Informasi Malaysia Kini » Kementerian Pelajaran http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 14:30:04 +0000 en hourly 1 Kisah Malang Cikgu Siti Muniroh http://melayukini.net/2012/01/kisah-malang-cikgu-siti-muniroh/ http://melayukini.net/2012/01/kisah-malang-cikgu-siti-muniroh/#comments Tue, 17 Jan 2012 14:55:29 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=13332 Seorang cikgu yang melarikan diri dari suaminya di Sabah kini memerlukan bantuan kewangan kerana tidak ada sumber nafkah untuk kehidupan dia dan anaknya.

]]>
Kisah Malang Cikgu Siti Muniroh | Gara-gara tidak tahan dipukul dan diancam bunuh oleh suaminya ,seorang guru wanita yang menetap di Tawau, Sabah mengambil tindakan nekad dengan meninggalkan negeri itu untuk menyelamatkan diri.


Gambar Hiasan: Gambar seorang cikgu

Siti Muniroh Mohd. Shukri, 31, melarikan diri bersama seorang bayi lelakinya untuk pulang ke pangkuan keluarganya di Kampung Alor Buluh, di sini sejak Julai lalu bagi memperbaiki nasibnya.

Bagaimanapun nasib malang wanita itu belum berakhir apabila tindakannya itu menyebabkan dia kehilangan kerja selepas rayuannya kepada Kementerian Pelajaran untuk membuat pertukaran sekolah di daerah ini tidak diluluskan sehingga hari ini.

Siti Muniroh memberitahu, dia telah menghantar tiga surat permohonan dan rayuan untuk pertukaran sekolah selain berjumpa dengan pegawai di Bahagian Pengurusan Sekolah Rendah Harian di kementerian tetapi permohonannya gagal.

“Saya amat berharap agar permohonan pertukaran sekolah diluluskan kerana masih perlu menanggung seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan,” katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Menurut wanita itu, dia kini terpaksa menumpang di rumah ibu dan bapanya, di sini yang bekerja sebagai peniaga burger di pasar malam, bahkan makan dan minumnya turut ditanggung oleh mereka.

Katanya, selain menderita apabila menjadi mangsa pukul suami, dia juga tertekan kerana sering diugut ah long yang menuntut hutang kira-kira RM11,000 termasuk bunga yang dipinjam suaminya yang berusia 31 tahun itu.

Tambahanya, dia telah memohon penceraian di Mahkamah Syariah di sini kerana tidak sanggup lagi meneruskan hubungan dengan suaminya yang merupakan seorang penganggur memandangkan sikapnya yang panas baran dan suka memukul.

”Saya bukan sengaja mahu meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang cikgu di Sabah tetapi terpaksa melarikan diri akibat tidak tahan dipukul termasuk rambut digunting serta diancam bunuh oleh suami,” katanya yang berkahwin pada Jun 2009.

Melayukini.net – Bukanlah seorang lelaki sejati yang tidak dapat menahan kemarahan. Bukanlah seorang lelaki sejati yang tidak ada kesabaran. Bukanlah seorang lelaki sejati apabila tangan dan kakinya ringan menghentam kaum wanita. Ingatlah, setiap perbuatan kita akan dicatat dan dipertanggungjawabkan di Mahkamah Agung Allah yang adil dan seadilnya. MasyaAllah. Wallahualam.

Sumber: MyNewsHub | Layari Berita Menarik Tempatan Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/kisah-malang-cikgu-siti-muniroh/feed/ 1
Guru Kerja 9 Jam Sehari Tahun Januari 2012 (Relevan Ke?) http://melayukini.net/2011/11/guru-kerja-9-jam-sehari-tahun-januari-2012-relevan-ke/ http://melayukini.net/2011/11/guru-kerja-9-jam-sehari-tahun-januari-2012-relevan-ke/#comments Wed, 16 Nov 2011 01:30:33 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=8672 Ramai cikgu melenting apabila kerajaan ingin melaksanakan kerja 9 jam bermula Januari 2012. Kenapa jadi begitu? Adakah tindakan kerajaan ini relevan?

]]>
Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

“NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

“Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan,” katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

“Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.

“Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah,” katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

Pendapat Seorang Bekas Guru

Saya mungkin tertinggal atau tidak mendapat dari mana sumber kajian yang dikatakan dibuat di Melaka Tengah berhubung dengan masa kerja guru dijadikan sembilan jam sehari. Walaupun saya tidak pasti pihak mana yang membuat kajian ini tetapi bagi saya ianya adalah satu kajian yang terpesong, membazir masa, penuh dengan kedengkian dan dilakukan oleh orang yang mengalami masalah kecelaruan minda.

