Nik Aziz – Ajar Seks di Sekolah Seperti Ajar Pencuri Mencuri dengan Betul
By
On July 2, 2010 At 4:21 pm
Category : Pendidikan, Tempatan
Tags : Isu Seks Sekolah, Nik Aziz, Pencuri dan Seks, Pendidikan, Pendidikan Seks, Seks, Seks Sekolah, Tempatan
Responses : 4 Comments
Akhirnya, satu pencerahan atau wisdom Jumaat dari Tuan Guru Nik Aziz tentang isu pengajaran pendidikan seks di sekolah ini. Dari dulu lagi dicanang-canangkan isu pendidikan seks di sekolah ni, aku memang sangat tak gemar dan dalam hati aku mengatakan pendidikan seks di sekolah ini adalah cara yang tak betul dan penuh elemen kebaratan. Turut dalam hati aku ingin sungguh aku hendak ulama-ulama utama di jabatan-jabatan kerajaan yang selalu keluar radio dan TV supaya tampil mengatakan perkara pendidikan seks di sekolah ini adalah salah tetapi harapan tinggal harapan. Dengan satu hujah yang ringkas tapi menusuk dari Nik Aziz sudah cukup menjawab semua kekalutan. Ajar seks di sekolah seperti ajar pencuri mencuri dengan betul. Janganlah kita menjadi golongan Muktazilah iaitu golongan yang menggunakan akal logik dalam urusan agama. Marilah kita semua pulang ke pangkal jalan. Pulanglah kepada wasiat Nabi. Pulanglah kepada al-Quran dan sunnah nabi. InsyaAllah kita selamat di dunia dan di akhirat. Terima kasih Nik Aziz!

Dengan gaya penuh tawaduk, Nik Aziz mengeluarkan hujah yang hebat.
KOTA BHARU 2 Julai – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.
Mursyidul Am Pas itu berkata, antara lain langkah tersebut akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.
“Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang. Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.
Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai ”zina” dan bukan ”seks bebas” seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.
“Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia Online



































pengajaran seks bkn nye ajar org wat seks. ia mgajar org akibat dan lain2…tulah org skrg..ish3..pkir lain je keje die..
@Yien Tapi pendidikan seks kat sekolah akan membuatkan pelajar2 makin “berani”. Yelah, ada kawan2 dan sekolah pun campur laki perempuan. Sepatutnya pendidikan seks ni diajar di rumah oleh ibu bapa…
Hal ini sebenarnya bergantung kepada tahap kematangan. Untuk individu yang matang, pelajaran seks adalah penting. Mempelajari hal seks akan membuatkan seseorang sedar tentang keburukan dan kepentingan seks. Sebagai contoh, satu kes di barat, ada pasangan suami isteri yang tidak tahu pasal seks, dah kahwin 10 tahun masih tak dapat anak. Sebab apa? Sebab isterinya masih dara selepas 10 tahun kahwin. Dan kes yang selalu kita dengar, seks menyebabkan peningkatan kes buang bayi.
Tetapi harus ingat, hanya individu yang matang mampu memproses pelajaran yang kompleks seperti seks. Masalahnya, adakah kanak-kanak sekolah cukup matang untuk memproses pengetahuan ini? Ada kemungkinan 1 dari seribu kanak-kanak sudah cukup matang. Tetapi besar kemungkinan ramai yang tidak.
Yang sebaiknya, pelajaran seks ini diajar dengan batas-batas agama, batas-batas etika dan secara privasi. Sebab apa? Sekumpulan kanak-kanak sekolah yang belajar pelajaran seks ini pasti akan memandang seks sebagai satu perkara normal. Dan selalunya perkara yang normal, adalah perkara yang mereka akan buat. Sama macam sindrom gothic, emo, punk, ini semua normal pada mereka, dan ini semua apa yang mereka buat.
Tugas ibu bapa yang kena bagitau perkara2 asas tu..