Siapa KickdeFella? Blogger Yang Dibayar RM4juta
By
On April 30, 2010 At 4:09 pm
Category : Internet, Politik
Tags : Blogger, Kickdafella, Kickdefella, Malaysia Blogger, Pas, Politik, Syed Azidi
Responses : One Comment
Senang sahaja dapat duit kan? Bukan sedikit tapi RM4juta. Kerja? Tulis kat internet (blogging) je. Haha jom kita semua berhenti kerja ramai-ramai. Kerja jadi blogger lagi best kot hahaha. Walaupun aku tau nilai RM4 juta tu pun bukan semua dia dapat. Dia kena setup pejabat, beli komputer, kereta dan lain-lain. Aku pun baru pertama kali mendengar nama Kickdefella ni sepanjang aku terjun ke dalam bidang menulis blog ni. Mungkin juga aku tak berapa nak minat menulis tentang politik maka aku tak tahu. Mungkin ramai dah kenal kot dengan mamat ni. Aku tertanya-tanya dia ni orang PAS ke orang siapa? Dengar kata dia tak puas hati sebab dikatakan tak sokong PAS. Tu la sebabnya dia cakap Pakatan Rakyat bayar dia RM4 juta untuk jatuhkan imej Abdullah Badawi. Tak perlu khidmat ko tu pun imej dia boleh jatuh. So takyah la syok sendiri. Haha. Pastu ade teori konspirasi yang kedua mengatakan yang dia sebenarnya nak bida untuk projek APCO tu. Perang saraf nak lawan balik Pakatan Rakyat. Dia ni macam tak sokong-sokong mana-mana je. Siapa bayar dia, dia ikut orang tu. Orang yang takde pendirian ni payah. Kalau orang yang betul sokong PAS. Percuma pun takpa. Yang penting bukan PAS atau UMNO, tapi yang penting parti mana yang mahu menjalankan amanah Allah yang pemerintahan berpandukan Al-Quran dan sunnah. Kalau MIC kata dia nak buat pemerintahan al-Quran dan sunnah, aku join MIC. Hehe. Apa pun. Ni sedikit sebanyak hasil kajian aku pasal Kickdefella ni.
1) Laman blog dia: WordPress percuma je: Kickdefella
2) Kehebatan Blog Kickdefella
STATUS ALEXA RANKING – 172,050 (kat rank dunia)
TRAFFIC RANK DI MALAYSIA – 1,301 (top 1500)
SITE LINK – 471 (Ok je)
TRAFIK UTAMA – Malaysia 52.1%, Sudan 33.6%, UK 9.3% (eh Sudan?)
Google Page Rank: 5 (Boleh tahan gak ni)
3) Individu Sebenar
Nama: Syed Azidi Syed Abdul Aziz
Umur: Entah la nampak macam 40an.
Ok cukup-cukup la aku terjerumus ke dalam bidang politik ni. Tak pasal-pasal kang aku kena lari ke UK ke, mana-mana ke sebab kerajaan nak tibai aku pulak haha. Jadi sekarang korang pun dah kenal siapa Kickdefella sebenarnya. Aku nak cadangkan kepada beliau supaya pi la langgan hosting dan create domain. Baru masyuk. Takkan dah dapat RM4 juta pun nak kedek lagi kan. Sekian.




































Pingback: Informasi Malaysia Kini » Blog Nik Amalina Nik Abdul Aziz – Seri Suri