Informasi Malaysia Kini » Al-Quran http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Subhanallah! Al-Quran Terbesar Di Dunia (6 Gambar) http://melayukini.net/2012/02/subhanallah-al-quran-terbesar-di-dunia-6-gambar/ http://melayukini.net/2012/02/subhanallah-al-quran-terbesar-di-dunia-6-gambar/#comments Tue, 07 Feb 2012 14:30:34 +0000 Shah http://melayukini.net/?p=14792 Sebuah Al-Quran telah berjaya dihasilkan di ibu Kota Afghanistan. Apa yang menariknya, Al-Quran yang dihasilkan tersebut merupakan ciptaan dikataan paling terbesar di dunia.

]]>
Subhanallah! Al-Quran Terbesar Di Dunia | Sebuah kitab suci Al-Quran yang dikatakan terbesar di dunia telah berjaya dihasilkan di ibu kota Afghanistan, Kabul dengan kerjasama Syarikat Reverra Ltd. (Italy). Ia seberat 1,102 paun dan mempunyai 218 muka surat kain serta kertas yang terikat di dalam penutup kulit yang diperbuat daripada 21 ekor kambing. Ia dibiayai Alhaj Sayed Mansoor Naderi. Al-Quran tersebut menggabungkan skrip emas dengan berjuta-juta titik kecil yang berwarna-warni, yang membentuk hiasan sangat simbolik di sekitar muka surat gergasi itu.

Seperti yang kita ketahui, Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad SAW melalui perantara Malaikat Jibrail. Al-Quran merupakan panduan hidup semua umat di atas muka bumi ini. Mari kita lihat gambar menarik naskah Al-Quran yang terbesar di dunia ini. Jom!

Melayukini.net - Kagum kan? Belum pasti akan matlamat dan niat sebenar Al-Quran terbesar ini dihasilkan. Tetapi, harapnya bukanlah sekadar untuk bermegah-megah, mengejar rasa bangga dan  hanya untuk pameran sahaja. Wallahua’lam.. Semoga kecintaan kita kepada Al-Quran sentiasa bertambah.

Berita Berkaitan:

1. Jubah Terbesar Di Dunia (LINK)
2. Buku Terbesar Di Dunia (LINK)

Sumber: Goda Motak | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/02/subhanallah-al-quran-terbesar-di-dunia-6-gambar/feed/ 0
Sejauh Manakah Al-Quran Bersama Kita? http://melayukini.net/2012/01/sejauh-manakah-al-quran-bersama-kita/ http://melayukini.net/2012/01/sejauh-manakah-al-quran-bersama-kita/#comments Sun, 29 Jan 2012 06:30:23 +0000 Shah http://melayukini.net/?p=14240 Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibrail. Tanya diri kita, sejauh manakah hubungan kita dengan al-Quran. Jom, ketahui apakah kepentingan al-Quran terhadap kehidupan kita.

]]>
Sejauh Manakah Al-Quran Bersama Kita? | Ketika mana sibuk mengemas bilik setor, pandangan saya tertumpu kepada buku Muqaddam berwarna ungu dalam keadaan bersawang. Masih jelas nama saya ditulis dalam tulisan jawi. Muqaddam la dianggap sebagai muqaddimah  dalam  mengenal huruf Al-Quran suatu ketika dahulu. Namun kini ia tidak lagi digunapakai kerana sepanjang saya mengajar beberapa tempat, anak-anak kecil dilihat menggunakan pendekatan Buku Iqra’ sebagai proses permulaan.

Dan ketika proses berlaku, bermacam cabaran dan halangan ditempuhi. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.”

(Al Balad 90:4)

Tambahan pula, saya pernah berkongsi dengan anda pengalaman saya bersama dengan Al-Quran, bermacam pengalaman termasuklah di rotan oleh guru, di halau dan pelbagai lagi. Dan pengalaman itulah membuatkan saya bersifat lebih matang dalam berfikir antara positif mahupun negatif.

REALITI KEHIDUPAN KINI

Kita sering dikaitkan dengan persoalan sejauh manakah Al-Quran bersama kita?

