Informasi Malaysia Kini » Haram http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Kenapa Singapura Haramkan Chewing Gum (Serius Lawak!) http://melayukini.net/2011/10/kenapa-singapura-haramkan-chewing-gum-serius-lawak/ http://melayukini.net/2011/10/kenapa-singapura-haramkan-chewing-gum-serius-lawak/#comments Fri, 28 Oct 2011 04:10:37 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=7060 Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum telah diharamkan di Singapura. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang, apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab: “kami tak buat apa.kami buang aje” PM Singapore: “ooo kat Singapore, kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?”

Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi ” Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?” Raja Siam jawab “kami tak buat apa,kami buang aje” PM Singapore: “ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand”

Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya “Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?” Raja Siam jawab “Kami tak buat apa, kami! buang aje” PM Singapore: “ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand” Raja Siam plak Tanya: “apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?” PM Singapore jawab:” kami tak buat apa, kami buang aje.” Raja Siam: “ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore”

Erk! muka PM Singapore jadik merah padam” dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore.


Sumber: Gelihati | Koleksi Lawak Yang Gila Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2011/10/kenapa-singapura-haramkan-chewing-gum-serius-lawak/feed/ 7
Cikgu Shida Agen MLM Hai-O? http://melayukini.net/2011/07/cikgu-shida-agen-mlm-hai-o/ http://melayukini.net/2011/07/cikgu-shida-agen-mlm-hai-o/#comments Sat, 30 Jul 2011 02:38:11 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=3462 Straight to the point, betul ke khabar angin yang mengatakan Cikgu Shida, Cikgu Paling Popular di Malaysia ni, telah masuk ke dalam kancah atau menjadi agen kepada perniagaan MLM yang haram (Ustaz Zahruddin…) ni? Sepertimana artis-artis MLM]]> Straight to the point, betul ke khabar angin yang mengatakan Cikgu Shida, Cikgu Paling Popular di Malaysia ni, telah masuk ke dalam kancah atau menjadi agen kepada perniagaan MLM yang haram (Ustaz Zahruddin) ni? Sepertimana artis-artis MLM dulu yang hebat bercakap, pastu kecundang. Dengar kata Cikgu Shida masuk Hai-O. Walau tak salah kalau aku kata, nama cikgu di mataku adalah sangat sinonim dengan perniagaan MLM, tapi takkan Cikgu Shida boleh turut terjebak juga. Tapi hakikatnya, manusia tetap manusia. Manusia bila tebar duit depan mata, sanggup menipu dan menye”scam” rakan dan bangsa sendiri. Bawah ni hasil bukti-bukti dari penyiasat anti-MLM Malaysia, Aidid Muaddib. Note: Aku letak gambar je, bukan tulisan sebab keras sangat bahasa abang Aidid Muaddib tu.

Cikgu Shida MLM Hai-O Scam 1
Cikgu Shida MLM Hai-O Scam 4
Cikgu Shida MLM Hai-O Scam 2

Kesimpulannya, selepas tembelang Cikgu Shida pecah dek kerana siasatan yang telus oleh Encik Aidid Muaddib, Cikgu Shida telah membuat pengumuman ini di laman facebooknya yang dia akan “unfriend” semua rakan facebooknya kepada zero dan akan hanya berkawan dengan angkatan-angkatan MLM (downline yang dah kena tipu dan upline yang menipu dia sahaja) dan sesiapa yang tak kata MLM tu HARAM sahaja. Pendapat aku, kalau betul, buat apa nak takut? Apabila seseorang berbuat dosa, hatinya tak tenteram. Inilah fitrah manusia.

Cikgu Shida MLM Hai-O Scam 5
Kalau nak baca betul versi asal, korang baca sendiri di laman blog Aidid Muaddib: Blog Aidid Muaddib

]]>
http://melayukini.net/2011/07/cikgu-shida-agen-mlm-hai-o/feed/ 6
Gambar Perhimpunan Bersih 1.0 ke Stadium Merdeka [Imbasan] http://melayukini.net/2011/07/gambar-perhimpunan-bersih-1-0-ke-stadium-merdeka-imbasan/ http://melayukini.net/2011/07/gambar-perhimpunan-bersih-1-0-ke-stadium-merdeka-imbasan/#comments Sat, 09 Jul 2011 01:15:32 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=3217 tempatan… Malaysia di mana ratusan ribu rakyat Malaysia yang mahukan pilihanraya yang adil dan bersih akan menuju ke ibu kota negara Malaysia Kuala Lumpur (Stadium Merdeka) bagi]]> Sabtu ini, 9 Julai 2011 atau 090711, merupakan satu detik bermakna dalam sejarah tempatan Malaysia di mana ratusan ribu rakyat Malaysia yang mahukan pilihanraya yang adil dan bersih akan menuju ke ibu kota negara Malaysia Kuala Lumpur (Stadium Merdeka) bagi menampakkan harapan mereka dalam kempen BERSIH 2.0. Dengar kata bukan sahaja rakyat di Malaysia sahaja yang akan menguningkan diri, tetapi juga rakyat Malaysia kita di luar negara akan turut serta menunjukkan keperihatinan mereka kepada pilihanraya yang adil di Malaysia. Bagaimanakah keadaan atau suasana di Stadium Merdeka kelak? Ada sesiapa ambil gambar BERSIH 2.0? Apakah yang akan berlaku dalam BERSIH 2.0 ini? Adakah PERKASA akan menyulitkan keadaan? Adakah Ambiga akan ditangkap? Siapa sebenarnya Ambiga eh? Jalan akan jem teruk tak masa perhimpunan Bersih 2.0 ni? Apa ramalan cuaca pada hari Sabtu himpunan Bersih eh? Hujan lagi macam tahun 2007 ke. Pelbagai soalan timbul. Mari kita imbas kenangan Bersih 1.0 pada tahun 2007 yang lalu sebagai tatapan. Semoga Allah melindungi kita semua di Malaysia. Jom! P/S: Perhimpunan Padang Masyar ialah perhimpunan paling besar, di mana dosa pahala kita akan disukat, dan masanya tiada relatifnya oleh waktu sekarang. Tiada warna kuning atau merah. Semua manusia sama sahaja kecuali mereka-mereka yang beriman. Ya Allah! Masukkanlah aku di dalam golongan yang sedikit itu, golongan yang mempunyai iman yang teguh dan kuat. Amin.

