Informasi Malaysia Kini » India http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Sat, 04 Feb 2012 14:30:30 +0000 en hourly 1 Kisah Cara Menipu Tiket Keretapi http://melayukini.net/2012/01/kisah-cara-menipu-tiket-keretapi/ http://melayukini.net/2012/01/kisah-cara-menipu-tiket-keretapi/#comments Wed, 18 Jan 2012 12:55:30 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=13313 Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan menaiki keretapi dan dalam perjalanan ke destinasi mereka, terjadi satu kejadian yang mencuit hati.

]]>
Kisah Cara Menipu Tiket Keretapi | Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke Pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

“Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?” tanya salah seorang lelaki Pakistan. “Lihat dan belajar“, kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata “Tolong bagi tiket”. Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

“Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?” tanya salah seorang lelaki Pakistan.

Lihat dan belajar“, jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata “Tolong bagi tiket”. Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

Melayukini.net – Kah kah kah faham-faham sahaja lah apa yang terjadi kepada 3 lelaki Pakistan tu kan. Bijak betul idea menipu. Tapi ingat lah, penipu ni memang selalu terlepas dari hukuman di dunia tetapi hukuman di akhirat siapa yang tahu. JANGAN tiru idea lawak menipu tiket keretapi di atas kerana Allah Maha Melihat dan Allah Maha Adil. Wallahualam.

Sumber: Gelihati | Layari Cerita Lucu Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/kisah-cara-menipu-tiket-keretapi/feed/ 0
Subhanallah! Lelaki Memiliki Ekor Sepanjang 33 cm http://melayukini.net/2011/12/lelaki-memiliki-ekor-sepanjang-33-cm-menarik/ http://melayukini.net/2011/12/lelaki-memiliki-ekor-sepanjang-33-cm-menarik/#comments Sun, 18 Dec 2011 14:30:08 +0000 Shah http://melayukini.net/?p=11095 Seorang lelaki berasal Alipurduar, Bengal Barat, India, ini memiliki daging tumbuh bertulang lembut sepanjang 33 sentimeter yang keuar dari tulang ekornya.

]]>
Subhanallah! Lelaki Memiliki Ekor Sepanjang 33 cm | Tak ada yang aneh dari susuk Chandre Oram. Lelaki berasal Alipurduar, Bengal Barat, India, ini memiliki daging tumbuh bertulang lembut sepanjang 33 sentimeter yang menyembul dari tulang ekornya.

Di tengah tradisi Hindu yang masih kental, masyarakat setempat meyakini Oram sebagai reinkarnasi Hanoman atau titisan Dewa Monyet. “Banyak orang sembuh dari penyakit parah ketika mereka menyentuh ekor saya,” ujarnya seperti dikutip dari Daily Time.

Sejak tahun lalu, Oram sudah menarik perhatian masyarakat India . Ia menjadi pusat perhatian setelah ribuan orang sanggup berbaris demi mendapat keberuntungan setelah menyentuh ekornya.

Populariti itu tak sepenuhnya membuat Oram merasa beruntung. Gara-gara ekornya, ia pernah ditolak oleh 20 wanita pujaannya. “Banyak yang membatalkan menikah dan pergi setelah melihat ekor saya,” ujarnya. “Saya harus menemukan wanita yang boleh menerima saya dan ekor saya.

Terlepas dari kepercayaan masyarakat setempat, ahli bedah terkemuka di India, Dr B Ramana, mendiagnosis Oram mengalami cacat bawaan yang membuat tulang ekornya menonjol. Meski keadaanya aneh, doktor sepenuhnya yakin Oram bukan dewa atau tuhan.

Dunia medik menyebut kelainan bawaan itu sebagai spina bifida. Ditutupi banyak rambut, tulang yang menjulur itu diperkirakan terjadi akibat mutasi gen yang memicu berpanjangan tulang ekor.

Sejumlah doktor telah menawarinya operasi untuk menghilangkan ekor itu. Tapi, Oram dan keluarganya menolak. “Dia tak akan boleh hidup tanpa ekornya. Ekor itu sudah menjadi sebahagian dari hidupnya, identiti dirinya,” ujar Rekha,  kakaknya.

Kes serupa terjadi di Kota Lixing, China, tahun lalu. Seorang bayi perempuan bernama Hong Hong juga lahir dengan ekor. Berdasarkan pengamatan sinar X, ekor itu ternyatata menyambung dengan tumor jaringan lemak tulang belakang. Namun, atas persetujuan keluarga, doktor telah mengangkat ekor itu.