Setiap hari? Setiap minggu? Setiap Bulan? Setiap Tahun? Atau Seumur Hidup Sekali?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”

(Riwayat al-Bukhari)

“ Semalam baca al-Quran tak?” Ustaz bertanya kepada saya.

“ Tak baca. Ada kerja sibuk sikit”

“ Kerja-kerja! Dunia syeikh! al-Quran tak boleh tinggal walau sehari. Anta menghina al-Quran!”

Subhanallah, pandangan saya tertunduk, hanya lirikan mata sekejap memandang sekejap berpaling. Hati saya tersentak. Salah satu peristiwa yang benar-benar mengingatkan saya betapa pentingnya membaca al-Quran apatah lagi menghayati isi kandungannya.

Sebagai manusia apa yang boleh selain istiqamah dalam segala hal. Berat rasanya.

ADA APA DENGAN AL-QURAN?

“Itulah zaman sekarang, bayaran untuk guru al-Quran ciput je! Berbeza dengan guru akademik!” Luah seorang guru.

Ketika itu saya baru sahaja lepas mengajar di Sekolah Agama Putrajaya, duduk menyelit melihat perbincangan dalam soal menentukan gaji untuk guru Al-Quran. Saya masih ingat lagi, saya pernah di tawarkan mengajar al-Quran di sebuah kawasan Elit. Cuma mengajar dua orang sahaja dengan bayaran RM 120 dua jam.

Apa yang saya kesalkan, kenyataan beliau seolah-olah memperlekehkan al-Quran. Dengan nada sombong bercakap saya boleh dibuang pada bila-bila masa sahaja. Dengan tanpa berfikir panjang saya terus menolak tawaran tersebut. Kadang-kadang masyarakat seolah-olah menganggap belajar mengaji al-Quran sekadar ‘suka-suka’ atau dalam erti kata lain sekadar melepaskan batuk di tangga.

Itu tidak masuk lagi keluhan ibu bapa yang mahukan anaknya cepat khatam al-Quran.

“Saya harap Ustaz Ikhtiar dapat percepatkan sedikit bacaan anak saya”

“Tetapi akak, saya tak akan berganjak selagi mereka tidak lancar betul-betul”

“Cepatkan lah”

Inilah mereka yang mahukan. Mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Salah siapa sebenarnya?

Inilah masanya si Ayah bertindak! Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang mangajarkan anaknya Al-Quran dengan melihat, maka diampunkan baginya dosanya yang lalu dan yang akan datang dan sesiapa yang mengajarnya dengan hafalan maka setiap anaknya itu membaca satu ayat, Allah menaikkan ayahnya satu darjat hingga akhir ayat yang diamalkannya.”

(Hadis riwayat At Tabrani).

Saya pernah berkongsi dengan mereka bahasawanya saya juga seperti mereka. Kita semua adalah serupa. Saya pandai membaca al-Quran pun  bukanlah ketika sekolah rendah, tetapi sekolah menengah! Buktinya? Mushaf al-Quran penuh dengan contengan tentang hukum tajwid di dalam al-quran hasil tangan ustaz saya sendiri. Tanda lebam kemerahan di badan yang pernah diukirkan oleh ustaz menjadi sumber inspirasi buat saya!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Wahai Abu Dzar! Jika kamu pergi ke suatu pagi untuk belajar satu ayat dari kitab Allah adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seratus rakaat dan jika kamu belajar satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat beramal dengannya ataupun tidak adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seribu rakaat”

( Riwayat Ibnu Majjah)

“Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.”

Melayukini.net - Zaman sekarang ini, kalau ibubapa nak menghantar anak belajar al-Quran pun sampai berkira tentang pembayaran yuran. Kalau caj yuran RM30 sebulan pun, dikira mahal. Tetapi jika kelas piano, kelas menari RM100 ke atas pun tutup sebelah mata sahaja. Fikirkan di mana kita meletakkan darjat al-Quran di hati kita semua.

