Informasi Malaysia Kini » Jalan Raya http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 12:55:05 +0000 en hourly 1 Gambar Kemalangan Maut Kereta Honda Civic Melanggar Pokok http://melayukini.net/2011/06/gambar-kemalangan-maut-kereta-honda-civic-melanggar-pokok/ http://melayukini.net/2011/06/gambar-kemalangan-maut-kereta-honda-civic-melanggar-pokok/#comments Tue, 21 Jun 2011 00:56:38 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=2962 kemalangan… maut yang berlaku di Malaysia. Mengikut perangkaan statistik kemalangan yang dikeluarkan oleh Polis Trafik Malaysia, setiap tahun lebih kurang 7000 orang mati di jalan raya. Kalau dibandingkan dengan jumlah penduduk Malaysia ketika ini, jumlah tersebut ialah lebih]]> Banyak gila kemalangan maut yang berlaku di Malaysia. Mengikut perangkaan statistik kemalangan yang dikeluarkan oleh Polis Trafik Malaysia, setiap tahun lebih kurang 7000 orang mati di jalan raya. Kalau dibandingkan dengan jumlah penduduk Malaysia ketika ini, jumlah tersebut ialah lebih kurang 0.025% dari jumlah penduduk Malaysia yang dianggarkan 28 juta orang. Tampak sedikit je kan? Tapi hakikatnya tidak. Dari jumlah yang tampak sedikit itulah, ramai yang jadi anak yatim piatu, ramai yang kehilangan ahli keluarga, ramai yang hidup terbiar dan macam-macam lagi. Salah siapa semua ini berlaku?

Kemalangan Honda Pokok 1

Selalu kita dengar penyebab utama kemalangan maut ialah bawa laju la, terbabas la, ngantuk la, itu la, ini la. Tapi cuba bagitau aku, manusia mana yang tak pernah cuai? Korang sendiri pun pernah hampir-hampir terlelap ketika bawa kereta kan? Aku mengaku aku pun ada kalanya ketika bawa kereta hampir-hampir je terlelap walau bergelas kopi diminum. Memang susah nak elak. Tapi korang rasa wajarkah kita menghukum golongan yang cuai ini dengan hukuman bunuh? Korang terlelap, korang terbunuh. Itu la sebabnya kita tak boleh hukum orang yang cuai dengan hukuman bunuh. Mesti korang tak paham lagi. Korang tengok gambar kemalangan kereta Honda Civic 80an dengan pokok ni. Mungkin akibat terlelap, kereta dia terbabas ke tepian jalan. Tapi perlu ke kita menghukum dia dan orang-orang di dalam kereta Honda itu dengan hukuman bunuh dengan membiarkan sebatang pokok tumbuh di tepi jalan itu? Bak kata MIROS, the road must be forgiven. Rekabentuk jalan di Malaysia perlu bersifat pemaaf. Kita buat silap sekali, takde menda kat tepi jalan yang boleh membunuh kita.

Kemalangan Honda Pokok 2

Satu lagi, insyaAllah, dengan izin Allah, kalau kita berusaha memakai tali pinggang keselamatan di depan mahupun di belakang, kita boleh terselamat dari hukuman bunuh. Kalau tengok dari gambar kerosakkan kereta Honda Civic ni, hanya di hadapan yang remuk teruk, bahagian kereta belakang okay je. Jadi kematian memang boleh dielakkan atau diminimumkan dalam kemalangan langgar hadapan seperti kes ni. P/S: Semua akan mati. Ini janji Allah yang pasti. Jadi bersiap sedia lah kita dengan kematian, tak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan, kaya atau miskin. Iman dan taqwa jua dilihat oleh Allah. Ramai dari kita yang hidup berbuat dosa tanpa segan silu macam depa takkan mati. Ini pesanan untuk diri sendiri.