Jika Oram dan Hong Hong memiliki ekor, Huang Yuanfan, 84, dan Zhang Ruifang, 101, memiliki tanduk di kepala. Tanduk Yuanfan tumbuh hingga tujuh sentimeter di kepala bagian belakang. Sementara tanduk Ruifang tumbuh sepanjang enam sentimeter di dahinya.

Mengenai tanduk yang tumbuh di kepala dua insan itu, doktor memperkirakan itu berasal dari keratin, substansi yang sama seperti kuku.

Melayukini.net – Bermacam kejadian pelik yang berlaku. Ada yang mengaitkan kejadian seperti ini berlaku kerana terkena genetik haiwan contohnya seperti monyet dan sebagainya.

Sumber: Relax Sudah | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2011/12/lelaki-memiliki-ekor-sepanjang-33-cm-menarik/feed/ 0
Betul Ke Pepsi, Coca Cola dan 7Up Dicemari Virus HIV AIDS? http://melayukini.net/2011/12/betul-ke-pepsi-coca-cola-dan-7up-dicemari-virus-hiv-aids/ http://melayukini.net/2011/12/betul-ke-pepsi-coca-cola-dan-7up-dicemari-virus-hiv-aids/#comments Tue, 06 Dec 2011 08:30:01 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=10140 Betul ke khabar angin yang mengatakan kandungan Coca Cola, Pepsi dan 7up mempunyai virus HIV AIDS yang boleh memudaratkan?

]]>
Betul Ke Pepsi, Coca Cola dan 7Up Dicemari Virus HIV AIDS? | Melalui siaran Radio Sinar FM pagi tadi (slot berita), ada kenyataan pengeluar produk Pepsi, Cola-Cola dan 7Up menafikan terdapatnya virus HIV/AIDS dalam minuman keluarannya. Kenyataan ini keluar disebabkan penyebaran maklumat palsu dalam laman Facebook dan Twitter sejak 29 November 2011 yang lepas. Berita berkenaan dikatakan mula disebarkan di India dan menyebabkan ramai percaya dengan dakwaan tersebut.

Pesanan Di Facebook: “IMPORTANT MESSAGE FROM DELHI POLICE…. 4 next NEXT FEW DAY DNT DRINK ANY PRODUCT FROM PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA, ETC , AS A WORKER FROM D COMPANY HAS ADDED HIS BLOOD CONTAMINATED WIT AIDS. Watch ND TV. Plez Forward dis mesge to every 1 u care 4 plz.

“PESANAN PENTING DARI POLIS DELHI….UNTUK BEBERAPA HARI SELEPAS INI JANGAN MINUM SEBARANG PRODUK DARI PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA DAN LAIN-LAIN, SEORANG PEKERJA DARI SYARIKAT ITU TELAH MEMASUKKAN DARAHNYA YANG MENGANDUNGI AIDS. Tonton ND TV. Tolong sebarkan pesanan ini kepada semua insan tersayang),” kata pesanan yang dipetik melalui Facebook pada 29 November lalu.

Di Twitter: “I received a text saying please don’t drink Pepsi a worker put his blood (HIV +) into some bottles. Be careful. (Saya menerima pesanan teks yang menyatakan jangan minum Pepsi seorang pekerjanya memasukkan darahnya (HIV+) ke dalam beberapa botol minuman. Berhati-hati),”

Pusat Pengawalan Dan Pencecahan Penyakit Antarabangsa (CDC) berkata semua dakwaan tersebut jelas palsu kerana adalah sangat mustahil untuk virus HIV dapat dijangkiti dengan cara sedemikian. Dakwaan tersebut juga sangat mirip kepada beberapa dakwaan yang didapati palsu sebelum ini dimana ada pihak yang menyebarkan tentang produk makanan seperti sos cili dan tomato yang mengandungi virus HIV sekitar tahun 2004, 2007 dan 2008. Menurut laporan dari CDC yang dikemas kini pada tahun 2010 sehingga kini, tiada sebarang aduan berkaitan produk makanan yang dicemari darah atau air mani yang mengandungi virus HIV dan tiada sebarang insiden yang membabitkan jangkitan HIV melalui produk makanan.