Sumber: Meniti Jalan Inspirasi | Koleksi Koleksi Agama Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/sejauh-manakah-al-quran-bersama-kita/feed/ 0
Bicara Agama – Betul Ke Kiamat Pada Ramadhan 2012? http://melayukini.net/2011/11/bicara-agama-betul-ke-kiamat-pada-ramadhan-2012/ http://melayukini.net/2011/11/bicara-agama-betul-ke-kiamat-pada-ramadhan-2012/#comments Fri, 04 Nov 2011 03:12:52 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=7574 … Itulah]]> MENGIKUT kalendar 2012, awal Ramadan ialah pada 20 Julai iaitu hari Jumaat dan 15 Ramadan juga, hari Jumaat. Hadis Rasulullah SAW ada menyebut mengenai huru-hara besar yang akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadan iaitu pada Jumaat 15 Ramadan.

Itulah yang heboh disebarkan dan fakta dikuatkan oleh hadis, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam laman sosial Facebook sejak tiga tahun lalu dan berulang lagi tahun ini walaupun sudah ada penjelasan diberikan pihak berwajib.

Jabatan Mufti Perlis yang turut menerima pertanyaan orang ramai mengenai maklumat dan hadis berkenaan memberitahu, hadis itu tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau palsu.

Perkara ini tidak menghairankan kerana sudah banyak maklumat mengenai huru-hara atau dunia akan berakhir pada 2012 disebarkan termasuk yang dikaitkan dengan tarikh tepat dalam kalendar suku Maya yang dijumpai di bawah runtuhan di Mexico iaitu kiamat bakal berlaku pada 21 Disember 2012.

Ditambah pula dengan sogokan daripada filem Hollywood yang memaparkan dunia akan kiamat seperti filem 2012, Armageddon atau Deep Impact. Semua cereka sains itu menunjukkan keadaan kacau bilau dan bencana yang berlaku di seluruh dunia menjelang kiamat.

Masih ada yang terpengaruh dengan tukang ramal seperti Nostradamus yang turut meramalkan dunia akan berakhir pada 2012. Beliau sebelum ini pernah meramalkan bahawa dunia akan berakhir pada 1999.

Satu lagi yang mengaitkan dunia akan berakhir tahun depan dibuat penulis Bible Code iaitu Michael Drosnin yang mendakwa Bible Code adalah siri wahyu awal menggunakan teks Hebrew. Bible Code menyatakan bumi akan dilanggar meteor atau komet pada 2012.

Malah, jika diperhatikan sekarang ini di Barat ada gereja dan kumpulan tertentu yang berkempen di jalan raya mengingatkan orang ramai bahawa dunia akan kiamat tahun depan. Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA) juga dikatakan sudah mengesan sebuah planet yang mereka namakan Nibiru atau planet X, dilaporkan akan melalui kawasan berhampiran bumi. (LINK)

Sesungguhnya, kiamat pasti datang dan beriman kepada Hari Kiamat satu daripada Rukun Iman. Allah SWT berfirman bermaksud: “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi.” (Surah al-Baqarah ayat 177)

Al-Quran menjelaskan mengenai kedatangan kiamat sama ada secara uslub bayani (penjelasan) atau khabar mujarrad (berita murni tanpa tambahan). Ada kalanya Allah meyakinkan terjadinya kiamat dengan penekanan kepada huruf taukid yang berfungsi untuk menguatkan seperti firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang.” (Surah Taha ayat 15)

Muhammad SAW dan malaikat paling hampir dengan Rabbul ‘Izzah iaitu Jibril tidak mengetahui dan tidak diberi ilmu untuk menyatakan tarikh sebenar kiamat. Apa lagi kita sebagai umat Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Telah dekat (datangnya) saat itu dan itulah terbelah bulan.” (Surah al-Qamar ayat 1)

Diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku diutus sedang kiamat seperti kedua anggota ini (dan Baginda memberi isyarat dengan kedua jarinya lalu memanjangkannya).