Saya sendiri adalah bekas seorang pendidik. Saya tidak pasti kajian ini berasaskan kepada elemen pembolehubah yang mana di dalam kerjaya seorang guru.

Kalau dari posisi masa seorang guru di sekolah, seorang guru akan berada di sekolah dari pukul 7 pagi sehingga pukul 1.00 tengahari. Ianya adalah selama 6 jam waktu bekerja. Kalau dibandingkan dengan seorang yang bekerja di pejabat yang bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang adalah 8 jam (ditolak rehat 1 jam waktu rehat tengahari). Memang nampak kurang 2 jam. Tetapi sedarkah yang membuat kajian itu bahawa cara kerja guru dan pekerja pejabat adalah berbeza. Kerja seorang penjawat di pejabat tidak sefokus kerja seorang guru di dalam kelas. Walaupun seorang guru mungkin akan mengajar 4 jam dari masa kerja rasmi mereka tetapi perlu diingat bahawa setiap jam mereka mengajar, persedian yang perlu dibuat tidak kurang dari setengah jam waktu mengajar.

Maka sebenarnya kerja rasmi mereka sudah pun bertambah menjadi 6 jam yang sangat berkualiti. Kerja-kerja mereka pula tidak boleh ditangguh walaupun 10 minit dari jadual yang desediakan. Sewaktu di dalam kelas, fokus mereka tidak boleh tersasar walaupun sedikit dan tidak ada agenda campur tolak dengan kerja-kerja lain. Manakala kita semua tahu bahawa kerja-kerja di pejabat boleh sahaja dilakukan dengan mempunyai elemen campur tolak dengan kerja-kerja lain dan boleh sahaja dianjak-anjak mengikut keperluan.

Hanya satu elemen di atas sahaja menjadikan kajian penambahan masa berkerja guru kepada sembilan jam adalah kajian yang bersifat bodoh, bebal dan penuh dengan prasangka jahat. Sekiranya ianya pula melibatkan wang maka sudah pasti ianya suatu pembaziran yang nyata.

Elemen lain yang tak perlu diulas yang dilakukan oleh guru yang menjadikan kerja mereka sebenarnya lebih panjang dari sepatut adalah terlalu panjang. Namun saya rasa elok saya gariskan di sini kalau kalau pengkaji tersebut ingin masukkan dalam kajiannya.

Seorang guru sebenarnya dinilai oleh bukan seorang penyelia tetapi oleh 40 orang (80 kalau termasuk pasangan) ibubapa terhadap prestasi anak-anak mereka. Seorang guru pada setiap masa adalah doctor ‘on call’ selagi anak murid beliau di sekolah. Seorang guru adalah seorang pegawai polis bagi disiplin murid-muridnya. Seorang guru adalah seorang motivator kepada kelasnya. Seorang guru adalah sekian dan sekian sehingga selesai hari pengajaran disekolah.

Saya sebenar amat bersetuju sekiranya satu kajian dilakukan agar seorang guru mempunyai staf sokongan dalam menjalankan tugas beliau di sekolah.

P/S: Kerajaan perlu membuat kajian lebih terperinci berikutan isu guru kerja 9 jam sehari mula Januari 2012. Mungkin cadangan untuk jawatan pembantu guru perlu dipertimbangkan. Kerja la apa-apa pun untuk mencari rezeki yang halal, yang paling penting, tugas sebagai khalifah di muka bumi dan hamba kepada Allah dapat dijalankan dengan penuh taat. Itu yang paling penting.


Sumber: Utusan Online | Harakah BM

]]>
http://melayukini.net/2011/11/guru-kerja-9-jam-sehari-tahun-januari-2012-relevan-ke/feed/ 3
Panas! Buku Teks KBSM Tingkatan 2 Galakkan Zina? http://melayukini.net/2011/10/panas-buku-teks-kbsm-tingkatan-2-galakkan-zina/ http://melayukini.net/2011/10/panas-buku-teks-kbsm-tingkatan-2-galakkan-zina/#comments Sun, 02 Oct 2011 02:06:56 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=4581 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ni cerita agak panas dan gempar juga ni. Buku teks KBSM Tingkatan 2 menggalakkan zina dan menyarankan penyelesaian zina dengan cara pengguguran anak? Tak boleh jadi ni. Dakyah sapa pulak yang masuk dalam buku teks pelajar sekolah menengah ni. Aku menyarankan supaya pihak Kementerian Pelajaran supaya mengkaji perkara ni kerana memang tampak menyelewang dengan ajaran Islam. Ikuti apa kata Nik Aziz tentang pelajaran seks di sekolah: http://melayukini.net/2010/07/nik-aziz-ajar-seks-di-sekolah-seperti-ajar-pencuri-mencuri-dengan-betul/. So apa kata korang pula? P/S: Kalau dibiarkan boleh hancur generasi muda Islam. Kita kena bangkit untuk membantu!

