Informasi Malaysia Kini » Jenayah http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Hantu Kak Limah Disamun 2 Lelaki http://melayukini.net/2012/02/hantu-kak-limah-disamun-2-lelaki/ http://melayukini.net/2012/02/hantu-kak-limah-disamun-2-lelaki/#comments Wed, 01 Feb 2012 01:45:37 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14395 Pelakon watak Hantu Kak Limah, Dalimawati Ismail telah disamun oleh dua peragut "hantu" ketika berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil.

]]>
Hantu Kak Limah Disamun 2 Lelaki | Hantu mana la yang berani samun Hantu Kak Limah ni. Jangan Hantu Kak Limah mengamuk macam kejadian di Terengganu (LINK) tu sudah la ye. Sabar-sabar. Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres watak Hantu Kak Limah berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.

Menurutnya, sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil yang bertukar merah, tiba-tiba dia terdengar dentuman pada bahagian kiri keretanya.

“Pada mulanya saya sangka kereta saya dilanggar. Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan saya.

“Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan mendapati ia berdarah akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan. Ketika itu baru saya sedar menjadi mangsa samun,” katanya.

Melayukini.net – Hantu disamun hantu. Macam-macam kes jenayah berlaku di Kuala Lumpur ni. Kena selalu tengok kiri dan kanan. Jangan letak beg tangan atau barang beharga terdedah dalam kereta walau ketika tengah memandu. Takziah kepada pelakon Hantu Kak Limah kerana kehilangan harta. Semoga yang berbuat jahat itu insaf dan kembali ke jalan yang benar.


Sumber: Harian Metro Online | Layari Berita Jenayah Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/hantu-kak-limah-disamun-2-lelaki/feed/ 0
Bayi Tanpa Kepala Di Ampang (Kejam!) http://melayukini.net/2012/01/bayi-tanpa-kepala-di-ampang-kejam/ http://melayukini.net/2012/01/bayi-tanpa-kepala-di-ampang-kejam/#comments Sun, 29 Jan 2012 04:55:52 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14210 Mayat bayi yang hampir reput telah ditemui tanpa kepala dan dalam keadaan tertiarap di sebuah sungai di Ampang. Kejamnya. Angkara siapa la ni?

]]>
Bayi Tanpa Kepala Di Ampang | Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam. Bayi tersebut dikatakan adalah mangsa jenayah buang bayi oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.


Keadaan bayi tanpa kepala yang ditemui

“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.

Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.

Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.

Melayukini.net – Ya Allah, siapakah gerangannya yang tergamak berbuat jenayah buang bayi yang amat kejam macam n? Sudah la melakukan dosa zina, lepas tu buat dosa membunuh pula. Ingatlah, pintu taubat masih lagi terbuka asalkan tidak melakukan dosa syirik kepada Allah. Kembalilah kepada pangkuan jalan. Semoga Allah membuka hati kalian dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya.


Sumber: Sinar Harian Online | Layari Berita Jenayah Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/01/bayi-tanpa-kepala-di-ampang-kejam/feed/ 2
Wardina Sorok Bawah Selimut http://melayukini.net/2012/01/wardina-sorok-bawah-selimut/ http://melayukini.net/2012/01/wardina-sorok-bawah-selimut/#comments Fri, 13 Jan 2012 01:20:39 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=13038 Akibat ketakutan yang amat sangat, Wardina Safiyyah menyorok dibawah selimut sebelum selimutnya disentap oleh perompak Indon yang bersenjatakan pemutar skru.

]]>
Pecah Rumah – Wardina Safiyyah Sorok Bawah Selimut | Umum mengetahui rumah Wardina Safiyyah telah dipecah masuk dan dirompak oleh tiga pencuri Indon 2 hari lepas (berita terperinci: LINK). Kini, Wardina Safiyyah menceritakan pengalaman ngeri beliau pada malam rompakan itu. “Saya menyorok dalam selimut sambil memeluk tiga anak kerana takut dicederakan. Kami membaca ayat suci al-Quran minta dilindungi dan memohon tiga penyamun itu cepat keluar dari rumah.


