Informasi Malaysia Kini http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Sat, 04 Feb 2012 14:30:30 +0000 en hourly 1 Pelik! Harimau Yang Suka Makan Dalam Air (5 Gambar) http://melayukini.net/2012/02/pelik-harimau-yang-suka-makan-dalam-air-5-gambar/ http://melayukini.net/2012/02/pelik-harimau-yang-suka-makan-dalam-air-5-gambar/#comments Sat, 04 Feb 2012 14:30:30 +0000 Shah http://melayukini.net/?p=14594 Seekor harimau yang dinamakan sebagai Odin mempunyai tabiat pelik iaitu ia sudah menyelam sambil memakan daging di dalam air. Tabiat pelik ini telah menjadikan Odin menjadi tumpuan pengunjung.

]]>
Pelik! Harimau Yang Suka Makan Dalam Air (5 Gambar) | Odin, harimau putih di sebuah zoo di San Francisco mempunyai satu hobi pelik iaitu suka makan di dalam air berbanding makan di darat seperti harimau-harimau lain. Odin sangat gemar menyelam mengambil daging yang dicampakkan oleh penjaganya ke dalam air. Kini Odin diletakkan dalam sangkar khas yang lutsinar supaya pelancong dapat melihat aksi Odin yang menyelam sambil makan daging tu. Jom kita saksikan gambar harimau Odin menyelam untuk mendapatkan makanan yang diberikan oleh petugas Zoo.

Melayukini.net - Huhu, comel betul harimau Odin ini. Dah elok-elok beri makan kat atas darat, seboleh-boleh nak makan kat dalam air. Odin mempunyai kuasa luar biasa yang mana ia mampu bernafas sambil memakan daging yang agak mustahil sebenarnya. Bayangkan bagaimana sambil dia mengunyah, sambil itu, dia akan menarik nafas. Tak ke air akan masuk ke dalam hidung..

Sumber: Pelik Yer | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/02/pelik-harimau-yang-suka-makan-dalam-air-5-gambar/feed/ 0
Subhanallah! Pokok Kelapa Bercabang Tujuh http://melayukini.net/2012/02/subhanallah-pokok-kelapa-bercabang-tujuh/ http://melayukini.net/2012/02/subhanallah-pokok-kelapa-bercabang-tujuh/#comments Sat, 04 Feb 2012 13:30:58 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14630 Sebatang pokok kelapa ditemui mempunyai 7 cabang yang agak pelik. Buah pokok kelapa ni pula dikatakan boleh menyembuh pelbagai penyakit. Jom tengok!

]]>
Melayukini.net – Subhanallah! Pokok Kelapa Bercabang Tujuh | Biasanya kita akan dapati sebuah pokok kelapa tidak mempunyai cabang. Mungkin secara kebetulan kadang-kadang kita juga boleh nampak pokok kelapa bercabang dua di tepian jalan atau di tepian kampung-kampung. Tetapi pernahkah anda melihat pokok kelapa yang bercabang tujuh? Betul, ini merupakan satu fakta dan bukan gambar yang telah diphotoshopkan. Sebuah pokok kelapa telah dilihat mempunyai 7 cabang. Kejadian amat pelik berlaku di sebuah kampung di Indonesia. Seorang penduduk yang namanya dirahsiakan berkata pokok kelapa ini sudah 50 tahun berada di situ. Dia juga turut menambah buah pokok kelapa bercabang tujuh itu dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dan dapat mengelak dari diganggu oleh makhluk halus. Jom tengok gambar pelik pokok kelapa bercabang tujuh ni. P/S: Tiada yang mustahil dan pelik dalam dunia ni. Yang pelik dan ajaib ialah semua manusia tahu mereka akan mati tetapi tidak berusaha untuk beramal ke arah kehidupan yang kekal abadi itu. Yang paling penting ialah ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah yang dapat membawa kita ke syurga di Hari Akhirat kelak insyaAllah. Wallahualam.




Sumber: Gambar Hantu | Layari Berita Luar Biasa Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/subhanallah-pokok-kelapa-bercabang-tujuh/feed/ 0
Hukum Bersanding Dalam Islam http://melayukini.net/2012/02/hukum-bersanding-dalam-islam/ http://melayukini.net/2012/02/hukum-bersanding-dalam-islam/#comments Sat, 04 Feb 2012 06:30:53 +0000 Shah http://melayukini.net/?p=14608 Majlis persandingan merupakan salah satu adat yang ada dimasukkan dalam acara majlis perkahwinan. Walaubagaimanapun masyarakat masih tertanya-tanya lagi, apakah hukum mengadakan majlis persandingan.

