Informasi Malaysia Kini » Hiburan http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Sat, 04 Feb 2012 14:30:30 +0000 en hourly 1 Gambar Eksklusif Perkahwinan Ally Iskandar dan Farah Lee (7 Foto) http://melayukini.net/2012/01/gambar-eksklusif-perkahwinan-ally-iskandar-dan-farah-lee-7-foto/ http://melayukini.net/2012/01/gambar-eksklusif-perkahwinan-ally-iskandar-dan-farah-lee-7-foto/#comments Mon, 23 Jan 2012 15:55:08 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=13758 Ally Iskandar telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Farah Lee dalam satu majlis yang agak sederhana di Masjid Kristal Kuala Terengganu.

]]>
Melayukini.net – Gambar Eksklusif Perkahwinan Ally Iskandar dan Farah Lee (7 Foto) | Umum mengetahui artis lelaki popular, Ally Iskandar telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya, Farah Lee pada 20 Januari 2012. Dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu itu, kedua-dua pasangan itu tampak segak dan cantik bersama seperti mempelai di belah dua (apa tu mempelai eh?). Tahniah diucapkan kepada Ally Iskandar dan Farah Lee. Semoga jodoh korang berdua berkekalan hingga ke syurga. Di bawah merupakan gambar-gambar eksklusif pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee. Jom!









Sumber Gambar: Ministry of Moment | Layari Artikel Perkahwinan Melayu Kini Net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/gambar-eksklusif-perkahwinan-ally-iskandar-dan-farah-lee-7-foto/feed/ 0
Awie Disantau Keluar Bulu dan Jarum? http://melayukini.net/2012/01/awie-disantau-keluar-bulu-dan-jarum/ http://melayukini.net/2012/01/awie-disantau-keluar-bulu-dan-jarum/#comments Thu, 19 Jan 2012 01:30:24 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=13419 Penyanyi Awie telah diserang penyakit misteri apabila dirinya kerap muntah bulu dan jarum. Dia dikatakan telah disantau oleh orang yang membencinya.

]]>
Awie Disantau Keluar Bulu dan Jarum? | Penyanyi rock terkenal, Awie mendakwa menjadi mangsa perbuatan jahat pihak tertentu yang menghantar ‘santau tuju-tuju’ kepadanya menyebabkan kesihatannya kini terjejas dan mengalami beberapa kejadian pelik termasuk muntah mengandungi jarum dan bulu ayam.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43, berkata serangan penyakit misteri itu dihidapi sejak beberapa tahun lalu, sebelum ia bertambah serius kebelakangan ini apabila dia turut diserang batuk dan bengkak kaki.

Penulis menasihati Awie supaya mendapatkan rawatan penyakit tibi di hospital untuk mengurangkan sakit misteri yang dialaminya.

Menurutnya, kejadian terbaru berlaku ketika dia menjayakan persembahan pentas bersama Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur, minggu lalu apabila tiba-tiba beberapa bulu ayam terkeluar daripada mulutnya.

“Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saranan beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional.

“Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa jarum halus dan bulu ayam keluar daripada tubuh saya.

“Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Melayukini.net – Ada kawan aku seorang doktor memberitahu kebanyakkan kes santau adalah actually penyakit tibi. Simpton penyakit tibi selain dari batuk berdarah, boleh juga menyebabkan pesakitnya mendapat perut kembung, tak ubah seperti simpton santau. Dia juga menambah, santau tu adalah bakteria tibi (dalam kuantiti yang banyak), yang dihantar oleh bomoh melalui perantaraan jin/syaitan kepada musuhnya. Tapi kalau dah keluar bulu dan jarum tu, dah cerita lain dah ni. Semoga yang berbuat jahat itu insaf kerana tidak akan masuk syurga (kerana dosa tidak diampun) orang yang mensyirikkan Allah. Pengamal ilmu hitam adalah salah satu contoh perbuatan yang syirik kepada Allah. Wallahualam.


Sumber: Harian Metro Online | Layari Berita Hiburan Menarik Melayu Kini Net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/awie-disantau-keluar-bulu-dan-jarum/feed/ 0
Lisa Surihani Baca Melayukini.net http://melayukini.net/2012/01/lisa-surihani-baca-melayukini-net/ http://melayukini.net/2012/01/lisa-surihani-baca-melayukini-net/#comments Tue, 17 Jan 2012 07:15:51 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=13271 Siapa sangka, artis wanita paling popular di Malaysia ini turut membaca blog yang hampeh Melayukini.net dan kelihatan gembira selepas membacanya? Jom!