Kemalangan Honda Pokok 3
Kemalangan Honda Pokok 4
Kemalangan Honda Pokok 5
Kemalangan Honda Pokok 6

]]>
http://melayukini.net/2011/06/gambar-kemalangan-maut-kereta-honda-civic-melanggar-pokok/feed/ 0
4 Mati Kereta Langgar Penghadang Jalan di Kuala Kangsar http://melayukini.net/2011/06/4-mati-kereta-langgar-penghadang-jalan-di-kuala-kangsar/ http://melayukini.net/2011/06/4-mati-kereta-langgar-penghadang-jalan-di-kuala-kangsar/#comments Fri, 10 Jun 2011 09:08:57 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=2738 guardrail di jalanraya Malaysia amat berbahaya di mana kalau pemandu silap sedikit, boleh di”hukum” bunuh oleh penghadang jalan itu. No such thing as forgiving …]]> Aku yakin ramai, terutama pengamal-pengamal keselamatan, dah acapkali bagitau JKR Malaysia yang rekabentuk penghadang jalan atau guardrail di jalanraya Malaysia amat berbahaya di mana kalau pemandu silap sedikit, boleh di”hukum” bunuh oleh penghadang jalan itu. No such thing as forgiving road di Malaysia ni. Langgar = mati. Tapi depa takmo dengar, depa bagi alasan takde duit la, itu la, ini la. Sekarang di peringkat tempatan, 4 orang dah mati dalam kemalangan kereta langgar penghadang jalan di Kuala Kangsar ni. Sebelum-sebelum ni pun dah ramai yang mati. MIROS dah buat penyelidkan di lebuhraya tentang isu ini, alhamdullillah, masalah penghadang jalan di lebuhraya dah lega sedikit, dah banyak penambahbaikan dibuat, tapi masalah penghadang jalan di jalan-jalan negeri dan persekutuan ni masih tidak selesai. Jadi bagaimana? P/S: Kepada yang berkenaan, sebagai seorang khalifah di muka bumi yang telah diberi mandat oleh rakyat wajib memastikan keselamatan rakyat dalam negeri yang diperintah. Berdosa sekiranya seseorang itu mendapat celaka kerana kealpaan kamu mengejar kekayaan yang sementara.

kereta langgar penghadang jalanKeadaan penghadang jalan yang telah menusuk kereta mangsa. Kebanyakkan mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala

KUALA KANGSAR: “Permintaan ayah sebelum ini yang seakan-akan mahu anak-anaknya pulang ke Kuala Kangsar, rupa-rupanya membawa petanda bahawa kami adik-beradik akan pulang dan melihat jenazah dia dan ibu hari ini (semalam),” kata Zaliana Zainuddin, 44, anak sulung pasangan pesara guru, Zenodin@Zainuddin Abas dan isteri, Azizah Mahmood, masing-masing berusia 69 tahun yang maut dalam kemalangan di sini, petang semalam.

Kejadian menyayat hati itu turut meragut nyawa anak perempuan bongsu pasangan itu, Zalinda, 33, anak perempuannya, Aishah Suffian Afendi, 7, manakala seorang anaknya, Nurul Sarah Sufian Affendi, 2, cedera parah dan masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Dalam kejadian jam 2.40 petang di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, berhampiran Kampung Seterus, Sauk itu, keempat-empat mangsa maut apabila kereta Proton Saga dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.

Difahamkan, lima sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis perkahwinan jiran, di sini selepas bertolak dari Pasir Mas, Kelantan, pagi semalam. Lebih menyayat hati, keempat-empat mereka maut apabila kereta dinaiki ditembusi besi penghadang jalan itu yang dipercayai menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa terutama di kepala.

Zaliana ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Sultan Yusuf, Bukit Chandan di sini, semalam berkata, kali terakhir dia bertemu semua arwah pada Rabu lalu ketika berada di rumah saudara ibunya di Pasir Mas, Kelantan. “Dalam pertemuan terakhir itu, bapa bertanya saya bila mahu pulang ke Kuala Kangsar, tapi saya tidak nampak sebarang perubahan pada arwah,” katanya.

