Informasi Malaysia Kini » Johor http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Safee Sali Bakal Sertai Johor Dengan Gaji RM46000 http://melayukini.net/2012/02/safee-sali-bakal-sertai-johor-dengan-gaji-rm46000/ http://melayukini.net/2012/02/safee-sali-bakal-sertai-johor-dengan-gaji-rm46000/#comments Wed, 01 Feb 2012 03:30:42 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14403 Penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali dikatakan bakal menyarung jersi Johor dan dibayar gaji lebey kurang RM45000 sebulan oleh pihak PBNJ. Betul ke?

]]>
Safee Sali Bakal Sertai Johor Dengan Gaji RM46000 | Banyak gosip tentang Safee Sali selepas Liga Indonesia bermasalah. Ada yang kata Safee Sali bakal ke Belgium (LINK). Ada orang lain pula kata Safee Sali akan ke Thailand (LINK). Itu teka-teki yang timbul mengenai penyerang prolifik Negara, Safee Sali yang terkini dikhabarkan bakal disunting pasukan Johor.

Malah lebih hebat lagi Safee Sali juga dikatakan turut ditawarkan gaji bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).


Adakah Safee Sali akan kembali ke Liga Super Malaysia?

Pengurus Safee Sali, Zakaria Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan ada menerima tawaran untuk bermain dengan PNBJ, yang kini dibawah kepimpinan baru kendalian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Safee Sali sendiri akan mengumumkan keputusannya berhubung perkara tersebut esok (hari ini) di Cilandak Square, Jakarta Selatan, pada pukul 11 pagi.

Apa sahaja yang akan diumumkan atau diputuskan oleh Safee, diharap semua pihak menerimanya dengan berlapang dada dan seadanya,” katanya.

Sekiranya Safee Sali memilih untuk bersama skuad Johor, pemain sensasi negara itu bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain termahal yang pernah di beli PBNJ tetapi sekali gus menjadi pemain termahal dalam arena bola sepak Malaysia.

Difahamkan, proses perundingan dan perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat bersama pihak PBNJ bagi membolehkan Safee Sali beraksi bersama pasukan Jengking dalam perlawanan akan datang.

Pemilihan penyerang berusia 28 tahun itu di jangka dapat memberi suntikan buat pasukan Jengking yang kini dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri itu selaras dengan tampuk kepimpinan baru dibawah kendalian Tunku Mahkota Johor.

Dalam perkembangan lain, melalui laman Facebook rasmi Safee Sali semalam, pengumuman yang berlangsung pagi ini akan merungkaikan segala spekulasi dan ramalan banyak pihak kebelakangan ini.

Safee sebelum ini menerima tempias dan berkemungkinan tidak boleh mewakili pasukan kebangsaan Malaysia berikutan kemelut bola sepak Indonesia kerana pengharaman Liga Super Indonesia (ISL) oleh FIFA menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin sebelum ini pernah memberi peringatan kepada Safee agar peka dengan keadaan semasa yang berlaku dalam ISL demi masa depan kariernya.

KEMASKINI – Pelita Jaya tawar gaji baru. Seandainya Safee Sali memilih untuk kekal bersama kelab Pelita Jaya, pemain berkenaan Safee Sali bakal menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan. Tawaran gaji lumayan itu merangkumi faedah-faedah lain seperti kenderaan, pemandu peribadi serta penginapan yang diterima Safee.

Melayukini.net – Jauh di hati Safee Sali, aku yakin beliau tentu sedang merindui untuk kembali beraksi di Liga Super Malaysia. Tawaran gaji lumayan oleh pihak Johor ini menambahkan lagi kekuatan dia untuk kembali beraksi di Malaysia. Semoga Allah permudahkan urusanmu wahai Safee Sali. Di mana sahaja ko berada, peminat mu sentiasa di belakang, asalkan ko jaring banyak gol la hehehe.


