Malaysia Kini – Keputusan Pilihanraya Hulu Selangor
By
On April 25, 2010 At 11:22 pm
Category : Politik
Tags : BN, Hulu Selagor, Malaysia, Malaysia Kini, Pilihanraya, Pilihanraya Hulu Selangor, PKR, Politik, Selangor
Responses : No Comments
Suasana riuh rendah melanda daerah Hulu Selangor, iaitu sebuah daerah yang terpencil, satu-satunya daerah di Selangor yang seperti ditinggalkan. Tetapi dalam minggu ini, daerah sepi itu bergema dengan sorakan-sorakan parti yang bertanding. Pilihanraya telah diadakan setelah wakil rakyat Hulu Selangor yang lama meninggal dunia. Kemenangan mutlak telah dicapai, menandakan pengganti yang pergi sudah dilantik. Adakah daerah ini akan kembali asing dan terasing? Nantikan sahaja :)
KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR
BN – 24,997
PKR – 23,272
Majoriti -1,725
HULU SELANGOR 25 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini sebagai satu peralihan besar sokongan rakyat kepada BN. Pengerusi BN itu berkata, kemenangan itu membawa erti yang amat besar kepada BN kerana bertanding di negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.
“Kemenangan calon BN, Kamalanathan membawa erti yang amat besar kerana kalau kita lihat keputusan pada tahun 2008 dan keputusan pada hari ini sudah berlaku peralihan sokongan pada BN yang menghampiri 2,000 undi. Ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan rasmi pilihan raya kecil kawasan itu di Dewan Serba Guna, Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baharu di sini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apa pendapat korang tentang pilihanraya ini dan pendapat korang tentang pihak yang memenangi pilihanraya iaitu pihak BN. Kelak akan berkumandang lagu popular dari kumpulan KRU, “Janji tinggal Janji“….
Sumber: Utusan Malaysia Online



































Komen Terbaru