Bukan sekarang saja, tetapi sejak zaman Rasulullah lagi ramai sahabat sering bertanya kepada Baginda waktu datangnya kiamat sehingga datang jawapan daripada Allah SWT menerusi firman yang bermaksud: “Manusia bertanya kepadamu mengenai hari berbangkit, katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari berbangkit itu hanya di sisi Allah. Dan tahukah kamu (hai Muhammad) boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)

Antara tanda kiamat antaranya muncul Dajjal pendusta, diangkat ilmu, banyak gempa bumi, cepatnya waktu berjalan, banyak fitnah, banyak pembunuhan, harta melimpah-limpah hingga tiada orang menerima sedekah atau zakat sehingga matahari terbit daripada tempat tenggelamnya dan turunnya Nabi Isa.

Banyak tanda kiamat yang telah terjadi seperti Nabi Muhammad SAW yang diutuskan dan kewafatan Baginda. Selain itu ada juga tanda kiamat yang masih berlaku atau sudah berlaku dan mungkin akan berulang lagi termasuk penaklukan serta peperangan.

Berbalik kepada 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan yang jatuhnya pada Jumaat, ia sudah kerap berlaku antaranya pada 15 Ramadan 1300H/1883M; 1891M/1308H; 1899M/1316H; 1906M/1324H dan 1914M/1332H.

Juga berlaku pada tahun 625M bersamaan 3 Hijrah; 632M/11H; 637M/16H; 640M/19H dan 645M/24H.

Hendaklah kita berserah diri kepada Allah setiap masa dan memohon kepada-Nya supaya dilindungi daripada sebarang bahaya makhluk sama ada yang nampak atau tidak serta tergolong dalam kalangan mereka yang amalan dan timbangan kebaikan lebih berat di akhirat kelak.

Jika pada masa lalu kita banyak melakukan kesilapan dan meninggalkan ibadah wajib, maka mulai sekarang berusahalah tidak mengabaikan perintah wajib selain memperbanyakkan amalan sunat. Oleh Razali Zakaria.


Sumber: Berita Harian Online | Koleksi Artikel Hari Kiamat Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2011/11/bicara-agama-betul-ke-kiamat-pada-ramadhan-2012/feed/ 0
Bicara Agama – Apakah Hukum Bukan Islam Simpan Al-Quran? http://melayukini.net/2011/11/bicara-agama-apakah-hukum-bukan-islam-simpan-al-quran/ http://melayukini.net/2011/11/bicara-agama-apakah-hukum-bukan-islam-simpan-al-quran/#comments Wed, 02 Nov 2011 00:47:10 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=7452 Jawapan: SECARA umumnya mengambil barangan milik orang adalah salah. Seseorang itu]]> Persoalan: Majikan saya berketurunan Cina. Masalahnya sekarang, dia ambil al-Quran tanpa pengetahuan dan memegang dan menyimpannya di dalam biliknya. Macam mana saya sebagai orang Islam untuk mengatasi masalah ini?

Jawapan: SECARA umumnya mengambil barangan milik orang adalah salah. Seseorang itu terlebih dahulu perlu meminta izin daripada empunya sebelum mengambil atau menggunakan sesuatu.

Ini termasuk dengan al-Quran dan barang lain milik orang lain. Seterusnya perbuatan majikan anda yang bukan mengambil al-Quran tanpa izin anda boleh dilihat dalam beberapa sudut, antaranya dia mungkin berminat dan mahu mendekati al-Quran.

Bagaimanapun dia mungkin malu untuk bertanya lebih lanjut. Anda boleh membiarkan perbuatannya itu dan menelitinya. Ia sebahagian daripada dakwah kepada bukan Islam.

Mudah-mudahan dia mendapat hidayah daripada Allah s.w.t kelak. Al-Quran pula ialah kitab hidayah yang diturunkan Allah untuk semua umat manusia.

Bagaimanapun, jika mendapati majikan anda mencemari kesucian al-Quran, anda hendaklah berani berterus terang bagi membela kesucian al-Quran.

