Informasi Malaysia Kini » Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Gempar! Jutaan Ulat Ratus Menyerang Sawah Kedah http://melayukini.net/2012/02/gempar-jutaan-ulat-ratus-menyerang-sawah-kedah/ http://melayukini.net/2012/02/gempar-jutaan-ulat-ratus-menyerang-sawah-kedah/#comments Tue, 07 Feb 2012 12:55:21 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14751 Beribu-ribu petani di Kedah mengalami kerugian teruk apabila sawah padi mereka diserang oleh jutaan ulat ratus yang merosakkan tanaman sawah padi.

]]>
Gempar! Jutaan Ulat Ratus Menyerang Sawah Kedah | Sejenis ulat dikenali sebagai ulat ratus di kalangan pesawah telah menyerang lebih 200 hektar sawah di daerah Kubang Pasu sejak sebulan lalu menyebabkan kerugian lebih RM150,000. Serangan ulat terbabit atau nama saintifiknya ‘spodoptera mauritia’ membabitkan kawasan milik lebih 100 pesawah.

Ulat ratus itu kebiasaannya menyerang daun pokok padi dan kemudian melarat ke tangkai buah menyebabkan batang pokok padi patah dan tidak boleh dituai. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata ulat ratus juga dikenali sebagai ulat kerbau berasal dari sejenis kupu-kupu yang membiak dengan cepat mengancam sawah padi.

Melayukini.net – Takziah diucapakan kepada petani-petani kita yang mengalami kerugian yang sangat besar dalam perniagaan sawah padinya. Kita mendoakan agak Allah permudahkan urusan mereka semua. Amin.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut: MyNewsHub | Layari Berita Menarik Tempatan Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/gempar-jutaan-ulat-ratus-menyerang-sawah-kedah/feed/ 0
7 Cara Kempiskan Perut Buncit http://melayukini.net/2012/02/7-cara-kempiskan-perut-buncit/ http://melayukini.net/2012/02/7-cara-kempiskan-perut-buncit/#comments Tue, 07 Feb 2012 08:10:10 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14755 Mempunyai perut buncit merupakan satu igauan ngeri kepada wanita tetapi kebiasaan kepada kaum lelaki. Bagaimana nak kempiskan perut bunci ni ye?

]]>
7 Cara Kempiskan Perut Buncit | Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Melayukini.net – Islam menggalakkan kita supaya menjaga kesihatan dan kekal mempunyai badan yang sihat dan kuat. Al-maklum la, mana tau tiba-tiba ada peperangan (Nauzubillah) dan berlaku panggilan jihad ke apa. Boleh la disahut dengan badan yang sihat. Senang untuk berlari dan berjalan. Takda la ketinggalan di barisan belakang. Tak gitu?


Untuk mengetahui lebih lanjut: MyNewsHub | Layari Artikel Kesihatan Menarik Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/7-cara-kempiskan-perut-buncit/feed/ 0
Petua Mendapat Anak – Suami Simpan Janggut http://melayukini.net/2012/02/petua-mendapat-anak-suami-simpan-janggut/ http://melayukini.net/2012/02/petua-mendapat-anak-suami-simpan-janggut/#comments Mon, 06 Feb 2012 12:55:36 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14670 Ramai yang dah cuba pelbagai cara untuk mendapatkan anak tetapi tahukah anda yang janggut turut juga merupakan satu alternatif untuk berjaya memperoleh anak?

]]>
Petua Mendapat Anak – Suami Simpan Janggut | Janggut merupakan satu bahagian rambut yang terletak di dagu seorang lelaki. Janggut hanya tumbuh pada orang lelaki. Kalau ada perempuan tumbuh janggut tu, memang pelik dah la tu. Ramai juga orang lelaki yang simpan janggut ni. Apa sebenarnya khasiat atau keistimewaan menyimpan janggut ni?