]]>
Hukum Bersanding Dalam Islam | Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup di hadapan keluarga terdekat atau mahram, ia diharuskan. Ini kerana ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak. Tujuan asal majlis bersanding dalam majlis perkahwinan ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.

Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari.

Namun di dalam majlis perkahwinan yang penuh kemeriahan dan bersejarah perlu di pastikan agar syariat Islam tidak tenggelam dalam lautan kegembiraan.

Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding; adakah ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.

Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnya adalah dari budaya masyarakat India. Sekiranya masyarakat Melayu masih mahu berpegang kepada adat maka perlu pastikan adat itu tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Justeru, apa jua bentuk upacara majlis persandingan boleh diadakan tetapi dengan syarat persandingan itu hanya dikhaskan untuk ahli keluarga yang mahram sahaja.

Tiada percampuran iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Tiada pembaziran dan tiada aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Apatah lagi jika mengabaikan perintah Allah SWT dengan meninggalkan solat atas alasan sibuk melayan para tamu yang hadir.

Disebabkan manusia tidak mengambil berat terhadap syariat maka hilangnya keberkatan dalam sebuah perkahwinan. Ini kerana manusia lebih ghairah menggembirakan orang ramai dan tidak menggembirakan Allah SWT.

Itulah masalahnya; manusia hanya akan mencari Allah SWT ketika ditimpa duka dan dalam keadaan terhimpit; dan melupai-Nya sewaktu dia senang dan gembira.

Hukum Adat Merenjis

Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka“. (Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka”. (Musnad Ahmad)

Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.

Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.

Artikel ini merupakan penambahan kepada artikel tentang perkahwinan orang Melayu yang lepas iaitu 10 Kemungkaran Bidaah Dalam Majlis Kahwin Melayu (LINK) dan 8 Perkara Bidaah Dalam Perkara Perkahwinan Melayu (LINK). Wallahu ‘Alam.

Melayukini.net - Dalam bersanding ini yang paling ketara sekali adalah ketika berlansungnya adat merenjis. Apakah kita faham ia seoalah-olah sebagai satu cara seperti yang diamalkan oleh agama Hindu. Sudah membuat adat renjis, selepas itu bersalaman pula pihak pengantin dengan bukan mahram. Semoga kita lebih berhati-hati dalam hal ini.

Sumber: Halaqah | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/02/hukum-bersanding-dalam-islam/feed/ 2
Informasi – Apa itu Servis Air Cond? http://melayukini.net/2012/02/informasi-apa-itu-servis-air-cond/ http://melayukini.net/2012/02/informasi-apa-itu-servis-air-cond/#comments Sat, 04 Feb 2012 04:30:37 +0000 Shah http://melayukini.net/?p=14579 Ramai orang yang memiliki kereta asyik sibuk menghias dengan pelbagai aksesori. Namun ada perkara yang mereka terlepas pandang iaitu masalah aircond. Adakah anda pernah melakukan servis aircond?

]]>
Informasi – Apa Itu Servis Air Cond? | Ramai yang menyangka bahawa servis aircond saja akan menjadikan kereta nempunyai suhu sejuk yang cukup menyejukkan dalaman kereta. Oleh kerana banyak kemusykilan dan pertanyaan kenapa aircond kereta tidak sejuk walaupun ia telah diservis maka wujudlah post ini untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai apakah sebenarnya servis aircond.

Ramai pengguna kereta yang tersalah tafsir mengenai servis aircond. Servis aircond yang dilakukan dimana2 bengkel kereta adalah mengenai pencucian dan penukaran bahagian tertentu sahaja selain pengisian semula gas aircond dan memeriksa kebocoran pada hose.

Bila servis aircond komponen utama yang akan dikeluarkan adalah cooling coil. Cooling coil adalah mengenai sirip-sirip halus berbentuk empat segi dan mempunyai dua paip hose yang bersambung terus ke kondenser dan kompressor (rujuk gambar). Hose pada cooling coil di tapis dengan injap ataupun biasa dipanggil valve aircond. (Rujuk gambar). Injap aircond ini akan ditukar setiap kali bila servis aircond dilakukan. Malangnya kadangkala bahagian ini tidak ditukar dan menyebabkan kesejukan dan keseluruhan sistem aircond kadangkala tidak berjalan sempurna.

Setelah injap ditukar cooling coil akan dicuci dalaman dan luaran dengan menggunakan thinner dan air. Terdapat juga bahan pencuci kimia yang akan digunakan dalam mencuci cooling coil. Kebocoran pada sirip2 halus di cooling coil biasanya akan ditampal sebelum ia dipasang semula. Satu lagi bahagian yang akan ditukar adalah gas filter atau tabung gas. Tabung gas berkedudukan didalam enjin dan biasanya ini akan ditukar untuk pelancaran sistem aircond.

