Informasi Malaysia Kini » Luar Negara http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Sat, 04 Feb 2012 14:30:30 +0000 en hourly 1 Ngeri! Bayi Kunyah Kepala Ular Hingga Separuh Mati http://melayukini.net/2012/02/ngeri-bayi-kunyah-kepala-ular-hingga-separuh-mati/ http://melayukini.net/2012/02/ngeri-bayi-kunyah-kepala-ular-hingga-separuh-mati/#comments Fri, 03 Feb 2012 08:20:42 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14559 Seorang bayi telah mengigit dan mengunyah kepala seekor ular yang kebetulan telah memasuki rumahnya. Kejadian itu berlaku ketika ibunya sedang membuat susu.

]]>
Bayi Kunyah Kepala Ular Hingga Separuh Mati | Seorang kanak-kanak berusia setahun sebulan yang masih tidak mengenal erti takut mengunyah kepala seekor ular sepanjang 30 sentimeter yang masuk ke dalam rumahnya di bandar Israel Utara Arab, demikian dilaporkan akhbar AFP jumaat lalu.


Ular yang malang sedang berkeadaan lunyai digigit oleh bayi

Ibu kanak-kanak lelaki itu yang terkejut menjerit sekuat hati sehingga mengejutkan jiran-jiran apabila melihat anaknya, Imad Aleeyan, yang hanya mempunyai enam batang gigi, didapati mengunyah kepala ular itu.

“Saya sedang membuat susu dan ketika masuk ke bilik, saya melihat kepala ular dalam mulutnya,” kata ibunya, Ghadir Aleeyan yang tinggal di bandar Shefa Amr, 15 km timur bandar pelabuhan Haifa.

“Kami bergegas ke rumah Ghadir dan mendapati kanak-kanak itu sedang mengunyah kepala ular di dalam mulutnya. Ia benar-benar dahsyat dan menakutkan,” kata ibu saudara kanak-kanak itu, Yasmin Shahin.

Seorang jiran yang tergesa-gesa datang ke rumah itu segera menarik ular yang setengah mati itu daripada mulut kanak-kanak lelaki dan membunuhnya. Kepala ular itu kelihatan cedera teruk ketika ditarik keluar. Ketika ular itu ditarik keluar, kanak-kanak itu mula menangis,” tambahnya lagi.

Mereka dengan serta-merta memeriksa kanak-kanak itu untuk melihat sama ada terdapat apa-apa tanda-tanda gigitan dan segera membawa kanak-kanak itu ke hospital Rambam di Haifa .

Doktor mengesahkan kanak-kanak itu tidak mengalami apa-apa kecederaan dan tidak terkena racun ular. Doktor itu menyatakan bahawa ular itu benar-benar beracun tetapi kanak-kanak itu bernasib baik kerana ular itu biasa melepaskan racun pada musim sejuk.

Seorang pakar amfibia dan reptilia, Dr Boas Shacham,memberitahu AFP bahawa daripada gambaran imej-imej ular itu, didapati ia adalah sejenis ular syiling dalam kategori (hemorrhois nummifer), spesies bukan-berbisa yang menyerupai viper .

Ular kebiasaanya akan membesar sehingga 1.3 meter panjang dan doktor itu menyatakan bahawa ular yang digigit kanak-kanak itu adalah spesimen yang “terlalu muda”.

“Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak itu kerana cuaca sejuk,” kata Shacham yang merupakan ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew Baitulmuqaddis.

Melayukini.net – Bayi yang baru dilahirkan itu umpama kain putih yang suci. Ibu bapa lah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Alhamdullillah ular yang digigit oleh bayi itu tidak berbisa, kalau tidak….Wallahualam.


