Informasi Malaysia Kini » Artis Malaysia http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Sat, 04 Feb 2012 14:30:30 +0000 en hourly 1 Video Lagu Lirik MIROS Lovelife 2010 http://melayukini.net/2010/09/video-lagu-lirik-miros-lovelife-2010/ http://melayukini.net/2010/09/video-lagu-lirik-miros-lovelife-2010/#comments Mon, 20 Sep 2010 00:58:16 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=1307 Mungkin ramai rakyat Malaysia yang masih tidak tahu yang Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) telah melancarkan satu program keselamatan jalan raya yang baru bertajuk, Lovelife. Program MIROS Lovelife ini telah mendapat anjuran bersama dari PLUS Berhad dan juga artis-artis terkenal tempatan seperti Johan Nawawi, Nora, Dayang, Tomok, Shiela dan lain-lain lagi. Dilancarkan pada bulan Ramadhan yang lepas dengan edaran percuma 5000 cds lagu, diharapkan Program Lovelife dapat membuatkan orang ramai bercakap tentang keselamatan jalan raya, menyanyi tentang keselamatan jalan raya dan secara tidak langsung ini akan membuatkan minda separa sedar kita menggerakkan kita ke arah pemanduan dan pengamalan yang baik semasa berada di jalan raya. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati laman Road Safety Talks ini…

Music Video Lovelife Rap Version

Music Video Lovelife No Rap Version

Lirik Lagu Lovelife

LOVELIFE

Tanpa diduga
nahas yang menimpa
telah mengakhiri perjalanan kita
hanya kerana
kesabaran tiada … oh!
Syukur hati ku

bila ku lihat mu
masih berada disisi
terlalu hampirnya nyawa mu pergi
kerana sikap ku terburu (begitu)

Chorus:
Live love! Love life!
Today we make the change
through caring and love
Live love! Love life!
if we could all be more understanding
its the biggest gift of life!
….. LOVE LIFE!

from now i’m very sure
i wanna make it right
each and every journey of our lives
one can make the change
saving all these lifes …oh!

now i realise
the meaning of true love
just the thought of losing you
never felt so painful
never will i can
imagine living without you

chorus:
Hidup Cinta!
bersama kita mampu
mengubah tibanya duka
Cinta Hidup!
bila kita saling cuba memahami
itulah kehebatan nya….

]]>
http://melayukini.net/2010/09/video-lagu-lirik-miros-lovelife-2010/feed/ 0
Rita Rudaini Aidil Zafuan Didenda RM500 Kahwin Lari http://melayukini.net/2010/05/rita-rudaini-aidil-zafuan-didenda-rm500-kahwin-lari/ http://melayukini.net/2010/05/rita-rudaini-aidil-zafuan-didenda-rm500-kahwin-lari/#comments Fri, 07 May 2010 08:06:51 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=905 Alhamdulillah. Selamat sudah selamat pasangan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan diijabkabulkan di Malaysia dengan sah dan legal. Bukan tak sah pun kahwin mereka sebelum ni. Tak salah pun nak kahwin kat mana-mana pun. Yang penting, wali hakim tu kena la orang Islam. Islam tu amat mudah dan tak mahu menyusahkan sesiapa. Perkara yang baik usahla ditunggu-tunggu atau dilengah-lengahkan. Bagus la keputusan korang berdua ni untuk berkahwin daripada terjebak ke lembah neraka, lembah zina. Mahkamah di Malaysia ni pun ok gak. Denda RM500 je dan paling maksimum pun denda RM1000. Jadi, tak menjadi banyak masalah.

Rita Rudaini dalam keadaan tersenyum-senyum malu dan bahagia, bersama suaminya, Aidil Zafuan meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas mendaftarkan perkahwinan mereka semalam.

Pihak keluarga perlu juga memberi sokongan. Jangan menghalang perkara baik. Tapi pasangan ingin bernikah pun kena la mendapat redha ibu bapa juga ya. Jangan kerja nak lari je. Kadang-kadang aku hairan la, kenapa dekat Thailand, yang penduduk Islamnya sangat sedikit boleh mengamalkan cara kahwin yang mudah. Islam kan mudah. Mungkin jabatan-jabatan agama Islam di Malaysia ini boleh la buat sesuatu untuk memudahkan lagi perjalanan kahwin rakyat Malaysia. Cegah zina! Rakyat sihat! Negara pun makmur…insyaAllah.

Rita Rudaini menemani suaminya, Aidil Zafuan yang sedang masam di telefon, meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas mendaftarkan perkahwinan mereka semalam.