Sumber: Sinar Harian Online | Layari Berita Bola Sepak Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/safee-sali-bakal-sertai-johor-dengan-gaji-rm46000/feed/ 0
Kemalangan Honda City dan Proton Iswara Terbakar – Dua Mati Rentung di Rembau (2 Foto) http://melayukini.net/2011/10/kemalangan-honda-city-dan-proton-iswara-terbakar-dua-mati-rentung-di-rembau-2-foto/ http://melayukini.net/2011/10/kemalangan-honda-city-dan-proton-iswara-terbakar-dua-mati-rentung-di-rembau-2-foto/#comments Thu, 27 Oct 2011 01:20:29 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=6898 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kemalangan jalanraya terbaru yang berlaku di Rembau ini merupakan satu tragedi kepada keluarga India yang sedang merayakan Hari Deepavali. Lebih menyayat hati kejadian 2 mati rentung ini disaksikan sendiri oleh 2 orang anak mereka yang hanya cedera ringan. Bagaimana kemalangan ini boleh berlaku? Yang tu aku tak pasti, tapi dari gambar kemalangan kedudukan akhir kenderaan-kenderaan tersebut menunjukkan kemungkinan besar kegagalan memotong oleh salah satu dari kenderaan yang terlibat. Wallahualam. Takziah kepada keluarga mangsa. P/S: Perjalanan menuju kematian telah bermula sejak kita dilahirkan. The clock is ticking…

Honda City dan Iswara Aeroback marak terbakar.
Mugunthan dan Jothi mati rentung dalam kemalangan jalanraya di Rembau.

REMBAU: “Pasangan suami isteri itu meronta dalam kereta yang sedang terbakar, namun kami gagal menyelamatkan mereka kerana kaki kedua-dua mangsa tersepit,” kata saksi kejadian kemalangan ngeri menyebabkan pasangan suami isteri rentung di Kilometer 16, Jalan Seremban-Tampin berhampiran Ladang Perhentian Tinggi, Pedas dekat sini, semalam.

K Anbarasu, 24, berkata, ketika kejadian, dia bersama rakannya berada di kuil berhampiran dan terkejut mendengar dentuman kuat.

“Saya dan rakan meluru keluar ke arah dua kereta yang terbakar serta cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalamnya. “Kami cuba membantu pasangan suami isteri berkenaan yang ketika itu meronta-ronta meminta tolong, namun gagal kerana kaki mereka tersepit selain api mula marak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi semalam, K Jothi, 35 dan suaminya, P Mugunthan, 42, rentung apabila Honda City dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain.

Dua anak mereka M Vasigaran, 14, dan M Sreekanthan, 10, sempat diselamatkan orang ramai yang memecahkan cermin kereta.

Seorang lelaki berusia 20-an iaitu pemandu Proton Iswara yang turut terbakar dapat diselamatkan orang ramai, manakala pemandu Toyota Camry yang turut terbabit dalam kemalangan itu tidak cedera.

Anbarasu berkata, dia terkejut apabila Honda City dinaiki mangsa dan Proton Iswara hangus terbakar, sekali gus gagal menyelamatkan kedua-dua mangsa.

“Namun, sebelum saya tiba, orang ramai berjaya menyelamatkan dua anak lelaki mangsa dengan memecahkan cermin kereta itu.

“Saya sedih dan kecewa apabila gagal menyelamatkan pasangan itu berikutan api begitu marak menyebabkan mereka terkorban ketika penganut Hindu sedang menyambut Deepavali,” katanya. Sementara itu, adik kepada Jothi, K Vishnu, 28, berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku sekelip mata berikutan sempat menemui kakak dan abang iparnya pada pagi kejadian (semalam).

“Tidak sangka kakak dan abang pergi ketika masyarakat Hindu menyambut Deepavali, malah turut meninggalkan dua anak lelakinya.