Nabi Muhammad s.a.w pernah melarang membawa al-Quran dalam perjalanan ke negeri musuh. Alasannya ialah untuk menjaga kesucian al-Quran supaya tidak dihina dengan apa cara sekali pun – Dr Salam

Sumber: Harian Metro Online | Koleksi Bicara Agama Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2011/11/bicara-agama-apakah-hukum-bukan-islam-simpan-al-quran/feed/ 0
Apakah Hukum Orang Kafir Baca Al-Quran Dan Hadis? http://melayukini.net/2011/10/apakah-hukum-orang-kafir-baca-al-quran-dan-hadis/ http://melayukini.net/2011/10/apakah-hukum-orang-kafir-baca-al-quran-dan-hadis/#comments Fri, 14 Oct 2011 00:40:04 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=5606 Apakah Hukum Orang Kafir Baca Al-Quran Dan Hadis?… | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah korang ternampak orang bukan Islam membaca al-Quran atau hadis? Apakah hukum orang bukan islam membaca al-quran? Jom kita baca artikel ini yang menyentuh hukum bagi orang]]> Apakah Hukum Orang Kafir Baca Al-Quran Dan Hadis? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah korang ternampak orang bukan Islam membaca al-Quran atau hadis? Apakah hukum orang bukan islam membaca al-quran? Jom kita baca artikel ini yang menyentuh hukum bagi orang bukan Islam membaca dan menyentuh al-Quran. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat kita manfaatkan dalam usaha dakwah kita kepada sahabat-sahabat kita yang bukan islam insyaAllah. P/S: Dakwah itu wajib bagi orang Islam.

Gambar hiasan: Ramai orang bukan Islam telah mengucapkan syahadah selepas membaca isi kandungan al-Quran dan hadis

Islam yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah saw adalah untuk disampaikan kepada semua umat manusia tanpa dikecualikan kepada sesiapa. Al-Quran dan Hadis adalah dua sumber hukum yang paling penting dalam menentukan sesuatu hukum di dalam agama Islam selain daripada Ijamak dan Qiyas. Selain dari itu juga, Al-Quran dan Hadis merupakan suatu alat dakwah yang mendatangkan bukti-bukti kekuasaan Allah dan kebenaran Islam kepada orang-orang bukan Islam. Untuk berdakwah kepada mereka, kita tidak berhujah dengan hanya menggunakan akal semata-mata kerana Islam itu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan dikukuhkan juga dengan kebenaran akal fikiran manusia. Saidina Umar Al-Khatab memeluk agama Islam dengan hanya mendengar adiknya Fatimah membaca Al-Quran.

Berdasarkan persoalan di atas mengenai orang kafir membaca Al-Quran atau membaca Hadis Rasulullah saw. Di sini saya datangkan pendapat ulamak terlebih dahulu yang berkaitan dengan masalah ini, di antaranya ialah :

1. Syeikh Atiyyah Saqr bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa : “Golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan (boleh) untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk. Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat: Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci. Jika perkara itu masih lagi terdapat khilaf maka tiadalah halangan (boleh) dari mengambil salah satu pandangan ulama khususnya jika terdapat keadaan yang memerlukan yang demikan.

2. Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid Ahmad al-Bar mengatakan bahawa : “Adapun orang bukan Islam tidak ditaklifkan (syariat Islam terhadap mereka) dan mereka juga tidak suci sepertimana orang Islam maka adalah tidak boleh orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sengaja. Namun jika orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sebab untuk mempelajari atau mendalami Islam maka tindakan mereka (membaca al-Quran al-Karim) itu tidaklah mengapa.

3. Begitu juga dengan pendapat dikalangan ulamak Mazhab Syafie di antaranya ialah Imam Ramli dalam kitabnya ihaayatu al Muhtaj mengatakan bahawa : “Orang kafir tidak ditegah untuk membaca la-Quran kerana mereka tidak percaya kepada kehormatannya.

4. Ada juga sebahagian ulamak terutamanya dari kalangan Mazhab Hambali mengatakan bahawa : “Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub.

