Korban H1N1 – Guru Meninggal Pada Hari Guru 16 Mei
By
On May 18, 2010 At 1:02 pm
Category : Kesihatan dan Riadah
Tags : 16 Mei, Cikgu Sekolah, Guru Meninggal, H1N1, Hari Guru, Kesihatan, Korban H1N1, Penyakit, Siti Khadijah, Virus H1N1
Responses : No Comments
Hari Guru, hari yang bahagia bagi seorang guru telah bertukar menjadi tragedi di mana beliau meninggal dunia akibat takdir Allah tapi diwakilkan oleh serangan virus H1N1. Mangsa berkenaan, Siti Khadijah Mat, 50, meninggal dunia akibat kompilasi di paru-paru, selain dari serangan H1N1. Virus H1N1 yang tidak mengenal mangsa ini amatlah ditakuti pada masa kini bukan sahaja oleh para guru sekolah, tetapi juga oleh orang ramai. Tapi saya ingin mengingatkan bahawa janganlah kita takut sesuatu selain dari Allah. Kan dalam khutbah Jumaat tiap-tiap minggu, “Ittakullah” iaitu takutkan lah Allah. Tapi kita perlu juga berusaha menjauhi dan menjaga kesihatan kita. Takziah diucapkan kepada keluarga Siti Khadijah dan semoga tabah menerima takdir Allah.
MELAKA – Siti Khadijah Mat, 50, sepatutnya berasa seronok diraikan sempena sambutan Hari Guru semalam, apatah lagi dia antara guru yang disenangi oleh warga pendidik dan pelajar Sekolah Kebangsaan Cheng di sini.
Bagaimanapun, keseronokan Siti Khadijah yang juga guru penyelaras pendidikan khas untuk bertemu warga sekolah tidak menjadi kenyataan apabila dia meninggal dunia di Hospital Melaka pukul 5.15 pagi semalam akibat jangkitan paru-paru dan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).
Suaminya, Zulkifli Johar, 50, berkata, isterinya itu telah dirawat di Hospital Pantai, Melaka selepas mengadu sakit kepala dan demam pada akhir bulan lalu.
“Pada mulanya isteri saya disyaki menghidap demam denggi tetapi hasil ujian darah pula tiada menunjukkan dia diserang wabak itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.
Sumber Berita: Kosmo Online




































Komen Terbaru