Wardina dan Ikhwan menunjukkan barang-barang milik mereka yang digeledah penyamun.

“Tiba-tiba mereka menarik selimut dan minta saya serahkan barang kemas. Ketika itu, saya hanya terfikir jika mereka sentuh saya, saya akan lawan dan pertahankan diri sampai mati,” kata Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 32.

Personaliti televisyen itu yang masih trauma dan menggigil ditemui selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini, disamun tiga lelaki warga asing bersenjata pemutar skru, pada jam 3 pagi semalam.

Dalam kejadian lebih setengah jam itu, Wardina Safiyyah kerugian lebih RM20,000 membabitkan sebentuk cincin, dua komputer riba, satu iPad, empat telefon bimbit dan wang tunai.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama lima lagi ahli keluarga iaitu suaminya, Ikhwan Johari, 37, tiga anak, Amna Nafeesa, 8, Azra Sareera, 6, dan Imran Arrazi, 3, serta seorang saudara perempuannya tidur.

Melayukini.net – Ingatlah, apabila kita diuji, itu bermakna Allah sayangkan kita dan ingin kita masuk ke dalam syurganya. Tahniah kepada Wardina yang dalam keadaan kalut masih tetap berazam untuk mempertahankan diri walaupun apa yang akan terjadi padanya. Sesungguhnya siapa yang mempertahankan diri dan keluarga mahupun harta dari perompak/pencuri, jika mati, dia akan mati syahid. Wallahualam.


Sumber: Harian Metro Online | Layari Berita Jenayah Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/wardina-sorok-bawah-selimut/feed/ 0
Rumah Wardina Dirompak, Suami Dipukul (Kejam!) http://melayukini.net/2012/01/rumah-wardina-dirompak-suami-dipukul-kejam/ http://melayukini.net/2012/01/rumah-wardina-dirompak-suami-dipukul-kejam/#comments Thu, 12 Jan 2012 08:55:19 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=12998 Rumah artis perempuan popular, Wardina Safiyyah telah dirompak dan dipecah masuk. Suaminya telah dipukul dan lima laptop peribadi hilang dalam kejadian pada waktu malam itu.

]]>
Rumah Wardina Dirompak, Suami Dipukul (Kejam!) | Rumah pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Safiyyah, telah dipecah masuk dan dirompak oleh tiga perompak bersenjatakan parang mengakibatkan kerugian lima buah komputer riba milik keluarganya.

Gambar Wardina Saffiyah sekeluarga.

Menurut Wardina Safiyyah yang berkongsi pengalaman yang mencemaskan keluarganya itu melalui laman sosial Twitter memberitahu bahawa suaminya, Ikhwan Johari telah dipukul perompak tersebut manakala anak-anaknya sedikit trauma akibat insiden yang berlaku malam tadi.

“We have been robbed! 3 robbers came into our house baru tadi! Indo workers. Kids and me terrified! All laptops 5 buah diambil. Hopeless too.

“It was very scary seing 3 masked men carrying tongkat & parang in our house..was hiding under the blanket with kids, takut sangat Ya Allah.

“Police dah sampai..Pencuri bertopeng, pukul Ikhwan,” kata Wardina yang dipetik dari laman Twitter miliknya beberapa jam yang lalu.

“Takut sgt dia apa-apakan kami, sbb marah tak de brng kemas…Kids trauma sikit,” katanya lagi.

Agak melucukan juga apabila perompak-perompak yang dipercaya warga Indonesia itu sempat memarahi Wardina Safiyyah sekeluarga kerana tidak menyimpan barang kemas di rumah mereka untuk dicuri.

Wardina Safiyyah atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33, telah melaporkan kes rompakan tersebut kepada pihak polis dan pihak berkuasa itu masih menyiasat mengenai kejadian tersebut di rumahnya.

