjenayah..
kepada firdaus : untuk situasi selamatkan tebusan ia akan di lakukan oleh anggota khas dan satu mag mp5 mempunyai 25 butir peluru sahaja dan kena lihat juga berapa jauh mula tembak sehingga peluru yang ke 21?mungkin juga dalam keadaan kereta bergoyang memang susah untuk tembak tepat ke arah sasaran.?dalam keadaan cemas apa pun boleh terjadi…macam gaduh juga…blaja silat la..taekwando la…bila gaduh..koboi mari…memang takde lesen bukan penjenayah..
Saya rasa kesal polis yang bersusah payah jalankan tanggungjawabnya, akhirnya terpaksa memerima hukuman. Ya betul, saya tak deny, memang kasihan pada ahli keluarga budak tu, tapi tak bermaksud orang ramai perlu ada personal bias untuk judge the whole situation. I’m sorry to say, and I’m sorry if any of the viewers are offended by my statement, but I believe the police has the right to shoot that individual, and he practically deserves to be shot. Memang kesian pada ahli keluarga budak tu sbb kehilangan anak kecil yang berumur 15, in which, polis tu tak tahu pun masa tgh kejar. Korang x kesian pulak dekat ahli keluarga polis tu yang masih hidup and tiada tempat bergantung skrg hanya disebabkan polis tu jalankan tugasnya? Sapa nak sara anak bini dia? Korg yang kutuk2 polis tu ke? Jangan salahkan polis sebab buat kerja. And let me remind our fellow Malaysians about one thing. ONCE YOU RESIST ARREST, YOU’RE AUTOMATICALLY A CRIMINAL. And plus, not threatening the cop? Please, pandu kereta laju2 tak bahaya ke? and now because of that kid, polis kena bahayakan diri untuk tangkap orang tu. Consequently, he ended up being sentenced to 5 year of imprisonment, thanks to semua rakyat Malaysia yang suka sgt buat drama.