Informasi Malaysia Kini » Duta Alam Sekitar http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 14:30:04 +0000 en hourly 1 Kapten Kit Duta Kebersihan Alam Sekitar Malaysia http://melayukini.net/2009/11/kapten-kit-duta-kebersihan-alam-sekitar-malaysia/ http://melayukini.net/2009/11/kapten-kit-duta-kebersihan-alam-sekitar-malaysia/#comments Wed, 25 Nov 2009 01:06:51 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=358 TV3 kini menampilkan sebuah drama baru untuk tatapan umum, Kapten Kit untuk disiarkan di slot Aksi. Drama terbitan Ace Motion Pictures dan diarah oleh pengarah tersohor Aziz M Osman itu bakal mempamerkan keistimewaannya di kaca TV anda tidak lama lagi. …]]>

TV3 kini menampilkan sebuah drama baru untuk tatapan umum, Kapten Kit untuk disiarkan di slot Aksi. Drama terbitan Ace Motion Pictures dan diarah oleh pengarah tersohor Aziz M Osman itu bakal mempamerkan keistimewaannya di kaca TV anda tidak lama lagi. Ia juga dapat menambat hati penonton yang cintakan alam sekeliling dengan aksi-aksi hebat serta lincah.

Kapten Kit membariskan pelakon-pelakon baru yang ingin mengasah bakat dan sekali gus menggilap nama mereka dalam industri lakonan iaitu Asry Azizan, Azie Yahya, Puteri Fateen Nasuha, Munir, Qazem dan Qish. Turut serta mewarnai drama sensasi ini adalah pelakon yang berpengalaman iaitu AR Badul. Kapten Kit bakal pada 23 November ini, setiap Isnin, jam 9 malam.

Drama 13 episod ini mempunyai keistimewaannya tersendiri yang mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Sulaiman yang cintakan alam persekitaran dan telah mencipta pelbagai peralatan daripada bahan kitar semula untuk menentang mereka yang cuba memusnahkan alam sekitar. Drama ini juga mempunyai begitu banyak mesej-mesej positif yang dapat memupuk minda anak muda untuk memperkenalkan dan memartabatkan budaya sihat seperti mengitar semula dan menjaga alam persekitaran.

Kisah ini bermula dengan sisa toksik dari makmal Datuk Jay yang dibuang ke dalam longkang bawah tanah dan telah menyebabkan penyebaran penyakit berbahaya yang boleh mengubah karakter seseorang menjadi ganas. Tini, ketua Unit Penyakit Berbahaya, mengetuai unitnya untuk menyiasat dan mengkaji punca dan seterusnya mencari penawar kepada penyakit tersebut.

Pencariannya membawa kepada perkenalan dengan Sulaiman, watak utama cerita ini di mana beliau seorang yang genius dalam bidang kejuruteraan dan pencinta alam sekitar. Masa terluangnya mencari barangan untuk dikitar semula dan menjadikannya satu perniagaan yang menguntungkan. Dia juga telah mencipta sut khas yang bernama ‘Hijau’ yang dapat meningkatkan kekuatannya sebanyak 10 kali ganda untuk memudahkannya mengangkat barangan berat dan melakukan pelbagai kerja lain.

Seterusnya watak seorang psikik muda, iaitu Sofia dan dua penjahat iaitu Johny dan bosnya, Nash, yang menjadi penggerak kepada aktiviti-aktiviti wang haram. Paling utama, mesej pelestarian alam sekitar tanggungjawab semua dimasukkan untuk diterap oleh semua rakyat Malaysia. Kesedaran dan komitmen untuk sama-sama berganding bahu adalah amat penting supaya kita dapat merealisasikan impian kita semua untuk hidup di bumi yang bebas dari pencemaran. Turut diselitkan, kekalutan dalam hubungan percintaan. Bagaimanakah kesudahan kisah ini? Jangan lupa nantikan kemunculannya.

Sumber: Sinar Harian

]]>
http://melayukini.net/2009/11/kapten-kit-duta-kebersihan-alam-sekitar-malaysia/feed/ 1