Buat masa ini, Wardina Safiyyah terpaksa meminjam komputer riba milik jiran untuk berkomunikasi dengan dunia luar.

Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu juga percaya bahawa perompak yang memasuki rumahnya itu masih berkeliaran di sekitar Ampang dan meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak beberapa warga Indonesia yang mencurigakan.

Melayukini.net – Semoga Wardina Safiyyah dan keluarga tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian dari Allah ini. Alhamdullilah mereka terselamat dalam cubaan rompakan ini. Kebanyakkan kes rompakan di Malaysia ni bukan dilakukan oleh rakyat Malaysia tetapi rakyat warga asing. Diharap kerajaan Malaysia dapat berbuat sesuatu untuk memantau dan mengurangkan jumlah warga asing dalam negara. Ini disebabkan kehadiran warga asing ini mempunyai banyak buruk dari baiknya.


Sumber: MyNewsHub | Layari Berita Jenayah Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/rumah-wardina-dirompak-suami-dipukul-kejam/feed/ 0
Perhimpunan 901 2012 – Gambar-Gambar Bebas Anwar Di Kawasan Mahkamah (50 Gambar) http://melayukini.net/2012/01/perhimpunan-901-2012-gambar-gambar-bebas-anwar-di-kawasan-mahkamah-50-gambar/ http://melayukini.net/2012/01/perhimpunan-901-2012-gambar-gambar-bebas-anwar-di-kawasan-mahkamah-50-gambar/#comments Mon, 09 Jan 2012 01:01:33 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=12739 Gambar-gambar sekitar pehimpunan 901 di mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur. Ramai penyokong Anwar Ibrahim sudah dapat dilihat memberi sokongan.

]]>
Melayukini.net – Perhimpunan 901 2012 – Gambar-Gambar Bebas Anwar Di Kawasan Mahkamah (50 Gambar) | Umum mengetahui yang hari ini 9 Januari 2012 merupakan tarikh keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Saiful Bukhari akan dikeluarkan oleh Mahkamah di Jalan Duta. Dan ura-ura banyak mengatakan (bukan penyataan penulis), sama ada Anwar Ibrahim bersalah atau tidak, dia akan tetap akan masuk ke penjara demi kemenangan selesa BN untuk pilihanraya umum (PRU 13) yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja lagi. Betul atau tidak khabar berita ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Anyway, di bawah merupakan gambar-gambar Perhimpunan 901 waktu pagi di sekitar kawasan mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur. Suasana masih lagi aman. Ribuan penyokong Anwar Ibrahim telah hadir dalam Perhimpunan 901 ini, menyangkal dakwaan media arus perdana yang mengatakan hanya ratusan sahaja yang hadir. Lagi gambar-gambar Perhimpunan 901 Bebas Anwar akan ditambah dalam entri ini. Stay tuned!

Gambar Peserta Perhimpunan 901 Bebas Anwar Bersarapan Pagi – Kaya la Peniaga Makanan Jalan Duta Hari Ini


Gambar Suasana Perhimpunan 901 Bebas Anwar di Mahkamah Jalan Duta











P/S: Kepada semua peserta dan penyokong Perhimpunan 901 Bebas Anwar, masih ada lagi mahkamah agong di akhirat kelak di mana tiada siapa yang dapat menipu. Semuanya hanya adil belaka. Satu lagi, jangan lupa menunaikan solat ye.

UPDATE TERKINI KEPUTUSAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM – ANWAR TIDAK BERSALAH DAN DIBEBASKAN OLEH MAHKAMAH (LINK BERITA PENUH).


Sumber: Sharpshooter dan Denaihati | Layari Berita Menarik Tempatan Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/perhimpunan-901-2012-gambar-gambar-bebas-anwar-di-kawasan-mahkamah-50-gambar/feed/ 0