Perhimpunan Bersih Stadium Merdeka 1
Perhimpunan Bersih Stadium Merdeka 2
Perhimpunan Bersih Stadium Merdeka 3
Perhimpunan Bersih Stadium Merdeka 4
Perhimpunan Bersih Stadium Merdeka 5
Perhimpunan Bersih Stadium Merdeka 6
Perhimpunan Bersih Stadium Merdeka 7
Perhimpunan Bersih Stadium Merdeka 9
Perhimpunan Bersih Stadium Merdeka 10
Perhimpunan Bersih Stadium Merdeka 11
Perhimpunan Bersih Stadium Merdeka 12
Perhimpunan Bersih Stadium Merdeka 13
Sumber Gambar: Harizamrry

]]>
http://melayukini.net/2011/07/gambar-perhimpunan-bersih-1-0-ke-stadium-merdeka-imbasan/feed/ 0
Maskot Digi Pun Kena Tahan Sebab BERSIH. Patut la Takde Line. http://melayukini.net/2011/07/maskot-digi-pun-kena-tahan-sebab-bersih-patut-la-takde-line/ http://melayukini.net/2011/07/maskot-digi-pun-kena-tahan-sebab-bersih-patut-la-takde-line/#comments Fri, 01 Jul 2011 05:07:50 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=3154
Sumber: Anak Muda Benci Umno…]]>
Digi Bersih Ditangkap
Sumber: Anak Muda Benci Umno

]]>
http://melayukini.net/2011/07/maskot-digi-pun-kena-tahan-sebab-bersih-patut-la-takde-line/feed/ 0
Kenapa Perlu Boikot ASTRO? Jangan Bayar Bil? Dosa Weh… http://melayukini.net/2011/06/kenapa-perlu-boikot-astro-jangan-bayar-bil-dosa-weh/ http://melayukini.net/2011/06/kenapa-perlu-boikot-astro-jangan-bayar-bil-dosa-weh/#comments Wed, 29 Jun 2011 03:11:12 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=3123 tempatan… ni. Kenapa kena boikot ASTRO dengan tak bayar 3 bulan? Kalau nak boikot, korang terus matikan je perkhidmatan langganan ASTRO korang tu. Nampak sangat korang pun tak boleh nak elak dari ketagihan]]> Kadang-kadang aku pelik la dengan isu hangat tempatan ni. Kenapa kena boikot ASTRO dengan tak bayar 3 bulan? Kalau nak boikot, korang terus matikan je perkhidmatan langganan ASTRO korang tu. Nampak sangat korang pun tak boleh nak elak dari ketagihan menggila korang kepada siaran hiburan di ASTRO. Lepas tu korang nak boikot dengan tak mahu bayar. Aah, korang guna perkhidmatan orang pastu tak mahu bayar. Tak ke macam mencuri tu? Contonya, macam korang nak boikot Starbucks, korang senang hati pesan air Mocha Latte, pastu minum, pastu korang blah je dengan niat korang boikot. Harga Mocha Latte tu pun mahal boleh tahan juga. Ajaran sesat mana korang ikut ni? Wahai orang-orang beriman! Korang tak payah la sahut saranan bodoh ni, korang nak ke diazab api neraka kerana tidak jujur dalam urus niaga korang. Dah guna perkhidmatan, korang kena la bayar. Wahai orang beriman! Kalau korang nak boikot ASTRO, boikot la sungguh-sungguh, matikan langganan korang dan lunaskan hutang-hutang korang dengan ASTRO sebelum ni (kalau ada). Wahai orang-orang beriman! korang jangan la letak nama “Islam” dalam persatuan korang yang langsung tak menggambarkan akhlak Islam tu. Memalukan! Gi baca artikel kat bawah tentang isu boikot ASTRO. P/S: Aku dah tau yang ASTRO ni memang gila meroyan bagi harga mahal untuk pelanggannya. Tapi ini bukan sebab aku tak melanggan ASTRO sepanjang aku hidup di Malaysia ni. Sebab utama aku tak melanggan ASTRO ni ialah aku takde masa untuk membuang masa aku yang berharga dengan hiburan dan ajaran hedonisme yang banyak dipaparkan kat situ. Paham?

boikot astroTak payah la korang berbuat dosa dengan tidak membayar perkhidmatan yang korang guna. Macam mencuri tau.

KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.

” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.

” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.

Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.

” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.

” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.

Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.

Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.

” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Sumber: Mynewshub

]]>
http://melayukini.net/2011/06/kenapa-perlu-boikot-astro-jangan-bayar-bil-dosa-weh/feed/ 2