Informasi Malaysia Kini » Gaji Baru Polis http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 14:30:04 +0000 en hourly 1 Gaji Baru Polis 2010 – Berita Baik! http://melayukini.net/2010/02/gaji-baru-polis-2010-berita-baik/ http://melayukini.net/2010/02/gaji-baru-polis-2010-berita-baik/#comments Tue, 02 Feb 2010 16:15:19 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=565 Ini merupakan berita baik kepada pasukan polis Malaysia di mana gaji dan elaun semua anggota PDRM akan dinaikkan. Kini semua hasil penat lelah, kerja lebih masa dan pengorbanan kalian semua akan menjadi berbaloi. Diharap juga prestasi yang baik juga dikekalkan dan yang mana-mana yang buruk boleh la ditinggalkan. Chaiyok!

SEPANG: Kadar baru gaji dan elaun anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan esok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau berkata, kadar baru itu diyakini akan meningkatkan taraf kehidupan anggota polis sekaligus meningkatkan keupayaan pasukan berkenaan. Katanya, ia juga adalah sebahagian daripada cadangan yang dirumuskan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kadar baru ini yang akan saya umumkan esok adalah sebagai memenuhi janji yang saya berikan sewaktu saya mula menerajui KDN,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasport Malaysia versi (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Laporan akhbar ini menyebut bahawa skim gaji dan elaun itu akan membolehkan pegawai polis berpangkat inspektor menerima gaji bulanan lebih RM3,000 manakala sarjan pula sehingga RM2,000 sebulan. Menerusi skim ini, inspektor baru berpeluang menikmati kenaikan terbesar dengan gaji permulaan sebanyak RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini serta pertambahan beberapa elaun lain seperti perumahan dan sara hidup.

Bagi pemegang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500 berbanding RM800 sebelum ini. Semua kenaikan itu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun lalu, sekaligus bermakna anggota dan pegawai terbabit bakal mendapat durian runtuh melalui bayaran tunggakan bermula tarikh itu.

Sumber: Berita Harian Online

]]>
http://melayukini.net/2010/02/gaji-baru-polis-2010-berita-baik/feed/ 8