“Kami sempat meraikan Deepavali pada awal pagi di Taman Seremban Jaya sebelum mereka empat beranak menuju ke Palong, Jempol sebelum pulang ke Skudai, Johor,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban di sini, semalam.

Vishnu berkata, lebih menyayat hati apabila anak saudaranya, Vasigaran menyaksikan sendiri detik kematian ibu bapanya yang hangus rentung sebelum dia dikejarkan ke HTJS untuk menerima rawatan.

“Namun, saya bersyukur kerana dua anak saudara selamat dan tidak menyangka sambutan perayaan ini bertukar menjadi hari kematian mereka,” katanya.

Menurutnya, abang iparnya bekerja di Singapura dan berasal dari Kuala Selangor, manakala kakaknya suri rumah tangga.

Harian Metro difahamkan, Sreekanthan yang mengalami kecederaan dalaman menerima rawatan di HTJS, manakala Vasigaran hanya cedera ringan.


Sumber: Harian Metro Online | Koleksi Berita Kemalangan Jalanraya Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2011/10/kemalangan-honda-city-dan-proton-iswara-terbakar-dua-mati-rentung-di-rembau-2-foto/feed/ 0
Kemalangan Bas Ekspress dan Trailer di Jasin 4 Parah http://melayukini.net/2011/10/kemalangan-bas-ekspress-dan-trailer-di-jasin-4-parah/ http://melayukini.net/2011/10/kemalangan-bas-ekspress-dan-trailer-di-jasin-4-parah/#comments Thu, 20 Oct 2011 01:44:59 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=6119 kemalangan jalanraya… yang melibatkan bas ekspres dan lori trailer di PLUS. Nasib baik tiada kematian, kalau tidak, memang nak kena la pemandu dan syarikat bas ekspress ni. Ada ke]]> Assalamualaikum dan salam sejahtera. 4 parah termasuk ibu mengandung dalam satu kemalangan jalanraya yang melibatkan bas ekspres dan lori trailer di PLUS. Nasib baik tiada kematian, kalau tidak, memang nak kena la pemandu dan syarikat bas ekspress ni. Ada ke patut boleh dia bawa secara melulu dan berbahaya. Lori trailer pun satu hal, macam-macam. Gambar dan perincian kemalangan yang berlaku di Jasin ini ada di bawah. P/S: Semua manusia akan mati. Apakah kita akan masuk ke syurga selepas mati? Apakah amalan yang akan dibawa? Sudahkah kita bertaubat? Fikir-fikirkan.

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengusung keluar mangsa yang cedera.
Bahagian depan dan tepi bas hancur selepas merempuh treler.

JASIN: “Saya terkejut kerana ketika cuba masuk ke lorong kecemasan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman dan melihat sebuah bas terbabas ke kanan jalan,” kata pemandu treler, Aziz Romzi Sarkam, 42.

Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, dua penumpang termasuk wanita sarat mengandung lima bulan cedera, manakala 14 penumpang lain tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan treler di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Plaza Tol Lipat Kajang.

Menurut Aziz, ketika kejadian dia cuba memasuki lorong kecemasan bagi memberhentikan treler muatan besi buruk yang dipandu berikutan masalah brek kanan dialami.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, bas berkenaan membawa 16 penumpang dengan empat daripadanya ke Singapura dan selebihnya ke Johor Bahru, manakala treler itu dari Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.

“Dua penumpang cedera dalam kemalangan itu, seorang daripadanya yang identitinya masih belum dikenal pasti mengalami patah kaki kanan dan dihantar ke Hospital Tangkak, Ledang untuk rawatan.

“Manakala, wanita mengandung lima bulan dikenali sebagai Loh Hua Moi, 40, dari Kampung Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat, Johor pula hanya cedera ringan dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka sebagai pesakit luar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Che Suza berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas dikenali sebagai Raja Chandran berusia 40-an dari syarikat Jebat Ekspres itu dipercayai cuba memotong di sebelah kanan jalan, sebelum terlanggar belakang treler terbabit yang ketika itu sedang bergerak perlahan ke lorong kecemasan.