Bapa saudara kepada Azizah, Kamarudin Zainal Abidin, 67, berkata, mereka sekeluarga terkejut dan sedih dengan kejadian itu yang meragut empat nyawa ahli keluarga sekali gus. Bagaimanapun, usaha wartawan untuk menemubual bapa Nurul Sarah, Sufian Affendi, 30-an, di pekarangan HRPB gagal kerana dia masih trauma dengan kehilangan isteri dan anaknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang ketika dihubungi, semalam berkata, siasatan mendapati kenderaan dipandu Zainuddin gagal dikawal ketika tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas. “Tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi maut ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Sauk, dekat sini. “Kami mendapati lokasi terbabas adalah laluan lurus dan tiada kesan brek kenderaan. Jadi, polis mengesyaki pemandu kenderaan gagal mengawal keretanya dan terbabas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian jam 2.40 petang bersama jentera dengan lapan anggota. Beliau berkata, kereta mangsa terperosok dan menembusi penghadang besi jalan dan pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan semua mangsa.

Semua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Chandan, pagi ini.

Sumber Berita: Harian Metro Online

]]>
http://melayukini.net/2011/06/4-mati-kereta-langgar-penghadang-jalan-di-kuala-kangsar/feed/ 0
Kemalangan Lori Ditelan Lubang Besar di China http://melayukini.net/2011/05/kemalangan-lori-ditelan-lubang-besar-di-china/ http://melayukini.net/2011/05/kemalangan-lori-ditelan-lubang-besar-di-china/#comments Tue, 31 May 2011 02:18:11 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=2460 lubang besar yang terhasil di Guatemala selepas dipukul ribut dan kemalangan ngeri lori di Taiping…. Jadi entri aku pada hari Selasa ni ialah tentang kemalangan lori yang terjatuh ke dalam sebuah lubang besar di]]> Dulu aku pernah cerita tentang lubang besar yang terhasil di Guatemala selepas dipukul ribut dan kemalangan ngeri lori di Taiping. Jadi entri aku pada hari Selasa ni ialah tentang kemalangan lori yang terjatuh ke dalam sebuah lubang besar di China. Kira gabungan dua buah entri jadi satu entri. Pergh apa aku merepek ni hehe. Bukan apa, korang tau kan lebih dari 3000 orang penunggang motorsikal mati setiap tahun di jalanan Malaysia. Dari jumlah tu, 30% (dekat 1000 lebih) disebabkan oleh pelanggaran dengan lori. Jadi, korang dapat faham tak bahaya sungguh lori ni kepada pengguna-pengguna jalan raya. Kesimpulannya, korang kena la berhati-hati dengan melaun lori nih. Berbalik kepada cerita asal, ada sebuah lori di China ni telah termasuk ke dalam lubang besar. Dari berita tersebut, lori tu mempunyai lebihan muatan dan membuatkan jalan yang sedia merkah terus berlubang. Nak buat camnakan, dah jalan tu MADE IN CHINA. Kekeke. P/S: Nasihat aku tentang keselamatan di jalan raya ni tak lawak. Kena serius. Korang dah pakai ke tali pinggang keselamatan di depan dan di belakang?

kemalangan loriSeorang pegawai trafik China melihat kemalangan lori yang termasuk ke dalam lubang besar yang mungkin akibat lebihan muatan

CHANGCHUN – Tindakan sebuah lori melalui jalan raya yang merekah mengundang padah apabila jalan berkenaan tiba-tiba runtuh dan menyebabkan kenderaan itu terbenam ke dalam satu lubang besar.

Kemalangan itu berlaku Changchun, wilayah Jilin di timur laut China kelmarin. Pemandu dan kelindan lori cedera dalam nahas tersebut, tetapi tiada laporan sama ada mereka parah atau sebaliknya. Pihak berkuasa yang menyiasat kejadian tersebut mengesyaki lori berkenaan membawa muatan berlebihan semasa kejadian.

Terdapat sekitar 100,000 kematian pada setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di China iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada Amerika Syarikat (AS). Sedangkan AS memiliki empat kali ganda lebih banyak kenderaan berbanding China. Agensi AP.