Ustaz Azhar Idrus pun menyimpan janggut

Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

Sabda Rasulullah SAW:

“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)

Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan atau nafsu pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)

Sebelum beredar, sila baca artikel ini juga yang dapat membantu anda untuk memperoleh anak insyaAllah: Bagaimana Tips Cara Betul Untuk Mendapatkan Anak (LINK). Wallahu’alam….


Sumber: Hasnul Hadi Ahmad | Layari Fakta Menarik Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/petua-mendapat-anak-suami-simpan-janggut/feed/ 0
Budak Melayu Bercakap Cina Dan Korea Selepas Kemalangan http://melayukini.net/2012/02/budak-melayu-bercakap-cina-dan-korea-selepas-kemalangan/ http://melayukini.net/2012/02/budak-melayu-bercakap-cina-dan-korea-selepas-kemalangan/#comments Mon, 06 Feb 2012 08:10:31 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14726 Seorang budak Melayu tingkatan 5 mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa Mandarin dan Korea selepas terlibat dalam kemalangan motorsikal di Besut.

]]>
Budak Melayu Bercakap Cina Dan Korea Selepas Kemalangan | Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima dari Besut yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu. Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.


Budak ini boleh bertutur bahasa Mandarin dan Korea secara tiba-tiba.

Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari budak pelik terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.

“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.

Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya. Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.

“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujian sebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.

Bercakap Bahasa Korea Selepas Terjaga dari Tidur

Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.

Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.

“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.

Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.

Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke budak pelik itu baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.

“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.

Tidak Boleh Bercakap Loghat Kelantan

Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.

Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.

“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.

Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.

“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.

“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.

Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.

Jalani Rawatan Alternatif

Bapanya pula agak tertekan dengan masalah yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.

Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.

“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.

Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan. Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.

Melayukini.net – Kebolehan bertutur dalam bahasa asing tanpa mempelajarinya merupakan satu kebolehan yang dikurniakan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Kena lihat perkara ini dari sudut positif. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi dari kejadian aneh ini. Wallahualam.


Sumber: Sinar Harian Online | Layari Berita Luar Biasa Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/budak-melayu-bercakap-cina-dan-korea-selepas-kemalangan/feed/ 0
Ratusan Jongkong Emas Bersepah Di Iraq (4 Gambar) http://melayukini.net/2012/02/ratusan-jongkong-emas-bersepah-di-iraq-4-gambar/ http://melayukini.net/2012/02/ratusan-jongkong-emas-bersepah-di-iraq-4-gambar/#comments Sun, 05 Feb 2012 12:55:33 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14367 Beratus-ratus jongkong emas yang beharga lebih dari setengah billion ringgit dijumpai bersepak di negara Iraq akibat peperangan yang meletus.

]]>
Melayukini.net – Ratusan Jongkong Emas Bersepah Di Iraq (4 Gambar) | Semua tau negara Islam Iraq telah diserang dan dijajah oleh Amerika Syarikat yang sehingga kini negara Iraq tidak pernah lagi kenal apa itu keamanan. Setiap hari kemusnahan dan kematian berlaku. Terkini, ratusan jongkong emas yang berharga berjuta-juta ringgit dijumpai bersepah-sepah di Iraq. Semacam sudah tidak lagi berharga, kelihatan jongkong emas itu kelihatan seperti batu bata untuk membuat binaan sahaja. Jangan membazir, sebelum terjadi seperti kisah sadis jongkong emas 15kg (LINK) ni, baik bagi je jongkong emas tu secara percuma kepada penulis kan bagus. Hehehe. Mari lihat gambar ratusan jongkong emas Iraq bersepah umpama batu bata tu. Jom! (Nota: Orang Johor dah kaya bila berpuluh kilogram hablur emas keluar dari tanah (LINK))





Sumber Gambar: Peribadi | Layari Berita Menarik Luar Negara Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/ratusan-jongkong-emas-bersepah-di-iraq-4-gambar/feed/ 1