Sebagai orang muslim yang baik, maka kita kena positifkan perkara ini dan jangan sama sekali mencampurkannya dengan kepentingan peribadi masing-masing. Masalah ini akan lebih parah lagi apabila ia melibatkan kepentingan politik tertentu. Kalau masalah ini dibicarakan mengikut fikiran yang waras, maka masalah ini tidak menjadi besar dan tidak berlaku laporan polis dan berbagai kecaman yang telah berlaku sebelum ini. Perkara ini semua merupakan khilaf ulamak, lazimnya apabila berlakunya khilaf ulamak, maka mesti ada yang mengatakan harus, haram, sunat, makruh dan sebagainya. Faktor berlakunya berbagai pendapat dari kalangan para ulamak adalah disebabkan tiada dalil Al-Quran dan Hadis yang mengatakan haram dan mengatakan harus orang kafir membaca Al-Quran dan Hadis.

Sepatunya masalah ini tidak menjadi besar dan kita sebagai orang awam perlu menghormati segala pandangan yang telah dikeluarkan oleh orang-orang alim walaupun ia tidak bersesuaian dengan pandangan kita. Mereka mengeluarkan hujah berdasarkan ilmu mereka. Kita mengeluarkan hujah berdasarkan fikiran yang jahil agama dan dicampurkan juga dengan keinginan nafsu politik yang tajam.

Ini pandangan saya, orang kafir membaca Al-Quran dan hadis ia merupakan langkah yang baik, kerana secara langsung atau tidak langsung mereka telah mempelajari Al-Quran dan Hadis. Masalah tajwid atau sebutan itu janganlah kita pertikaikan, kerana mereka mana tahu ilmu tajwid, lagipun lidah mereka bukan seperti lidah orang yang dah lama belajar membaca Al-Quran atau Hadis. Sepatutnya kita kena malu kepada mereka, kerana ramai orang Islam yang tidak tahu membaca Al-Quran, malah lebih teruk lagi tidak tahu mengucap pun ada. Ramai ahli-ahli sains barat yang memeluk Islam kerana mereka mengkaji dan membaca Al-Quran yang telah diterjemahkan kepada bahasa mereka.

Antara ahli sains yang telah memeluk islam kerana melihat kebenaran Al-Quran ialah profesor Milan dari Republik Czeck, Dr. Murice Bucaille, seorang doktor bedah dari Perancis, Jacque Costeau, ahli kaji lautan juga dari Perancis, Dr. Tijtet Tijson, seorang profesor perubatan dari Chiang Mai University, Thailand juga telah menganut Islam selepas melihat kebenaran Al-Quran. Profesor Keith L Moore, dari University Toronto, Kanada menyatakan bahawa mustahil kenyataan tentang embriologi yang terdapat dalam al-quran ini berasal daripada Nabi Muhammad saw dan beliau mengakui kebenaran Al-Quran.

Orang kafir belajar membaca Al-Quran dan Hadis juga merupakan sebahagian dari dakwah Islam yang telah disampaikan tanpa paksaan, mereka berminat untuk menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai hujah mereka. Kita sebagai orang Islam berusaha menyampaikan dakwah dan berdoa kepada Allah semoga diberikan hidayah kepada mereka untuk memeluk agama Islam. Al-Quran bukan untuk orang Islam sahaja, malah dia juga ditujukan kepada orang bukan Islam dan banyak ayat-ayat yang mengatakan wahai sekalian manusia, ini membawa maksud secara umum iaitu sekalian manusia termasuk yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.

Saya tegaskan di sini, artikel saya ini tidak terikat kepada mana-mana fahaman politik, saya berhujah berdasarkan sedikit ilmu yang kerdil dan sedikit rujukan yang telah dibuat. Tujuan penyebaran artikel ini adalah sebagai jawapan kepada pengunjung yang bertanya dan merupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang menghayati hadis Rasulullah yang berbunyi “Sampaikanlah walaupun dengan satu ayat”.


Sumber: Ustaz Amin

]]>
http://melayukini.net/2011/10/apakah-hukum-orang-kafir-baca-al-quran-dan-hadis/feed/ 1