Sumber: Kosmo Online

]]>
http://melayukini.net/2011/05/kemalangan-lori-ditelan-lubang-besar-di-china/feed/ 0
Gambar Kemalangan Toyota Vios Hitam http://melayukini.net/2011/05/gambar-kemalangan-toyota-vios-hitam/ http://melayukini.net/2011/05/gambar-kemalangan-toyota-vios-hitam/#comments Thu, 12 May 2011 15:13:32 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=1992 kereta… Toyota Vios (atau Toyota Yaris sedan di United States) merupakan kereta idaman ataupun gilaan atau milikan ramai orang di Malaysia. Warna paling popular ialah warna hitam yang tampak garang dengan seni rekabentuk kereta Toyota Vios. Walaupun]]> Semua pun tahu kereta Toyota Vios (atau Toyota Yaris sedan di United States) merupakan kereta idaman ataupun gilaan atau milikan ramai orang di Malaysia. Warna paling popular ialah warna hitam yang tampak garang dengan seni rekabentuk kereta Toyota Vios. Walaupun tampak gagah, tapi apabila Toyota Vios ini berlanggar dengan penghadang jalan dari jenis tali besi kokot ni, teruk juga kesannya. Dalam kes kemalangan jalan raya yang berlaku di Pulau Pinang beberapa tahun dahulu, tiga orang mati di tempat kejadian. Salah siapa? Mesti korang cakap salah pemandu kan? Lantak korang la…tak sangka juga ya besi kokot yang nampak lemah tu leh buat kereta di Malaysia jadi macam tu. Korang tengok la sendiri gambar remuk dan hancur Toyota Vios kat bawah ni. Aku rasa kalau kereta BMW pun leh hancur gak. Jangan risau, takde gambar mayat mangsa kemalangan. Teladan dalam kisah kemalangan ni, jangan bawak laju dan jangan minum arak. Arak tu haram. Allah mengharamkannya bersebab.

1. Above is the newly black Toyota Vios 2009 photo during the launching. Looks pretty cool huh. Have you wondered how the crashed Toyota Vios looks like? Last time I have submit some photos of Toyota Vios crashed onto a Palma Tree. This time, another newly black Toyota Vios hit the wired rope barrier and this accident claimed 3 lives. The accident happened at wee hours (4 am) and the driver suspected using a pill.

2. From this kind of crash, what we can learn is you should try avoid driving during wee hours as our body clocks are just not suitable to work optimally. Second, please wear your rear seatbelt. The rear seatbelts are there not just for the show. You must wear it for your own safety. Lastly, wired rope barrier might be hazardous to road users, so please be careful when driving on those highway stretch that using wired rope barrier (since no research has been done yet to justify this).

3. Below are the photos of crashed black Toyota Vios 2009 for you to take a lesson.

toyota vios black 1
toyota vios black 2
toyota vios black 3
toyota vios black 4
toyota vios black 5
toyota vios black 6
7
toyota vios black 8
toyota vios black 9
toyota vios black 10

Sumber gambar: MIROS

]]>
http://melayukini.net/2011/05/gambar-kemalangan-toyota-vios-hitam/feed/ 0
Pemakaian Helmet Motorsikal Yang Betul http://melayukini.net/2010/03/pemakaian-helmet-motorsikal-yang-betul/ http://melayukini.net/2010/03/pemakaian-helmet-motorsikal-yang-betul/#comments Thu, 18 Mar 2010 05:15:39 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=604 … Klu yang]]> Gambar ini telah dimuatnaikkan di laman facebook baru-baru ini oleh salah seorang kawan yang saya tidak kenal di bukamuka itu. Kelakar gak cara pemakain helmet motorsikal pakcik ni ye. Korang rasa orang negeri mana pakcik yang hensem ini?

Klu yang ada dalam tersebut ialah nombor poskod, nama jalan dan nombor plat kenderaan. Tapi nombor plat kenderaan tu tak nampak la. Maka kita pergi kepada nama jalan iaitu Jalan Hospital. Adui..Banyak sungguh Jalan Hospital dekat Malaysia ini. Maka aku pergi tanya Pakcik Google. Dia kata poskod 16000 tu terletak di Jitra Kedah. Dan satu lagi dekat Kota Bharu. Kira antara satu la. Kedah lawan Kelantan…Tu diaaaa…kreatif sungguh orang Kedah atau Kelantan ni na. Gurau-gurau je..maaf zahir batin ya pakcik helmet :)

P/S: Kalau sesiapa tahu kat mana poskod 16000 ni, bagitau lah ye. Jangan segan-segan…

]]>
http://melayukini.net/2010/03/pemakaian-helmet-motorsikal-yang-betul/feed/ 2