KEPADA ibu bapa yang ada anak berumur 14 tahun atau sedang belajar di tingkatan 2 tahun ini, sila lihat buku teks latihan Bahasa Inggeris anak anda. Jika anda tak pasti buku yang mana, di bawah ini ditunjukkan rupa kulit buku yang dimaksudkan.

Terima kasih kepada sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan gambar-gambar ini.

Di bawah ini pula salah satu kandungan buku tersebut. Buku ini menyiarkan sebuah artikel yang secara tidak langsung memberikan persepsi bahawa pengguguran bayi adalah jalan penyelesaian kepada zina.

“Her dad took her to the clinic the next day to have her abortion done”


Malah artikel ini menggambarkan atau memberikan persepsi kepada anak anda bahawa proses pengguguran kandungan dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang masaalah.

“The abortion went like clockwork and without any difficulties and Mary came out of the clinic as healthy as before”

Kesimpulannya, tanpa anda sedari, buku ini mengajar anak anda yang berumur 14 tahun bahawa jika mereka sudah melakukan hubungan seks luar nikah dan termengandung, maka jangan risau penyelesaiannya ialah gugurkan bayi itu.

Anak anda juga tak perlu risau kerana proses pengguguran bayi boleh dilakukan di klinik-klinik berhampiran dengan mudah dan tanpa sebarang masaalah.

Sumber: Milosuam

]]>
http://melayukini.net/2011/10/panas-buku-teks-kbsm-tingkatan-2-galakkan-zina/feed/ 2
Gambar Jambatan Gantung Runtuh di Kampar http://melayukini.net/2009/10/gambar-jambatan-gantung-runtuh-di-kampar/ http://melayukini.net/2009/10/gambar-jambatan-gantung-runtuh-di-kampar/#comments Tue, 27 Oct 2009 06:32:36 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=152 London bridge is falling down, falling down, falling down..” Ni lagu zaman kecil-kecil dulu. Sampai sekarang aku pun tak pasti sama ada betul ke London Bridge …kat kota London tu pernah runtuh. Aritu aku jalan atas jambatan tu]]> London bridge is falling down, falling down, falling down..” Ni lagu zaman kecil-kecil dulu. Sampai sekarang aku pun tak pasti sama ada betul ke London Bridge kat kota London tu pernah runtuh. Aritu aku jalan atas jambatan tu rasa kukuh je. Maybe puluhan tahun dulu kot. Anyway, post kali ni bukan lah pasal London Bridge atau Tower Bridge. Hehe ramai yang silap iaitu menganggap Tower Bridge tu is London Bridge. Kalau nak tau, London Bridge memang nampak sangat biasa kalau dibandingkan dengan Tower Bridge. Ala macam juga ramai orang silap Masjid Al-Aqsa dengan Doom of the Rock kan. Ish melalut pulak aku.

Aku sebenarnya nak cakap pasal kes jambatan gantung runtung dekat Kuala Dipang, Kampar, Perak ni. Yang terkini, daripada 22 orang yang jatuh, 2 masih hilang dan seorang murid India, Dina Dave mati. Keluarga mangsa akan diberi RM10000 sebagai pampasan oleh Kementerian Pelajaran. Itu yang terkini la daripada berita. Harap-harapnya dua mangsa lagi tu berjaya dijumpai hidup lah ye insyaAllah. Dalam berita juga ada mengatakan yang saksi kejadian berkata terdapat lebih dari 50 orang sebenarnya yang berada atas jambatan sebelum runtuh. Mereka saling bermain-main, menghentak-hentak dan melompat-lompat atas lantai jambatan supaya bergoyang. Berani sungguh mereka ini. Nasib baik mereka masih budak-budak, kalau tak..hmmmm dah lama aku cepuk..Aku tertanya-tanya camna la bentuk jambatan gantung yang runtuh tu. Aku ingat macam yang ada dekat Ulu Yam atau dekat Bukit Cerakah, rupa-rupanya agak moden juga jambatannya. Lihat gambar-gambar di bawah semasa aktiviti menyelamat, suasana dan pelan tempat kejadian.

Sumber Gambar: Berita Harian

]]>
http://melayukini.net/2009/10/gambar-jambatan-gantung-runtuh-di-kampar/feed/ 5