“Ketika kejadian, treler ini mengalami kerosakan pada bahagian brek kanannya dan bergerak perlahan dari laluan kiri untuk memasuki ke lorong kecemasan dan sebelum sempat keseluruhan bahagian badan treler masuk ke lorong itu ia dilanggar bas ekspres terbabit.

“Akibat rempuhan kuat itu, seluruh dinding bahagian kanan badan treler ini rosak teruk dan termasuk ke dalam bas, manakala bas ekspres berkenaan pula rosak di bahagian kiri depannya,” katanya.

Menurutnya, pemandu bas dan treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

Sumber: Harian Metro Online

]]>
http://melayukini.net/2011/10/kemalangan-bas-ekspress-dan-trailer-di-jasin-4-parah/feed/ 0
Gempar! Peniaga Diculik dan Dirompak RM165,000 di Masjid http://melayukini.net/2011/10/gempar-peniaga-diculik-dan-dirompak-rm165000-di-masjid/ http://melayukini.net/2011/10/gempar-peniaga-diculik-dan-dirompak-rm165000-di-masjid/#comments Tue, 11 Oct 2011 00:37:29 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=5422 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Memang melampau penjenayah sekarang ni. Seorang lelaki telah diculik dan dirompak ketika mencari parkir untuk kereta BMW X5 nya sebelum solat Jumaat. Dikatakan ketika itu ramai orang tengah berpusu-pusu ke masjid untuk tunaikan Solat Jumaat. Tiga perompak warga Indonesia itu bersenjatakan pistol dalam jenayah rompak mereka. Aku harap polis dapat tangkap perompak-perompak Indonesia ni. P/S: Tunaikan zakat kerana zakat itu dapat membersihkan harta, memurahkan rezeki dan menolak musibah insyaAllah.

Gambar hiasan: Ketika orang berpusu-pusu ingin menunaikan solat Jumaat, seorang lelaki telah dirompak dan kereta BMWnya dicuri

KULAIJAYA: “Saya terkejut apabila diacukan pistol di bahagian perut sebaik keluar dari kereta di pekarangan Masjid Bandar Putra di sini, Jumaat lalu.

“Ketika itu, saya terbayangkan wajah isteri dan anak sebelum lelaki penjenayah itu mengarahkan saya duduk di tempat duduk belakang, manakala lelaki berkenaan dan dua rakannya memandu kereta keluar dari pekarangan masjid tanpa menghiraukan jemaah lain,” kata mangsa culik selama empat jam hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 51, semalam.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Faizal berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 1 tengah hari Jumaat lalu, ketika dia dan anak lelakinya berusia 14 tahun menuju ke masjid berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di sini, untuk mengerjakan solat Jumaat.

Katanya, selepas menurunkan anak, dia terus mencari tempat meletak keretanya dan sebaik keluar dari kenderaannya, dia didatangi tiga suspek dengan seorang bersenjatakan pistol.

“Lelaki itu terus mengacu pistol ke perut saya dan tidak menghiraukan jemaah masjid dan orang ramai menyaksikan kejadian. Saya dipaksa masuk di tempat duduk belakang kereta BMW X5 saya.

“Suspek kemudian memandu kereta saya menuju ke kawasan ladang kelapa sawit di Gelang Patah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, ketika menuju ladang sawit itu kereta dipandu suspek melanggar kenderaan pacuan empat roda berhampiran bandar Kulai kerana dipandu dalam keadaan melulu dan berbahaya.

Menurutnya, selepas hampir sejam dalam ladang berkenaan kumpulan penculik warga Indonesia itu kemudian menutup matanya menggunakan kain sebelum terdengar perbualan menyatakan ‘bos’ sudah tiba. Ketika itu, katanya, dia berdepan detik mencemaskan hampir empat jam dengan macam-macam kejadian tidak diingini mula bermain di fikirannya kerana bukan saja diacu pistol di perut, malah disembunyikan di sebuah ladang kelapa sawit untuk dipertemukan dengan ketua geng culik itu.

