45,000 Kakitangan Awam Tipu Sijil Cuti Sakit MC
By
On May 26, 2010 At 8:44 am
Category : Tempatan
Tags : Cuepac, Kakitangan Awam, Kerajaan, Kerja Gomen, Masalah Kerajaan, MC, Omar Osman, Sijil Cuti Sakit, Tempatan
Responses : One Comment
Ish ish apa la nak jadi ni dengan tenaga kerja kakitangan awam ni. 45000 kakitangan awam telah didapati atau kantoi dalam menipu sijil cuti sakit ni. Jumlah ini aku sangat yakin hanya sebahagian sahaja di mana hanya sedikit sahaja yang terkantoi. Banyak lagi yang terlepas ni. Tak sangka, jumlah 45000 kakitangan awam ni bukan lah sedikit. Tiap-tiap tahun bukan main lagi kakitangan awam nak minta bonus, sebulan la, dua bulan la, yang diketuai En Omar Osman tetapi masing-masing perangai ish-ish. Penipuan sijil cuti sakit MC ni bukan perkara kecil. Kalau dibiarkan boleh jadi kanser dalam masyarakat Malaysia.
Apa sebenarnya yang terjadi? Ini merupakan pengalaman aku sepanjang bekerja di salah satu agensi kerajaan Malaysia. Ramai yang kata kerja gomen atau kerja kerajaan ini mudah. Tapi aku langsung tak fikir mudah. Hari-hari aku sibuk, begitu juga kawan-kawan aku yang lain dari kalangan jawatan pegawai-pegawai. Aku masuk kerja pukul 7pagi, balik pukul 8malam, kadang-kadang aku balik pukul 10malam, ada beberapa kali aku tidur kat ofis huhu. Jadi, siapa sebenarnya yang memburukkan imej berkerja di kerajaan ini? Tahu tak? Daripada pemerhatian aku, depa yang buat onar kepada imej kakitangan awam ini ialah staf di bawah dari kalangan staf sokongan. Ya betul, staf sokongan. Kenapa? Sebabnya selalu sahaja aku lihat depa ni main dengan FACEBOOK, CHATTING dan macam-macam lagi. KERJA SELALU TAK SIAP. Selalu sahaja hilang atau missing in action (MIA). Kerja lembab. Pastu sengaja buat kerja lambat-lambat supaya boleh dapat Overtime (OT). Masuk kerja lambat, keluar kerja depa paling awal. Yang terkena tempias-tempias ini ialah pegawai-pegawai yang sangat dedikasi. Aku tak nafikan, ada juga pegawai-pegawai kerajaan juga seperti ini, hampeh…dan ada juga staf sokongan yang bagus.
Satu lagi, ramai yang nak masuk kerja sebagai kakitangan awam ni hendakkan hidup yang senang dan mudah. Gaji masuk cukuplah. Buat apa kerja kuat-kuat. Kerja kuat-kuat pun bukan dapat gaji lebih macam swasta. Maka bermulalah penyakit berkira dalam kakitangan kerajaan. Mungkin pihak atasan tak nampak benda ni kot. Aku malas la nak komen lebih-lebih. Takda masa. Jadi kesimpulannya, keadaan kakitangan awam pada hari ini adalah begitu teruk di mana banyak berlaku ketidakadilan. Orang yang ikhlas dan bersemangat kerja akan dibebankan dengan kerja yang teruk. Orang yang malas dan lembab dibiarkan begitu sahaja. Gaji mereka sama. Orang yang ikhlas pun kalau lama-lama berada dalam sistem seperti ini akan pancit gak. Jadi fikir-fikirkan lah…
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam mendedahkan kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja. Presidennya, Omar Osman, berkata ada juga segelintir kakitangan awam mengambil cuti sakit kerana melakukan kerja sampingan.
“Kita tidak menghalang mencari pendapatan tambahan, tetapi biarlah kerja sampingan itu tidak mengganggu tugas hingga menjejaskan produktiviti,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan di sini, semalam. Sehubungan itu, beliau mahu perbuatan itu dipantau bagi mengelak ia bertambah kronik.
Omar berkata, berdasarkan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kakitangan yang didapati menggunakan sijil cuti sakit palsu, boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti turun pangkat atau dibuang kerja.
“Kita menyarankan Panel dan Pegawai Perubatan supaya memberi sijil cuti sakit kepada mereka yang betul-betul memerlukannya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana jabatan mengenai peratus kakitangan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu.
“Kita ada menghantar surat kepada jabatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu,” katanya kepada Berita Harian.
Sumber: Berita Harian Online





































sememangnya aku setuju dengan apa yg dicakapkan…sebab memang nyata sekali orang kerajaan malas …memang pemalas…bagi aku sokongan ke profesional 2 multiple 5 equal as 5 multiple by 2….sama aja kadokkkkkkk…..
pasal pangkat ni naik menanah dah telinga …toksah critalah nyakitkan hati ada …..rasanya semua mangkuk2 JPA tu kena amik tindakan sikit ….