Informasi Malaysia Kini » Helmet http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Pemakaian Helmet Motorsikal Yang Betul http://melayukini.net/2010/03/pemakaian-helmet-motorsikal-yang-betul/ http://melayukini.net/2010/03/pemakaian-helmet-motorsikal-yang-betul/#comments Thu, 18 Mar 2010 05:15:39 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=604 … Klu yang]]> Gambar ini telah dimuatnaikkan di laman facebook baru-baru ini oleh salah seorang kawan yang saya tidak kenal di bukamuka itu. Kelakar gak cara pemakain helmet motorsikal pakcik ni ye. Korang rasa orang negeri mana pakcik yang hensem ini?

Klu yang ada dalam tersebut ialah nombor poskod, nama jalan dan nombor plat kenderaan. Tapi nombor plat kenderaan tu tak nampak la. Maka kita pergi kepada nama jalan iaitu Jalan Hospital. Adui..Banyak sungguh Jalan Hospital dekat Malaysia ini. Maka aku pergi tanya Pakcik Google. Dia kata poskod 16000 tu terletak di Jitra Kedah. Dan satu lagi dekat Kota Bharu. Kira antara satu la. Kedah lawan Kelantan…Tu diaaaa…kreatif sungguh orang Kedah atau Kelantan ni na. Gurau-gurau je..maaf zahir batin ya pakcik helmet :)

P/S: Kalau sesiapa tahu kat mana poskod 16000 ni, bagitau lah ye. Jangan segan-segan…

]]>
http://melayukini.net/2010/03/pemakaian-helmet-motorsikal-yang-betul/feed/ 2
Denda Buang Sekolah Jika Tak Pakai Topi Keledar http://melayukini.net/2010/01/denda-buang-sekolah-jika-tak-pakai-topi-keledar/ http://melayukini.net/2010/01/denda-buang-sekolah-jika-tak-pakai-topi-keledar/#comments Mon, 18 Jan 2010 09:26:30 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=542 Suatu tindakan yang drastik telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran kepada mana-mana pelajar yang tidak memakai topi keledar atau helmet semasa menunggang motorsikal. Saya amat setuju. Kalau boleh, kerajaan Malaysia juga mewajibkan perkara ini kepada semua kakitangan kerajaan. Sesiapa yang ditangkap tidak memakai topi keledar keselamatan akan dikenakan tindakan tata tertib. Ini bukanlah sesuatu yang hanya dibuat untuk menunjukan kerajaan kejam atau apa. Tetapi adalah semata-mata untuk keselamatan diri sendiri. Perlu ditambah, hampir 80% dari kematian dalam kemalangan motorsikal disebabkan kecederaan kepala. Jadi, marilah kita sama-sama pakai helmet ye. InsyaAllah.

JOHOR BAHRU – Mana-mana pelajar sekolah yang ‘besar kepala’ dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah mungkin berhadapan tindakan gantung atau buang sekolah selepas ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut jika pelajar terbabit masih tidak berubah meskipun beberapa kali diberikan kaunseling termasuk memanggil ibu bapa pelajar terbabit ke sekolah.

“Pemakaian topi keledar amat penting kerana berdasarkan statistik baru-baru ini, 2,000 daripada 6,000 kemalangan maut adalah melibatkan penunggang motosikal.

“Sekiranya pelajar enggan memakai topi keledar, tidak kira di kawasan pedalaman atau bandar, pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan peraturan itu jika pelajar masih tidak berubah meskipun ibu bapa telah dipanggil dan diberikan kaunseling berkali-kali,” katanya.

Sumber Berita: Kosmo Online

]]>
http://melayukini.net/2010/01/denda-buang-sekolah-jika-tak-pakai-topi-keledar/feed/ 0