“Kemudian saya mendengar suara lelaki dipercayai warga tempatan mendakwa saya orang kaya, memiliki beberapa stesen minyak dan memaksa saya menghubungi isteri mendapatkan wang tebusan.

“Lelaki itu memberitahu jika mahu selamat, saya perlu memberikannya wang tanpa menetapkan jumlah bayaran yang dimahukan.

“Tanpa berfikir panjang, saya menelefon isteri saya yang juga pengusaha sebuah stesen minyak di Lebuhraya Pasir Gudang bagi menyediakan wang sejumlah RM25,000,” katanya.

Menurutnya, ketika berbual lelaki berkenaan merampas telefon dan berbincang dengan isterinya berhubung lokasi pertemuan bagi menyerahkan wang tebusan.

“Pada mulanya, suspek meminta isteri saya menunggu di stesen minyak di Lebuhraya Pasir Gudang sebelum menukar lokasi pertemuan di Taman Perling dan akhirnya, meminta isteri memberhentikan kenderaan dan menunggu di susur keluar Kempas Lebuhraya Utara-Selatan,” katanya.

“Suspek kemudian memasuki kereta dipandu isteri, sebelum memandu kenderaan berkenaan bersama wang tebusan sebanyak RM25,000 berserta isteri menuju ke sebuah ladang sawit di Seelong.

“Selepas memastikan wang tebusan, suspek kemudian menyuruh isteri menoleh ke belakang sebelum membawa lari kereta BMW 5 Series bernilai RM140,000 bersama wang berkenaan, meninggalkan isteri di ladang berkenaan berseorangan,” katanya.

Menurutnya, selepas suspek menerima wang tebusan itu dia dibebaskan di sebuah kampung berhampiran Seelong, kira-kira empat jam kemudian tanpa sebarang kecederaan dan membuat laporan polis di Balai Polis Kulai.


Sumber: Harian Metro Online

]]>
http://melayukini.net/2011/10/gempar-peniaga-diculik-dan-dirompak-rm165000-di-masjid/feed/ 0
Kelibat Pocong Mengganas di Bukit Senawang http://melayukini.net/2011/10/kelibat-pocong-mengganas-di-bukit-senawang/ http://melayukini.net/2011/10/kelibat-pocong-mengganas-di-bukit-senawang/#comments Mon, 03 Oct 2011 00:34:04 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=4657 pelik… kembali mengganas selepas lama tak dengar cerita hantu pocong ni. Kali terakhir aku dengar ketika aku masih kecik dulu. Tu pun sebab aku tengok cerita hantu pocong nih. Hantu pocong ini dikatakan]]> Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hantu pocong yang pelik kembali mengganas selepas lama tak dengar cerita hantu pocong ni. Kali terakhir aku dengar ketika aku masih kecik dulu. Tu pun sebab aku tengok cerita hantu pocong nih. Hantu pocong ini dikatakan muncul di atas bukit satu taman perumahan di Senawang, Negeri Sembilan. Penduduk berkata pocong tu suka merenung tajam dia dan meloncat-loncat. Yang bestnya, hantu pocong ni turut muncul pada waktu siang. Kalau kawan penduduk tu nak tengok pocong, pocong boleh menunjukkan dirinya. Macam pocong upahan je ni hahaha. Korang baca la berita hantu pocong kat bawah ni. P/S: Hantu ke, pocong ke, semua tu makhluk Allah yang bernama jin. Rupa mereka boleh berubah mengikut adat dan ketakutan penduduk setempat. Aku pernah duduk di USA, tak pernah pulak dengar hantu pocong muncul di sana. Depa lebih takutkan Drakula. Cuba bayangkan hantu pocong muncul di USA, tiada siapa nak endahkannya. Kasihan si pocong tak laku di USA. Apa-apa pun, korang kena selalu ingat, status manusia adalah lebih tinggi dari jin, syaitan dan malaikat. Itupan kalau korang ikut perintah dan menjadi khalifah yang baik di muka bumi Allah. Dah buat ke belum?