Melayukini.net – Sudah jelas lagi bersuluh bahawa khabar angin yang mengatakan minuman pepsi, coca cola dan 7up dicemari oleh virus HIV AIDS adalah TIDAK BENAR. Tetapi, walaupun khabar angin ini tidak benar, meminum air dari pepsi, coca cola dan 7up amatlah tidak digalakkan kerana mempunyai kandungan gula yang sangat banyak dan akan membahayakan kesihatan kita. Satu lagi Coca Cola kan syarikat Israel yang banyak menymbang duit kepada tentera Israel untuk menyembelih penduduk Palestin. Walau tanpa khabar angin yang tidak benar ini, kita tetap akan memboikot minuman Coca Cola dan Pepsi ini. Ayuh!


Sumber: Ammboi | Koleksi Berita Tempatan Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2011/12/betul-ke-pepsi-coca-cola-dan-7up-dicemari-virus-hiv-aids/feed/ 0
Siapakah Ananda Krishnan Orang Kaya Malaysia No-2? http://melayukini.net/2011/11/siapakah-ananda-krishnan-orang-kaya-malaysia-no-2/ http://melayukini.net/2011/11/siapakah-ananda-krishnan-orang-kaya-malaysia-no-2/#comments Wed, 16 Nov 2011 13:30:08 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=8733 Siapakah gerangannya Ananda Krishnan, iaitu orang yang kedua terkaya di Malaysia ni? Bagaimana dia boleh berjaya? Mari kita susuri biodata tokoh perniagaan ini.

]]>
Tatparanandam Ananda Krishnan (lahir 1938) merupakan usahawan yang kedua terkaya di Malaysia serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4 bilion, menurut Majalah Forbes (2005). Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.

Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia Beliau tidak suka menonjolkan diri dan sentiasa memeliharakan profil yang rendah, akan tetapi kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.

Masa Muda

Dilahirkan di Brickfields yang merupakan “India Kecil” kepada Kuala Lumpur, Ananda ialah anak kepada sebuah keluarga Tamil daripada Sri Lanka. Sewaktu kecil, beliau seorang kanak-kanak gagap.

Ananda belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Institusi Victoria, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) daripada Universiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1964. Ananda pernah berkahwin dengan seorang puteri Thailand sewaktu muda lagi.

Kerjaya

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu tempat asalnya, latar belakang Ananda sebelum tahun 1992 merupakan satu misteri. Banyak cerita mengenai kejayaannya melalui kegiatan-kegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran perniagaan (dealmaker) kini telah pun disiarkan di media tempatan dan asing. Salah satu suku daripada kekayaannya datangnya daripada usaha perjudian (loteri, pertaruhan perlumbaan kuda) – (P/S: Judi haram!).

Usaha Ananda yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum di Asia. Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.

Perhubungan Tokok Politik

Pada masa Tengku Razaleigh Hamzah berada di kemuncak kekuasaannya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, Anandalah yang merupakan rakan yang sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan, baik sosial mahupun rasmi, bersama-samanya. Dan apabila Tengku Razaleigh terlibat dalam perunding-perundingan yang penting, Anandalah yang menjadi orang perantaraan. Tengku Razaleigh adalah yang memperkenalkan Ananda kepada Dr Mahathir dalam tahun 1970-an. Tetapi Ananda sendiri yang telah berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr Mahathir. Walaupun hubungannya dengan Dr Mahathir semakin rapat, beliau mengekalkan hubungannya dengan Tengku Razaleigh. Setelah Tengku Razaleigh meninggalkan UMNO dan menubuhkan Semangat 46, Ananda telah memainkan peranan yang utama dalam pemulihan semula hubungannya dengan Dr Mahathir yang berakhir dengan pengembalian Tengku Razaleigh ke UMNO pada tahun 1996.

Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Dr Mahathir, Ananda sentiasa dianggap sebagai kroninya. Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor). Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia. Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau.

Empayar Multimedia

Pada awal 1990-an, Ananda memulakan sebuah empayar multimedia yang kini termasuk:

Maxis Communications Berhad (Maxis)
Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems) – hak milik sebanyak 91%
Astro All Asia Networks Plc
Binariang Satellites Systems Sdn Bhd (hak milik hampir 100%)
Bumi Armada Berhad
Objektif Bersatu Sdn Berhad – hak milik sebanyak 49%
Celestial Pictures Ltd yang berasas di Hong Kong – hak milik sebanyak 100%

Ananda membeli 46% daripada ekuiti Maxis daripada Telekom British dan AT&T dengan harga sebanyak AS$680 juta dan menaikkan hak miliknya menjadi 70%. Maxis ialah syarikat telefon bimbit yang terbesar di Malaysia, dengan jumlah pengguna melebihi 8 juta, dan bahagian pasaran tempatan melebihi 40%.