Sumber: Daily Chili via Free Malays | Layari Berita Luar Negara Menarik Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/ngeri-bayi-kunyah-kepala-ular-hingga-separuh-mati/feed/ 0
Tragedi Berdarah Bola Sepak Port Said Mesir – 74 Mati Beribu Cedera (8 Gambar) http://melayukini.net/2012/02/tragedi-berdarah-bola-sepak-port-said-mesir-74-mati-beribu-cedera-8-gambar/ http://melayukini.net/2012/02/tragedi-berdarah-bola-sepak-port-said-mesir-74-mati-beribu-cedera-8-gambar/#comments Fri, 03 Feb 2012 03:44:15 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14511 Sebanyak 74 orang mati manakala beribu lagi cedera dalam tragedi berdarah yang terburuk dalam sejarah bola sepak Mesir apabila penyokong merusuh dan mengamuk.

]]>
Tragedi Berdarah Bola Sepak Port Said Mesir – 74 Mati Beribu Cedera (8 Gambar) | Sekurang-kurangnya 74 orang mati manakala 1,000 lagi cedera selepas satu rusuhan berlaku ekoran kemenangan mengejut 3-1 kelab bola sepak tempatan, Al-Masry ke atas kelab terkenal dari Kaherah, Al-Ahly di sebuah stadium di sini kelmarin.

Rusuhan itu berlaku selepas perlawanan tamat apabila para peminat kelab bola sepak Al-Masry meluru ke padang stadium di sini bagi meraikan kemenangan mengejut itu. Para penyokong Al-Masry yang bersenjatakan pisau, kayu dan batu mengejar para pemain dan peminat bola sepak daripada kelab Al-Ahly yang berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan diri, kata beberapa saksi.

Seorang pemain dengan kelab Al-Ahly, Mohammed Abu Trika mengkritik polis kerana tidak campur tangan dalam keganasan tersebut. “Orang ramai di sini mati dan tiada ada sesiapa yang melakukan apa-apa. Ia seperti satu perang,” katanya kepada sebuah stesen televisyen Mesir.

Beberapa saksi menyatakan, puluhan peminat bola sepak mati ditikam manakala sebilangan lagi lemas selepas terperangkap di sebuah koridor panjang dan sempit ketika mereka cuba melarikan diri daripada sekumpulan peminat pasukan lawan. Pertempuran melibatkan beberapa kumpulan peminat bola sepak Mesir kelmarin meragut 74 nyawa dengan sekurang-kurangnya 1,000 orang lagi cedera.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua majlis tentera yang memerintah Mesir buat sementara waktu, Fil Marsyal Mohamed Hussein Tantawi semalam berikrar akan memburu mereka yang bertanggungjawab mencetuskan keganasan itu. Di bawah merupakan video dan 8 gambar yang diambil ketika tragedi berdarah bola sepak itu berlangsung. Seperti perang di dalam stadium.

Video Rusuhan Bola Sepak Mesir 2012

Gambar Rusuhan Bola Sepak Mesir 2012









Sumber Berita: Kosmo Online dan AFP via Hasrul Hassan | Layari Berita Luar Negara Menarik Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/tragedi-berdarah-bola-sepak-port-said-mesir-74-mati-beribu-cedera-8-gambar/feed/ 0
Gempar! Nyamuk Gergasi Menyerang Indonesia http://melayukini.net/2012/01/gempar-nyamuk-gergasi-menyerang-indonesia/ http://melayukini.net/2012/01/gempar-nyamuk-gergasi-menyerang-indonesia/#comments Sun, 29 Jan 2012 08:10:21 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14184 Beberapa ekor nyamuk gergasi menggemparkan penduduk di sebuah kampung di Indonesia apabila menyerang dan terbang dalam aksi yang menyeramkan.

]]>
Gempar! Nyamuk Gergasi Menyerang Indonesia – Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.


Bayangkan seekor nyamuk bersaiz tapak tangan kanak-kanak terbang mencari mangsa. Seram-seram.

Haiwan pelik tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk gergasi itu beramai-ramai.

Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan pelik tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.

Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang nyamuk gergasi tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.

“Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini,” katanya kepada news.okezone.com.

Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan. – AGENSI

Melayukini.net – Apabila manusia semakin menjadi rakus dan tamak, merosakkan hutan dan tempat tinggal margastua, maka keluarlah mereka beramai-ramai ke alam manusia dan menjadi pupus. Apakah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi? Sama-sama kita fikirkan.


Sumber: Utusan Online | Layari Berita Luar Negara Menarik Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/01/gempar-nyamuk-gergasi-menyerang-indonesia/feed/ 0
Upacara Kahwin Dengan Mayat Cantik http://melayukini.net/2012/01/upacara-kahwin-dengan-mayat-cantik/ http://melayukini.net/2012/01/upacara-kahwin-dengan-mayat-cantik/#comments Mon, 23 Jan 2012 08:10:49 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=13688 Seorang lelaki di Thailand sanggup mengahwini mayat kekasihnya yang tidak sempat dia kahwini kerana kesibukan kerja. Satu peringatan kepada kita semua.

]]>
Upacara Kahwin Dengan Mayat Cantik | Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta. Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.

Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand. Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.

Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu. Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin. Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.

Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan. Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. – Agensi

Melayukini.net – Kerana kesibukan kerja, lelaki ini terlupa yang mati tidak akan menunggu sesiapa dan inilah yang terjadi. Dia sanggup mengahwini mayat kekasihnya yang mati dalam satu kemalangan sebagai hukuman kepada dirinya yang selalu mengabaikan kekasihnya itu. Peringatan kepada kita semua, jika dah ada yang berkenan, tak payah la tunggu lama-lama, pergi masuk meminang dah kahwin. Dosa terhindar, nikmat pun dapat hehe.


Sumber: MyNewsHub | Layari Berita Luar Negara Menarik Melayu Kini Net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/upacara-kahwin-dengan-mayat-cantik/feed/ 0
Tikus Gergasi Dijumpai Mati Dalam Kedai http://melayukini.net/2012/01/tikus-gergasi-dijumpai-mati-dalam-kedai/ http://melayukini.net/2012/01/tikus-gergasi-dijumpai-mati-dalam-kedai/#comments Sat, 14 Jan 2012 08:30:15 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=12996 Seekor tikus gergasi telah ditemui mati di dalam sebuah kedai kasut di New York. Berita tikus gergasi ini amat menggemparkan ramai orang di Internet.

]]>
Tikus Gergasi Dijumpai Mati Dalam Kedai | Satu gambar yang menunjukkan binatang pelik iaitu seekor tikus gergasi didakwa dijumpai dalam sebuah kedai kasut di bandar raya New York, Amerika Syarikat telah tersebar luas dalam internet.

Imej dan video tersebut dikatakan menunjukkan seorang pekerja kedai Foot Locker di The Bronx sedang memegang tikus mati sebesar 3 kaki (1meter) di atas penyeduk.

Satu binatang pelik lain, iaitu tikus gergasi yang lebih kurang sama besar, telah dijumpai di kawasan Brooklyn, New York pada tahun lepas, dikatakan tikus spesis Gambian Pouched.

Dr. Robert S Voss, kurator mamalia di American Museum of Natural History di New York, berkata: “Tidak mungkin tikus itu adalah tikus biasa yang terdapat dalam pembetungan. Saya pasti 90 peratus yang tikus itu adalah dari spesis Gambian Pouched.”

Dr. Voss berkata yang ada kemungkinan bahawa tikus tersebut adalah binatang peliharaan yang melarikan diri. Beliau juga berkata yang binatang jenis ini kelihatan garang tetapi sebenarnya mereka sangat suka bermain dan jinak. (Orange UK)

Melayukini.net – Walaupun tikus ini gemuk dan tampak menyelerakan bagi sesetengah orang, daging tikus (ada orang buat sate tikus – LINK) ini haram dimakan walaupun telah disembelih sebab tikus termasuk dalam kategori binatang jijik. Makan daging tikus akan mendapat lebih banyak mudarat dari baiknya. Wallahualam.


Sumber: MyNewsHub | Layari Berita Luar Negara Menarik Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/tikus-gergasi-dijumpai-mati-dalam-kedai/feed/ 1