KUALA LUMPUR 6 Mei – ”Kenapa kahwin di sana? Apa masalah?” Itu merupakan pertanyaan Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin terhadap pelakon, Rita Rudaini dan suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak ketika pasangan itu mengemukakan rayuan berhubung kes nikah tanpa kebenaran di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Mohd. Aidil Zafuan, 23, yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan ketika menjawab pertanyaan itu berkata, mereka bernikah di negara jiran ekoran tidak mendapat persetujuan daripada ahli keluarganya. Pelakon wanita itu pula memberitahu, keluarga mertua tidak menyukai dirinya.

Ketika bernikah pada tahun lalu, pemain bola sepak dari Negeri Sembilan itu masih bujang manakala Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mohamad @ Mokhtar, 34, merupakan seorang janda. Rayuan tersebut dikemukakan sebelum Mohd. Yunus menjatuhkan hukuman denda RM500 atau penjara 15 hari terhadap Rita dan Mohd. Aidil Zafuan setelah masing-masing mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Pasangan itu didakwa bernikah di luar kariah tanpa kebenaran mahkamah iaitu di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand kira-kira pukul 9.30 malam, 28 Februari tahun lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Sohibul Kahfi Hussin manakala pasangan itu tidak diwakili peguam. Pada 22 April tahun lalu, mahkamah yang sama mengesahkan pernikahan pasangan itu di negara jiran adalah sah dari hukum syarak.

Menurut surat nikah dari Pejabat Agama Islam Wilayah Songkhla, Rita Rudaini dan Mohd. Aidil Zafuan dinikahkan oleh Naib Kadi Wilayah Songkhla, Chowalit Pinsuwan. Pasangan itu kini mempunyai seorang anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin yang berusia 10 bulan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

]]>
http://melayukini.net/2010/05/rita-rudaini-aidil-zafuan-didenda-rm500-kahwin-lari/feed/ 1
Lirik Lagu Kita oleh Aizat Dulu Sekarang http://melayukini.net/2010/04/lirik-lagu-kita-oleh-aizat-dulu-sekarang/ http://melayukini.net/2010/04/lirik-lagu-kita-oleh-aizat-dulu-sekarang/#comments Tue, 20 Apr 2010 15:01:00 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=639 Aizat. Best la lagu ko ni. Aku memang suka la. Tapi yang paling aku respek pasal ko ni kan, ko dah jadi kurus la. Dulu ko berisi masa di Akademi Fantasia, sekarang ko dah kurus. Dengar kata ko dh berhenti makan nasi kan. Tapi aku takleh la nak berhenti makan nasi. Seminggu tak makan nasi, aku jadi tidak keruan lah. Aku dengar-dengar lagi, menu rahsia ko sebagai pengganti nasi ialah salad epal hijau. Aduhhh. Aku dengar pun dah nak loya tekak aku. Masammmm. Tapi takpe, ko memang bagus, tu la ko menang banyak anugerah. Ko juga berdisplin. Jadi teruskan lah perjuangan ko. Tapi aku nak cadangkan ko la Aizat, ko buat la lagu dakwah sket, masa ko jadi idola rakyat Malaysia terutama budak-budak yang baru mengenal alam remaja ni, ko kena tunjukkan contoh yang baik. At least nanti kat kubur, malaikat tanya, “apa yang ko telah buat masa mudak ko?” Ko leh la jawab, aku berdakwah dengan akhlak yang baik dan lagu yang baik. InsyaAllah Aizat, boleh la tu kot. Jaga solat dan amalkan pekerti muslim yang hensem dan beriman ye Aizat. Aizat boleh!

Lirik Lagu Kita

Deras hati ku berdetar
Di langit aku terlihatkanmu
Terang malam…. teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

CHO: Dan aku terus…
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah Lagu Kita

Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

( ulang cho 1x)

Terciptalah Lagu Kita

]]>
http://melayukini.net/2010/04/lirik-lagu-kita-oleh-aizat-dulu-sekarang/feed/ 0
Norman KRU Pengetua AF8 – Akademi Fantasia http://melayukini.net/2010/02/norman-kru-pengetua-af8-akademi-fantasia/ http://melayukini.net/2010/02/norman-kru-pengetua-af8-akademi-fantasia/#comments Wed, 10 Feb 2010 00:17:59 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=582 Teka teki telah pun terjawab di mana Norman KRU telah pun dilantik menerima beban sebagai pengetua akademi fantasia musim ke 8. Hmm aku rasa pelik la. Kenapa masa aku menaip ni kan. Aku asyik-asyik macam nak tertulis Norman Hakim. Haha hebat betul la kau Norman Hakim. Sampai tangan aku pun boleh terpengaruh. Ceh. Tengok. Berita AF8 telah di interframe oleh Norman Hakim. Anyway, pengacara AF8 masih lagi belum terjawab. AC Mizal telah awal-awal lagi menolak. Sarimah pula telah diberi tanggungjawab untuk mengendali debaran baru akademi fantasia. Jadi siapakah gerangan yang akan menggantikan AC Mizal. Adakah Aznil? Mari kita sama-sama nantikan. Huhu.

