Bahaya Rafflesia Sebagai Bahan Ubat
By
On May 24, 2010 At 12:43 pm
Category : Fakta dan Informasi, Kesihatan dan Riadah, Sains dan Teknologi
Tags : Bahaya, Bahaya Rafflesia, Bunga, Bunga Refflesia, Bunga Terbesar, Kesihatan, Ubat Kesihatan, Ubat Rafflesia
Responses : No Comments
Baru-baru ni satu penyelidikan dari UKM tentang bahaya bunga Rafflesia sebagai bahan ubat telah dikeluarkan dan war-warkan di seluruh negara. Walaupun kajian tersebut tidak jelas menyatakan bahayanya selain dari kesan kepada organ dalaman seekor tikus, tapi aku dapat merasakan ada udang disebalik batu. Korang rasa apa yang cuba disembunyikan disebalik penyelidikan rafflesia ini?
Tak tahu ke? Aku pun tak tahu rahsia sebenar bunga rafflesia ini. Tapi aku agak-agak la, depa keluarkan kenyataan bahaya rafflesia ini disebabkan bunga refflesia ini dah semakin pupus. Dulu-dulu orang asli je cari bunga rafflesia ini, tetapi sekarang selepas ramai tahu khasiatnya, maka orang-orang bandar pun mencari bunga rafflesia ini. Orang asli makin kaya tetapi bunga rafflesia ini makin pupus. Bunga rafflesia, sebagai antara daya tarikan pelancong yang utama ke Malaysia, perlu diperlihara, kalau tidak, bukan sahaja pelancong, malahan generasi akan datang pun tak dapat lihat bunga terbesar di dunia ini. Maka bagi pendapat aku, tidak salah la kenyataan bahaya rafflesia sebagai bahan ubat kerana walau sebenarnya tak la bahaya pun, tapi demi memelihara alam ini, kenyataan seperti ini diperlukan. Untuk menguatkan lagi saranan supaya tidak mencari lagi bunga refflesia, maka penyelidikan sains diperlukan dan keluarlah kenyataan bahaya bunga rafflesia ini. Apa-apa pun, kita yang dilantik sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, selain dari berbuat ibadat, kita perlu juga memelihara alam sekeliling kita. Bunga rafflesia ini pun termasuk sekali dalam amanah kita sebagai manusia. Paham?
KUALA LUMPUR – Ujian klinikal ke atas tikus menunjukkan bahawa perubatan tradisional yang menggunakan bunga rafflesia boleh menyebabkan kesan serius ke atas hati dan limpa, dakwa seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dr. Nazlina Ibrahim dari pusat pengajian Biosains dan Bioteknologi UKM berkata, penyelidikan pelajar sarjana, Khairunnadwa Jemon mendapati organ dalaman tikus putih yang telah melahirkan anak dan diberikan beberapa sebatian tunas rafflesia selama 14 hari telah menjadi kecil.
Katanya, perubatan tradisional menggunakan bunga itu biasanya diambil oleh wanita yang baru lepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan lelaki pula dikatakan untuk kekuatan seksual.
Sumber: Kosmo Online




































Komen Terbaru