Setelah cooling coil dipasang, kompressor akan ditambah dengan minyak kompressor untuk melincirkan lagi pemusingan bahagian dalam kompressor. Komponen yang biasa mengalami kebocoran seperti hose penyambung dan kondenser akan di baiki juga seperti menukar hose dan mengimpal kondenser.

Dan akhir sekali gas aircond akan dimasukan secukupnya setelah semua bahagian yang dinyatakan tadi mengalami pembaikan. Secara ringkasnya servis aircond adalah mengenai:-

1)MENGELUARKAN COOLING COIL UNTUK DICUCI
2)MENUKAR INJAP AIRCOND
3)MEMERIKSA HOSE DAN TUKAR JIKA BOCOR
4)MENAMPAL BOCOR PADA KONDENSER
5)MENGISI MINYAK KOMPRESSOR
6)MENGETATKAN GETAH TALISAWAT KOMPRESSOR
7)MENUKAR SENSOR SUHU JIKA PERLU
8)TUKAR TABUNG GAS
9)MEMASTIKAN KIPAS AIRCOND BERPUSING LANCAR

Jika anda baca dari awal hingga akhir tidak sekalipun disebutkan mengenai membaiki kompressor, hanya disebutkan mengenai mengisi penuh minyak kompressor. Ini bermaksud jika terdapat kerosakan besar atau kecil pada kompressor akan menyebabkan aircond jadi tidak sejuk. Ramai yang beranggapan bahawa sejuk akan kembali seperti sediakala jika servis aircond telah dilakukan. Harus diingat bahawa kompressor yang rosak adalah penyumbang utama dalam kerosakan keseluruhan sistem aircond selain daripada kondenser dan bahagian kecil sistem aircond seperti suis, wiring dan fius.

cooling coil waja
injap aircond(valve aircond)
sensor suhu yang dilekatkan pada cooling coil
Tabung gas aircond

Melayukini.net - Jika setelah anda servis aircond, anda masih lagi mengalami masalah pada kesejukan dalaman kereta sudah semestinya tidak ada kena mengena dengan servis aircond kecuali terdapat diantara yang telah disebutkan tadi tidak dilakukan dan kecuaian mekanik yang melakukannya seperti tidak menampal bocor dan menukar bahagian penting dalam servis aircond kereta.

Sumber: Kerosakan Kereta | Koleksi Automatif Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/02/informasi-apa-itu-servis-air-cond/feed/ 0
Misteri Pasir Pantai Bewarna Hitam http://melayukini.net/2012/02/misteri-pasir-pantai-bewarna-hitam/ http://melayukini.net/2012/02/misteri-pasir-pantai-bewarna-hitam/#comments Sat, 04 Feb 2012 02:30:00 +0000 Shah http://melayukini.net/?p=14586 Sebuah tempat di pantai laut Iceland mempunyai kejadian pelik iaitu pasirnya berwarna hitam kehitaman. Warna hitam itu sebenanrya terhasil daripada lumpur volcano lepas terjadinya letupan gunung berapi.

]]>
Misteri Pasir Pantai Bewarna Hitam (Luar Biasa) | Satu lagi misteri alam berlaku di sebuah pantai di Iceland. Biasanya pasir pantai bewarna putih berkilauan tetapi pasir pantai di lokasi ini bewarna gelap dan hitam. Sebelum mengemukakan sebab bagaimana pasir pantai ini bewarna hitam, ada sesiapa di sini pernah menonton filem Volcano tak? Bagi yang tak pernah, filem Volcano ini mengisahkan tentang di sebuah bandar telah mendapati terdapat satu gas stim telah keluar daripada perut bumi dengan kadar yang amat berbahaya. Tanda-tanda tersebut pada awalnya dianggap sebagai satu bencana kecil yang dihadapi oleh mereka. Namun persepsi mereka berubah apabila berlakunya letusan gunung berapi hingga menyebabkan lava mengalir ke seluruh bandar. Maka, gambar-gambar di bawah yang Melayukini.net tunjukkan ini adalah pasir warna hitam yang mana ia disebabkan oleh bencana volcano atau kata lain akibat dari letusan gunung berapi yang melanda pantai tersebut. Mari kita lihat kepelikkan pasir pantai yang bewarna hitam ini.

Melayukini.net - Setiap bencana yang berlaku mungkin terdapat mesej yang Allah SWT ingin sampaikan. Ia sememangnya terkandung dengan seribu hikmah. Kita sebagai hambaNya perlu sentiasa bermuhasabah diri, mengapa Allah datangkan gempa bumi, tsunami, dan segala bencana.

Sumber: Pelik Punyer | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/02/misteri-pasir-pantai-bewarna-hitam/feed/ 0