Informasi Malaysia Kini » Informasi http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Petua Mendapat Anak – Suami Simpan Janggut http://melayukini.net/2012/02/petua-mendapat-anak-suami-simpan-janggut/ http://melayukini.net/2012/02/petua-mendapat-anak-suami-simpan-janggut/#comments Mon, 06 Feb 2012 12:55:36 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14670 Ramai yang dah cuba pelbagai cara untuk mendapatkan anak tetapi tahukah anda yang janggut turut juga merupakan satu alternatif untuk berjaya memperoleh anak?

]]>
Petua Mendapat Anak – Suami Simpan Janggut | Janggut merupakan satu bahagian rambut yang terletak di dagu seorang lelaki. Janggut hanya tumbuh pada orang lelaki. Kalau ada perempuan tumbuh janggut tu, memang pelik dah la tu. Ramai juga orang lelaki yang simpan janggut ni. Apa sebenarnya khasiat atau keistimewaan menyimpan janggut ni?

Ustaz Azhar Idrus pun menyimpan janggut

Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

Sabda Rasulullah SAW:

“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)

Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan atau nafsu pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)

Sebelum beredar, sila baca artikel ini juga yang dapat membantu anda untuk memperoleh anak insyaAllah: Bagaimana Tips Cara Betul Untuk Mendapatkan Anak (LINK). Wallahu’alam….


Sumber: Hasnul Hadi Ahmad | Layari Fakta Menarik Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/petua-mendapat-anak-suami-simpan-janggut/feed/ 0
Bahaya Kepak Ayam Pada Perempuan http://melayukini.net/2012/02/bahaya-kepak-ayam-pada-perempuan/ http://melayukini.net/2012/02/bahaya-kepak-ayam-pada-perempuan/#comments Sun, 05 Feb 2012 08:10:56 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14533 Bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang wanita kerana mempunyai sejenis steroid yang boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman.

]]>
Bahaya Kepak Ayam Pada Perempuan | Bahan steroid dalam ubat suntik daging ayam ternak boleh menyebabkan pertumbuhan sista (cyst) dalaman. Oleh itu elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita (lelaki pun sama).


Kepak ayam memang sedap tapi…

Kisah Benar, Seorang rakan wanita baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.


Leher ayam turut punyai bahayanya tersendiri

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan ayam kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam. Wallahualam.

Melayukini.net – Betul ke tak informasi tentang kepak dan leher ayam ini masih tidak dapat dipastikan lagi. Tetapi satu fakta yang penting ialah banyak makanan kita hari ni telah dicemari dengan bahan kimia, akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir penguasaha makanan. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, usah makan apa-apa sahaja makanan dengan kerap. Cuba untuk menvariasikan pengambilan makanan anda.

Sumber: Informasikini.com via Hasnul Hadi Ahmad | Layari Berita Informasi Menarik Melayu Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/bahaya-kepak-ayam-pada-perempuan/feed/ 1
Siapa Ada Nampak Kucing Hanis Zalikha? http://melayukini.net/2012/02/siapa-ada-nampak-kucing-hanis-zalikha/ http://melayukini.net/2012/02/siapa-ada-nampak-kucing-hanis-zalikha/#comments Thu, 02 Feb 2012 08:10:36 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14446 Kucing kesayang seorang model, Hanis Zalikha yang bernama Nougat telah hilang selama beberapa hari. Siapa yang nampak leh bagitau dia. Jom tengok gambar kucing tu.

]]>
Melayukini.net – Siapa Ada Nampak Kucing Hanis Zalikha? | Kucing kesayangan Hanis Zalikha dan keluarganya yang bernama Nougat sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Antara ciri-ciri kucing Nougat tu adalah berbulu tebal, bewarna putih kekelabuan dan yang paling penting sangat gebu. Penulis yakin sesiapa yang minat kucing pasti geram dengan kucing Nougat ni. Jadi kepada sesiapa yang terjumpa kucing Nougat tu, boleh la bagitau Hanis Zalikha ye. Sian. Penulis tahu bagaimana perasaan kehilangan tu. Semoga Allah permudahkan pencarian kucing Nougat kepada Hanis Zalikha dan keluarga. Di bawah merupakan gambar-gambar kucing Nougat kepunyaan Hanis Zalikha. Memang comel! P/S: Sahabat Nabi SAW yang bernama Abd al-Rahman telah digelar Abu Hurairah kerana terlalu suka akan kucing.






Untuk maklumat lebih lanjut: Hanis Zalikha – Have you seen him?

]]>
http://melayukini.net/2012/02/siapa-ada-nampak-kucing-hanis-zalikha/feed/ 0
5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini http://melayukini.net/2012/01/5-trend-jahiliyah-perempuan-melayu-masa-kini/ http://melayukini.net/2012/01/5-trend-jahiliyah-perempuan-melayu-masa-kini/#comments Tue, 31 Jan 2012 08:10:24 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14079 Pergi sahaja di mana-mana kita akan dapati ramai wanita masa kini yang memakai pakaian yang ketat-ketat dan mempunyai sikap tidak seperti gadis melayu.

]]>
5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini | Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Tetapi kebanyakkan wanita yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Camna tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”. Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita yang terpesong dalam zaman moden ni. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)


Sekadar gambar hiasan (Google.com.my)

1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.

2. Tudung Nampak Bayang Rambut

Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau aku bagi contoh. Nak tau lebih lanjut, baca ni: 8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Malaysia dan 11 Fesyen Kontroversi Gaya Tudung Wanita Malaysia. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.

3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.

4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.

5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan

Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.

Kesimpulan

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan dan isteri. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus. Baca ni: Empat Golong Lelaki yang Dibawa Wanita Ke Neraka. Share tulisan entri ni dengan orang yang korang sayang. Semoga bermanfaat untuk semua. Wallahualam.


Sumber Rujukan: Informasi MY | Layari Fakta Menarik Berita Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/01/5-trend-jahiliyah-perempuan-melayu-masa-kini/feed/ 4
Pernah Tengok Durian Merah Tak (5 Gambar) http://melayukini.net/2012/01/pernah-tengok-durian-merah-tak-5-gambar/ http://melayukini.net/2012/01/pernah-tengok-durian-merah-tak-5-gambar/#comments Mon, 30 Jan 2012 08:10:49 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14232 Biasanya kita akan mendapati isi buah durian bewarna kuning atau putih kekuningan, tetapi pernahkah kita melihat isi durian yang bewarna merah menyala bak saga?

]]>
Melayukini.net – Pernah Tengok Durian Merah? (5 Gambar) | Selalunya kita tengok durian yang berisi biji warna kuning. Durian yang paling pelik pun ialah Durian Dalam Durian (LINK). Tetapi pernahkah anda melihat durian yang mempunyai isi buah yang bewarna merah? Ini bukan satu kejadian yang aneh. Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifik durian merah ialah Durio graveolens Becc. Di Sabah durian ini juga dikenali sebagai Durian Dalit. Rasa durian merah ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu juga ada. Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagai durian daun, mungkin disebabkan lebar daun durian merah ni hampir selebar telapak tangan orang dewasa. Mari kita lihat gambar buah durian berisi merah. Jom!







Sumber Gambar: Google | Layari Fakta dan Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/01/pernah-tengok-durian-merah-tak-5-gambar/feed/ 3