Pasukan Chelsea Juara Liga EPL 2009/2010
By
On May 10, 2010 At 11:52 am
Category : Sukan
Tags : Bola Sepak, Chelsea, Drogba Chelsea, EPL, EPL 2010, Juara EPL, Juara EPL 2010, Liga Perdana England, Sukan
Responses : No Comments
Chelsea melengkapkan kemenangan merebut gelaran juara baru English Premier League (EPL) dengan membelasah Wigan dengan jaringan lapan berbalas kosong. Memang langsung takda belas kasihan. Kerana apa? Kerana hendak melengkapkan lagi kejuaraan dengan anugerah kasut emas yang dimenangi oleh Drogba, salah seorang pemain terhebat Chelsea musim ini. Walaupun usia Drogba tidak lah muda sangat tapi bisanya masih lagi menyerlah. Ini dapat dibuktikan dengan sumbangan 3 gol dalam permainan terakhir Liga Perdana England malam semalam. Apa-apa pun, tahniah kepada pasukan Chelsea. Kepada rakyat Malaysia, jangan asyik sokong pasukan bola, tapi kena main bola, biar badan sihat, otak pun cergas.

Gambar John Terry menjulang piala EPL dengan rasa sungguh gembira sekali. Takpa, setahun sekali je.
LONDON, 10 Mei – Chelsea muncul juara Liga Perdana England (EPL) musim ini selepas memenangi perlawanan terakhir 8-0 menewaskan Wigan Athletic di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Kejuaraan tersebut merupakan yang keempat buat The Blues selepas kali terakhir mereka muncul juara pada musim 2005/06 di bawah bimbingan Jose Mourinho.
Gol Chelsea disumbang oleh Nicoles Anelka pada minit ke-6, 56, Frank Lampard (32), Salomon Kalou (54) dan Didier Drogba (63, 68,80), Ashley Cole (90).
Pencabar terdekat mereka, Manchester United turut mencatat kemenangan 4-0 ke atas Stoke City tetapi dibezakan dengan satu mata.
Sumber: Utusan Malaysia Online


































Komen Terbaru