Iklan Aidilfitri TV3 2010 Tema Krismas dan Buddha?
By
On September 6, 2010 At 2:08 pm
Category : Tempatan
Tags : Buddha, Hari Raya, Iklan Raya, Krismas, Kristian, Raya Santa Claus, Tempatan, TV3, Video Raya
Responses : No Comments
Semua pun tahu, tidak lama lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, tanda kemenangan kita dalam mengatasi hawa nafsu dan bermuhajaddah dalam membuat amal ibadah. Seperti tahun-tahun sebelumnya, stesen-stesen TV di Malaysia akan memaparkan iklan rayanya, yang selalunya sangat kreatif, unik dan sangat dalam makna penyampaiannya. Tetapi pada tahun ini, TV3, selaku stesen penyiaran TV tersohor di Malaysia telah mengambil enteng perkara ini dengan memaparkan iklan rayanya yang banyak unsur-unsur Kristian dan Buddha. Perkara ini dilihat oleh pelbagai pihak sebagai telah mencemari tujuan sambutan hari raya, selain tidak mempunyai apa-apa mesej tersirat mahupun tersirat.
Oleh sebab rungutan dan komplen dari rakyat Malaysia, iklan raya aidilfitri oleh TV3 tahun 2010 ini telah ditarik balik. Saya yakin, masih ramai yang tidak melihat lagi iklan raya yang kontreversi itu, maka saya tunjukan di bawah ini video iklan (update: dibuang dari Youtube) yang disiarkan baru-baru ini di TV3. Ini merupakan screenshots.
Santa Claus di Hari Raya yang muncul dari buku dan membawa kanak-kanak
Objek teratai, simbol agama Buddha dan Hindu, terbang merata-rata
P/S: Dulu kontroversi pasal Anugerah Juara Lagu yang banyak memaparkan imej-imej mosoic, illuminati, dari secret society. Sekarang macam ni pula. Aku tertanya-tanya la, siapa agen FREEMASON kat Malaysia ni. Berhati-berhati!



































Komen Terbaru