Gambar imej makhluk didakwa pocong oleh penduduk dirakam di sebuah rumah yang terbiar.

SENAWANG: Beberapa penduduk di Taman Jasmin Indah, di sini, dikejutkan dengan kemunculan kelibat makhluk berbalut kain kapan dipercayai pocong di atas sebuah bukit di kawasan perumahan berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, kemunculan lembaga itu disedari seorang penduduk, Ahmad Surathi, 41, yang mendakwa melihat kelibat makhluk itu sekitar jam 12 tengah hari.

Menceritakan detik menakutkan itu, Ahmad berkata, kelibat pocong yang berdiri tanpa bergerak di kawasan atas bukit berhampiran rumahnya sering dilihat sedang ‘bermain’ dan merenung tajam ke arahnya.

Menurutnya, dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah pocong itu yang gelap selain ia didakwa hanya merenungnya saja.

“Sejak saya pindah di kawasan perumahan itu sejak enam tahun lalu, ini bukan kali pertama saya melihatnya, malah sudah lali hingga menganggapnya seolah-olah ‘penduduk’ kawasan perumahan ini juga,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, pernah dia membawa rakannya pulang ke rumah kira-kira jam 12 tengah malam semata-mata untuk melihat pocong itu.

“Pocong itu menunjukkan diri hingga menyebabkan rakan saya itu serik untuk datang ke rumah saya lagi dan demam selepas melihat makhluk itu,” katanya.

Ahmad berkata, dia sebenarnya seorang yang sukar mempercayai benda pelik sebegitu tetapi selepas melihat dengan mata sendiri berasa ada kebenarannya.

“Malah, beberapa penduduk di sini, selalu melihat kelibat berkenaan sedang meloncat di kawasan bukit itu dan tangki air,” katanya.

Katanya, sebelum ini, rakan sering mengusik dan bercerita mengenai pocong biarpun mereka sendiri tidak pernah melihat sebelum dia menyaksikan secara terbuka.

Malah dakwanya, anak saudaranya berusia tujuh tahun pernah merakamkan gambar pocong sedang berdiri di pekarangan rumah tinggal yang terbiar di kampungnya di Tampoi, Johor, baru-baru ini.

“Ketika itu, anak saudara saya bermain menangkap gambar menggunakan kamera telefon bimbit ibunya, dan secara kebetulan menangkap gambar makhluk itu sedang berdiri merenung rumah tinggal itu,” katanya.

“Kebetulan, rumah itu sudah lama ditinggalkan dan berdekatan dengan kawasan perkuburan, terkejut anak saudara saya dan terus demam apabila melihat makhluk itu,” katanya.

Ahmad berkata, dia melihat semula rakaman gambar itu dengan jelas sebelum terlihat tubuh putih memandang ke arah rumah lalu menunjukkan rakaman gambar itu kepada keluarga dan jiran.

“Namun, tidak dapat dipastikan sama ada makhluk berkenaan adalah betul atau ia perbuatan segelintir remaja nakal,” katanya.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Sohibus Samahah Datuk Mohd Yusof Ahmad menyifatkan penemuan pocong didakwa muncul di Taman Jasmin Indah, di sini, sebagai makhluk Allah Taala.

“Makhluk ditemui lelaki itu mungkin golongan jin yang boleh ghaib serta bertukar rupa bentuk. Bagaimanapun, saya menasihatkan umat Islam tidak mudah tergoda makhluk sedemikian mungkin boleh menyesatkan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Sumber: Harian Metro Online

]]>
http://melayukini.net/2011/10/kelibat-pocong-mengganas-di-bukit-senawang/feed/ 4