Ananda juga merupakan ketua Astro All Asia Networks Plc yang merupakan rangkaian televisyen berbayar yang sulung di Malaysia. Beliau juga mempunyai rangkaian pawagam multipleks yang memegang lebih daripada 800 judul filem, serta memiliki sebahagian daripada TVB.com (cabang interaktif kepada penyiar utama di Hong Kong) dan arkib filem Shaw Brothers.

Pada tahun 1996, Ananda melancarkan satelit perhubungan Malaysia yang sulung, berikut kemudian dengan satelit yang kedua, melalui syarikatnya Binariang Satellites Systems Sdn Bhd. Bagaimanapun, kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara Asia Tenggara mengurangkan keuntungan syarikat itu dan memaksanya memberhentikan sejumlah pekerja-pekerja dan menangguhkan beberapa projek multimedianya.

Ananda kini merupakan Rupert Murdoch Asia Tenggara. Apa yang membezakan Ananda daripada kroni-kroni yang lain ialah beliau telah berjaya mengumpulkan harta kekayaan berjuta-juta ringgit melalui usahanya di luar negara sebelum mengalihkan pandangan ke dalam negara.

P/S: Tidak berguna harta kaya setinggi gunung, emas simpanan sedalam lautan, tetapi fikrah tidak berada dalam Islam, yang mana akhirnya akan rugi juga di akhirat kelak. Dunia dijadikan oleh Allah untuk manusia, tetapi manusia dijadikan Allah untuk akhirat.


Sumber: Wikipedia | Nak dengar kata-kata semangat Syed Bukhary? (LINK)

]]>
http://melayukini.net/2011/11/siapakah-ananda-krishnan-orang-kaya-malaysia-no-2/feed/ 0
Rumah Paling Mahal Mumbai Berhantu? http://melayukini.net/2011/11/rumah-paling-mahal-mumbai-berhantu/ http://melayukini.net/2011/11/rumah-paling-mahal-mumbai-berhantu/#comments Tue, 08 Nov 2011 04:10:48 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=8011 Rumah mahal Mumbai memiliki tiga tempat pendaratan helikopter, enam tingkat kawasan meletak kenderaan dan sejumlah taman tergantung. Tetapi ia berhantu?

]]>
Rumah paling mahal di dunia kini terbiar kosong selepas pemiliknya enggan berpindah ke situ kerana takut ditimpa bala. Bangunan 27 tingkat itu – dinamakan Antilia – adalah milik orang paling kaya di India dan tokoh kesembilan terkaya di dunia, Mukesh Ambani, dengan nilai kekayaan RM84.5 bilion.

Ketika ini, Antilia begitu menonjol di Mumbai sejak ia disiapkan tahun lalu. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi tersebar selepas Mukesh, isteri, Nita dan dua anak mereka tidak berpindah ke situ hingga kini.

Memiliki tiga tempat pendaratan helikopter, enam tingkat kawasan meletak kenderaan dan sejumlah taman tergantung, menurut penilaian vastu shastra – sejenis kepercayaan seperti feng shui – Antilia akan membawa nasib malang kepada penghuninya.

Laporan menyatakan, keluarga Mukesh bimbang apabila mendapati Antilia gagal mematuhi prinsip pembinaan yang direstui vastu shastra. Sumber berkata, Mukesh bertegas enggan mendiami bangunan itu kerana percaya dia dan keluarganya berdepan dengan sumpahan nasib malang.

Walaupun begitu, bangunan itu pernah digunakan untuk tayangan filem dan majlis makan malam dikendalikan kakitangan terlatih dari rangkaian hotel mewah Oberoi. Menurut sumber, Mukesh akan kembali ke rumah sedia ada setiap kali majlis berkenaan selesai diadakan.

“Dia enggan bermalam di Antilia,” katanya. Menurut falsafah vastu yang digunakan dalam pembinaan kuil Hindu, sesebuah bangunan mesti menghadap matahari terbit. Bahagian timur Antilia pula tidak memiliki tingkap atau ruang terbuka mencukupi bagi membolehkan penghuninya mendapat cahaya pagi mencukupi.

Ketika ini Mukesh dan kaum keluarganya masih tinggal di rumah lebih sederhana mereka – sebuah apartmen 14 tingkat di selatan Mumbai. Sementara itu, jurucakap Mukesh mendakwa alasan mengapa bilionair itu enggan berpindah ke Antilia sekadar gosip liar.

Untuk mengetahui lebih lanjut: MyNewsHub

]]>
http://melayukini.net/2011/11/rumah-paling-mahal-mumbai-berhantu/feed/ 4