Bahaya Guna Handphone Ketika Memandu
By
On May 10, 2010 At 9:29 am
Category : Fakta dan Informasi, Pendidikan
Tags : Bahaya Handphone, Handphone, India, Informasi, JKJR, Keselamatan, Keselamatan Jalan Raya, MIROS
Responses : No Comments
“Don’t talk while he drives“. Ini merupakan kata-kata yang terpapar pada poster keselamatan jalan raya yang dihasilkan oleh pengiklanan di India. Kata-kata yang ringkas dengan gambar yang terpapar sudah cukup untuk menggambarkan maksud atau mesej yang hendak disampaikan. Perempuan tu baru kahwin kot, gi tengok inai di lengan dia tu. Janganlah kerana terlalu rindu, membuatkan kaum wanita membahayakan lelaki yang disayangi. Paling memilukan yang berlaku kepada pemandu-pemandu di Malaysia ialah bukan sekadar bercakap-cakap semasa memandu kereta tetapi juga ketika menunggang motorsikal. Pengalaman aku sendiri kira-kira dua minggu yang lepas, hampir sahaja aku melanggar sebuah motorsikal yang bodoh, tak sayang nyawa kerana penunggang motorsikal itu memandu secara tidak stabil kerana sebelah tangannya ligat memicit-micit punat puaka handphone nya. Memang gila. Jadi, berhati-hatilah wahai pemandu-pemandu di Malaysia ya.
Berikut merupakan kesimpulan rapuan aku awal-awal tadi. Pertama, jangan bercakap atau SMS dengan handphone ketika memandu atau menunggang motorsikal. Kedua, wahai kaum wanita, jangan lah mendorong lelaki kesayangan anda untuk bercakap pada handphone. Jangan syik-asyik merajuk kalau lelaki tak angkat phone, sila fahami keadaan ya. Ketiga, berhati-hati ketika memandu untuk semua. Keselamatan jalan raya, tanggungjawab kita bersama. Pesanan ini bukan di bawa oleh MIROS atau JKJR. Hahaha…
Sumber Gambar: Reddit.com




































Komen Terbaru