]]>
Melayukini.net – Lisa Surihani Baca Melayukini.net | Siapa yang tidak kenal dengan artis wanita paling popular di Malaysia yang bernama Lisa Surihani ni? Penulis yakin semua kenal. Bagi yang tidak kenal, Lisa Surihani binti Mohamed yang lahir pada 23 Mac 1986 di Kuala Lumpur, adalah seorang pelakon, model & pengacara TV yang bergiat aktif di Malaysia. Lisa Surihani berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Help University College dan Aberystwyth University di Wales, United Kingdom. Lisa Surihani mempunyai ketinggian 160 sentimeter. Pada 15 Januari 2012 yang lepas, Melayukini.net telah menerima satu penghormatan apabila entrinya telah dibaca sengaja atau tidak oleh Lisa Surihani.

Entri Melayukini di Facebook Lisa Surihani

Lisa Surihani telah mengepost entri Melayukini dengan komen, “Ini serious kelakar hihihi :p” di Facebooknya. Update beliau tentang entri Melayukini itu telah mendapat 2100 likes, 140 komen dan mendapat lebih 80 shares oleh peminatnya. Semestinya entri itu adalah yang kelakar dan disukai oleh semua orang.

Klik untuk paparan lebih besar :O

Server Melayukini Hampir Crash

Disebabkan kebaikan Lisa Surihani itu, server Melayukini hampir sahaja crash/pecah. Hampir sahaja pun tapi belum lagi. Anda boleh tengok gambar screenshot trafik Melayukini kat bawah ni. Lebih dari 1900 orang online dalam satu-satu masa di Melayukini.net. Thanks Lisa!

Klik untuk paparan lebih besar :O

Entri Yang Dikongsi Lisa Surihani

Mesti korang nak tau ye apakah entri yang menyebabkan Lisa Surihani tergelak dan ketawa sehingga dia kongsi kegembiraan dan kehappyan beliau bersama peminat-peminatnya di Twitter dan Facebook. Jom kita baca entri tersebut: Komik Ombak Rindu Edisi 3 (Lidah Pendek). Komik filem ini dihasilkan menggunakan beberapa babak filem Ombak Rindu yang menampilkan perbualan antara Maya Karin dan Lisa Surihani di tepi sawah.

Bukan ini sahaja komik Ombak Rindu yang telah Melayukini.net hasilkan dengan kerjasama dari blog Fukkenlol, tetapi ada banyak lagi. Jom baca:

1. Komik Ombak Rindu Edisi 1 (Bau Kaki)
2. Komik Ombak Rindu Edisi 2 (Terjun Sungai)
3. Komik Ombak Rindu Edisi 3 (Lidah Pendek)
4. Komik Ombak Rindu Edisi 4 (Siapa Hensem) dan ada banyak lagi bakal menyusul….

Lisa Surihani Marah Tak?

Bak kata Lisa Surihani dalam twitternya (Twitter Lisa Surihani), “Ombak Rindu pon ada parody eh? Heheh. Siap pandai edit and all. Cheeky lot u are. :) nice to see how u explore ur creativity.” Kiranya, Lisa Surihani tidak kecil hati dengan lawak yang telah kami buat. Memang niat kami hanya untuk suka-suka. TETAPI, andai kata Lisa Surihani ada sedikit terguris atau terkecil hati dengan komik lawak kami ini walau sebesar zarah, kami ingin memohon maaf. Yelah, susah kang nak cari Lisa Surihani ni kat Hari Akhirat kelak. Ramai sangat manusia. (Tiba-tiba jadi seram pulak)

Nak Bukti Lagi Yang Lisa Surihani Baca Melayukini?

Takkan yang tadi-tadi tu korang masih tak caya lagi kot. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila pergi sendiri ke Lisa Surihani Official Facebook Page: Lisa Surihani Facebook dan tengok sendiri entri melayukini yang telah dikongsi dengan semua peminatnya. Jangan lupa like page Lisa Surihani tu ye untuk mengetahui status dan update terbaru Lisa Surihani. Kalau korang nak tau, Lisa Surihani adalah antara artis yang paling rajin melayan peminat-peminatnya tanpa rasa letih dan jemu. Memang respek. Eh jap-jap, penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Lisa Surihani yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke syurga. (Tak jemput saya ke?)

Jom like Facebook Melayukini dan Twitter Melayukini untuk mendapat berita menarik dengan cepat sepantas kilat.

]]>
http://melayukini.net/2012/01/lisa-surihani-baca-melayukini-net/feed/ 1
Wajah 3 Artis Lelaki Popular Ketika Tua http://melayukini.net/2012/01/wajah-3-artis-lelaki-popular-ketika-tua/ http://melayukini.net/2012/01/wajah-3-artis-lelaki-popular-ketika-tua/#comments Fri, 06 Jan 2012 12:45:11 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=12620 Wajah-wajah artis lelaki popular ini telah diphotoshopkan supaya kelihatan tua agar kita dapat mengagak bagaimana rupa mereka di hari tua. Bagaimana? Jom!