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Diberi tanggungjawab besar menggalas tugas sebagai Pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) merupakan satu penghormatan buat Norman Abdul Halim, 37. Atas alasan itu, dia berazam untuk membimbing dan membentuk bakat-bakat baru dalam mencari hala tuju mereka dalam seni khususnya bidang muzik.

“Saya mahu melakukan satu perubahan baru dalam AF8 iaitu mencari muzik yang sesuai untuk setiap pelajar yang terpilih nanti. Seperti mana yang kita tahu, bukan semua boleh menjadi penyanyi versatil dan semua ini harus dilakukan di peringkat awal agar mereka tidak akan tercari-cari arah apabila keluar dari akademi. Saya percaya dengan bantuan barisan tenaga pengajar, impian ini dapat direalisasikan dalam mencari penghibur negara yang disegani,” jelas Norman ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman pengetua, tenaga pengajar dan pengacara AF8 di sini malam ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah dan Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi. Pemilihan Norman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios itu dilihat bertepatan sekali memandangkan trek rekod cemerlang yang pernah dicipta bersama kumpulannya, KRU. Namun begitu, Norman sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan dan menganggapnya sebagai satu cabaran sebagai Pengetua AF8.

“Apa yang boleh saya katakan, saya akan menerajui AF8 sebaik mungkin berdasarkan pengalaman saya selama 18 tahun bersama KRU,” ujar Norman yang mengesahkan kedudukannya sebagai Pengetua AF8 pada pertengahan bulan Januari lalu.

Sementara itu, Sarimah Ibrahim terus diberi kepercayaan untuk mengendalikan program baru, Debaran Akademi Fantasia.

Sumber Berita: Utusan Online

]]>
http://melayukini.net/2010/02/norman-kru-pengetua-af8-akademi-fantasia/feed/ 1
Mamat Exist Seorang Pencuri? http://melayukini.net/2010/01/mamat-exist-seorang-pencuri/ http://melayukini.net/2010/01/mamat-exist-seorang-pencuri/#comments Wed, 13 Jan 2010 10:30:03 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=535 Tiada kusangka, sejak detik itu kau membuka pintu, kamar di hatiku, cinta yang bla bla bla bla.…..” Pintu ko akhirnya terbuka untuk mencuri ye mamat. Taubat lah. Tak serik-serik lagi ke kau ni. Aku terkilan lah. Bakat hebat]]> Tiada kusangka, sejak detik itu kau membuka pintu, kamar di hatiku, cinta yang bla bla bla bla...” Pintu ko akhirnya terbuka untuk mencuri ye mamat. Taubat lah. Tak serik-serik lagi ke kau ni. Aku terkilan lah. Bakat hebat seperti kau ni boleh jadi begini. Aku rasa kau kena gi jalani latihan askar wataniah supaya jati diri dan dalaman kau tu mantap. Lepas tu baru la kau leh maju ke hadapan. Yang paling penting, kena pandai pilih kawan.

SINGAPURA 13 Jan. – Mahkamah Singapura hari ini mengenakan denda S$1,000 (RM2,400) ke atas penyanyi rock Malaysia, Mamat kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan. Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 31, adalah bekas penyanyi kumpulan rock Exist yang popular pada tahun 1990-an.

Laporan sebuah media online menyebut Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit bernilai S$580 dan sebuah jam daripada Noor Shazeel Sazali, 21, di rumahnya di Bishan di sini pada 11 November lepas. Mahkamah diberitahu Noor Shazeel telah meletakkan telefon bimbit dan jam itu yang tidak diketahui nilainya di atas meja makan sebelum masuk untuk tidur petang, dan mendapati barangan tersebut hilang apabila dia bangun lima jam kemudian.

Menurut edisi online Straits Time, Noor Shazeel kemudian diberitahu bapanya bahawa Mamat telah pergi ke rumahnya bersama seorang saudara. Mamat berjaya dikesan di rumah teman wanitanya di sini beberapa hari kemudian.

Sumber Berita: Utusan Malaysia

]]>
http://melayukini.net/2010/01/mamat-exist-seorang-pencuri/feed/ 0