]]>
Wajah 3 Artis Lelaki Popular Ketika Tua | Yang muda akan tua. Yang hidup akan mati. Jadi, pernah kah korang terfikir bagaimanakah wajah-wajah artis popular kesukaan korang yang dikenali ramai tu ketika mereka sudah tua? Di bawah merupakan 3 gambar artis lelaki popular dan pujaan ramai masa kini setelah mereka menjadi tua. Ada artis lelaki ni yang masih tampak hensem (aku tak gay) walau dah berumur. Ye ke. Entah lah. Korang tengok la sendiri gambar Aaron Aziz, Hans Isaac dan Redza Minhat ketika dimamah tua hasil karya kreatif photoshop.

Gambar Aaron Aziz Di Kala Tua

Gambar Hans Isaac Di Kala Tua

Gambar Redza Minhat Di Kala Tua



Sumber: Beautifulnara.com | Layari Karya Kreatif Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/wajah-3-artis-lelaki-popular-ketika-tua/feed/ 1
Isu Legging Yuna Dan Amalina Bakri (Boleh Ke?) http://melayukini.net/2012/01/isu-legging-yuna-dan-amalina-bakri-boleh-ke/ http://melayukini.net/2012/01/isu-legging-yuna-dan-amalina-bakri-boleh-ke/#comments Fri, 06 Jan 2012 07:30:24 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=12604 Isu pakaian legging wanita menjadi hangat apabila penyanyi popular, Yuna dan pelajar cemerlang, Nur Amalina Che Bakri santai memperagakan fesyen mereka.

]]>
Isu Legging Yuna Dan Nur Amalina Che Bakri (Boleh Ke?) | Sekarang ini dah macam trend di mana ramai wanita yang suka mengenakan ‘legging’? Maaf, jangan tanya penulis mengenai maksud sebenar legging tetapi dalam bahasa pasar, bolehlah kita andaikan ia sejenis pakaian dalaman, ketat dan nipis yang melekat SETEPEK pada bontot, paha, betis dan kaki!

Walaupun nampak seksi, tapi penulis tengok ramai Muslimah bertudung yang suka menggunakan legging ni. Bolehke pakaian legging ni dalam Islam? Mungkin kita boleh dengar pandangan juara Imam Muda tempoh hari, Ustaz Asyraf dalam blognya: Tinta Imam muda Asyraf;

Majoriti para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti ‘legging’. Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian.

Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata:

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :

1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.

2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata, “Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka Rasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad (21279)

Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.

Hah, itu kata Ustaz Asyraf. Dan disebabkan seluar legging ini jugalah, timbul kontroversi apabila dua personaliti iaitu penyanyi Yuna dan pelajar cemerlang, Nur Amalina Che Bakri ‘dikesan’ pernah memakai seluar yang sama.

Apa kata Yuna dalam hal ini?

“Pasal pakai legging tu saya tidak rasa ia satu kesilapan. Saya pakai kerana saya rasa selesa dan bersesuaian dengan penampilan saya ketika itu. Saya pun tak sangka, peminat tidak suka. Walau bagaimanapun, isu ini sudah pasti membuatkan saya lebih berhati-hati pada masa hadapan. Saya sudah tahu apa yang peminat suka dan tidak suka. Tetapi, saya tidaklah kata tidak akan pakai lagi sebab kadang-kadang pakai skinny jeans pun orang ingat kita pakai legging. Saya sudah biasa dengan isu-isu begini dan saya percaya isu ini akan berlalu begitu sahaja,” ujar Yuna

Dan apa pula kata Nur Amalina Che Bakri?

“’Legging’ itu pemberian ibu, dan gambar itu pun ibu yang tangkap ketika kami bercuti di Paris. “Tak kan ibu nak beri saya pakaian yang koyak-koyak untuk anaknya pakai, itu cuma corak sahaja, saya suka berfesyen, dan ibu sendiri tidak halang hobi saya,” jelasnya.

Melayukini.net – Bayi atau budak kecik boleh la pakai legging ni sebab akan tampak comel. Tapi bila dah sampai umur akil baligh, disebabkan nak jugak tampak comel dan menarik, hukum hakam agama ditolak ke tepi? Malas nak komen lebih-lebih. Kami mendoakan agar Yuna dan Nur Amalina Che Bakri mendapat pencerahan dan akan berubah dalam berpakaian. Korang berdua tu kan idola ramai rakyat Malaysia. Besar tanggungjawab korang tu tau tak. Tak gitu?


Sumber: MyNewsHub | Layari Koleksi Berita Hiburan Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/isu-legging-yuna-dan-amalina-bakri-boleh-ke/feed/ 3