Informasi Malaysia Kini » Kota Bharu http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 12:55:05 +0000 en hourly 1 4 Pelajar Uitm Machang Mati Kemalangan Kereta Melanggar Lori http://melayukini.net/2011/10/2-pelajar-uitm-machang-mati-kemalangan-kereta-melanggar-lori/ http://melayukini.net/2011/10/2-pelajar-uitm-machang-mati-kemalangan-kereta-melanggar-lori/#comments Thu, 06 Oct 2011 11:48:02 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=5032 seorang pelajar Uitm Machang maut akibat lemas di Jeram Linang (LINK)…, kini giliran dua orang lagi pelajar Uitm Machang mati akibat kemalangan jalan raya di Kelantan. Kemalangan maut ini berlaku apabila kereta]]> Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak sampai seminggu seorang pelajar Uitm Machang maut akibat lemas di Jeram Linang (LINK), kini giliran dua orang lagi pelajar Uitm Machang mati akibat kemalangan jalan raya di Kelantan. Kemalangan maut ini berlaku apabila kereta yang dipandu oleh pelajar Uitm Machang ni telah melanggar sebuah lori yang sedang membuat pusingan-u di satu jalan yang agak gelap. Pihak universiti kampus Uitm Machang perlu buat sesuatu. Kehilangan 5 orang pelajar dalam tempoh masa seminggu bukan satu kes tempatan yang kecil. Perincian berita kemalangan maut jalan raya yang melibatkan pelajar Uitm Machang ni ada di bawah. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa-mangsa. Al-fatihah. P/S: Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Semua orang tidak mahu mati tapi lumrah alam yang dicipta oleh Allah, setiap yang hidup pasti mati. Paling penting, apa bekalan dan amalan yang kita akan bawa untuk dunia selepas mati. Sudah cukupkah?

Gambar sebenar: Anggota bomba dan penyelamat Machang mengeluarkan empat mayat pelajar UiTM dan seorang yang cedera parah dalam nahas, semalam.
Gambar hiasan: Kemalangan yang melibatkan kereta dan lori selalunya mengundang kematian

MACHANG: Hasrat lima penuntut untuk melepaskan tekanan selepas tamat peperiksaan bertukar tragedi apabila kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM4.2 Jalan Machang-Pasir Puteh hari ini, mengakibatkan empat daripada mereka maut.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Mohd Shamil Malik, dari Batu Pahat, Johor dan Mohd Rizal Mohd Zain, dari Kluang, Johor, mati di tempat kejadian.

Manakala Mohd Faizuddin Jamil, 19, dan Sazuan Rosli, 19, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Malek Bedut, berkata kesemua penuntut berusia 19 tahun itu adalah penuntut tahun dua dan tiga jurusan seni reka tangan halus di Universiti Teknologi Mara kampus Machang.

“Mereka yang terkorban ialah Mohd Shamil Malik, dari Batu Pahat dan Mohd Rizal Mohd Zain, dari Kluang. Mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan anggota badan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah, Mohd Faizuddin Jamil dan Sazuan Rosli, dari Pekan, Pahang, dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian selepas menerima rawatan di Hospital Machang.

Malek berkata, Haziz Jailani dari Batu Pahat, diberi rawatan pesakit luar di Hospital Machang.
Difahamkan, lori berkenaan cuba membuat pusingan-U sebelum kemalangan itu berlaku dalam keadaan gelap.

Seorang rakan kumpulan penuntut itu, Mohd Fakaruddin Mahyi, 19, memberitahu pemberita mereka baru tamat peperiksaan dan ingin melepaskan tekanan peperiksaan di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Mohd Fakaruddin berkata, pada mulanya dia bercadang mengikuti rombongan itu tetapi membatalkannya kerana kereta telah penuh. – BERNAMA


Sumber: Berita Harian Online

]]>
http://melayukini.net/2011/10/2-pelajar-uitm-machang-mati-kemalangan-kereta-melanggar-lori/feed/ 0
Misteri Mayat Bayi Dalam Perigi http://melayukini.net/2011/10/misteri-mayat-bayi-dalam-perigi/ http://melayukini.net/2011/10/misteri-mayat-bayi-dalam-perigi/#comments Mon, 03 Oct 2011 05:52:51 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=4689 berita jenayah… buang bayi ni. Ada ke patut pelaku zina tu sanggup buang dan membunuh anaknya yang masih kecil dengan melontar ke dalam perigi? Harimau yang garang dan ganas tu pun tak]]> Assalamualaikum dan salam tengahari. Pening aku apabila mendengar berita jenayah buang bayi ni. Ada ke patut pelaku zina tu sanggup buang dan membunuh anaknya yang masih kecil dengan melontar ke dalam perigi? Harimau yang garang dan ganas tu pun tak makan anaknya. Cuba korang bagitau kenapa isu buang bayi ni boleh berlaku? Bayi dibuang begitu sahaja sehingga mati macam anak patung. Korang baca sendiri berita mayat bayi baru lahir dalam perigi yang dijumpai di Kota Bharu Kelantan dan nyatakan pendapat korang. P/S: Zaman Nabi Musa AS dahulu, ada sorang penzina wanita yang pernah beberapa kali membunuh bayi-bayi yang dilahirkannya pergi berjumpa Nabi Musa AS. Wanita tersebut memohon Nabi Musa supaya Nabi Musa berdoa agar taubat wanita itu diterima Allah. Setelah mendengar kisahnya, Nabi Musa keberatan untuk memohon doa untuk wanita itu. Perbuatan Nabi Musa ini telah ditegur oleh Allah melalui perantaraan Malaikat Jibrail. Malaikat Jibrail menyatakan dosa meninggalkan solat adalah lebih besar dari dosa wanita tadi tu. Allah kan Maha Pengampun. Segeralah bertaubat, jangan tau buat je. Jadi apakah pengajarannya? Bila dengar kes macam ni, ramai manusia bising bagai nak rak, tapi bile isu ramai umat Islam tinggalkan solat, senyap pula. Di mana iman kita?

Tuan Mat menceritakan mengenai mayat bayi yang dijumpainya kepada seorang pegawai polis di Kampung Kubang Kacang, Limbat, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Hasrat seorang warga emas untuk membersihkan diri selepas membuang air besar terbantut apabila menemui mayat seorang bayi diletakkan dalam sebuah beg yang ditemui terapung di dalam perigi sedalam kira-kira lima meter.

Seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika dia ke kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini untuk menoreh.

Menurutnya, sebaik tiba di kebun, perutnya tiba-tiba sakit dan dia ke kawasan semak untuk membuang air besar sebelum ke perigi tersebut untuk membersihkan diri.

“Ketika saya cuba mengambil air menggunakan baldi yang diikat dengan tali, saya ternampak sebuah beg pakaian di dalamnya. Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg tersebut belum ada.

“Saya terpaksa dapatkan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut kerana perigi tersebut agak dalam dan selepas berjaya membawa naik beg tersebut alangkah terkejutnya apabila saya mendapati mayat seorang bayi berada di dalamnya,” ceritanya ketika ditemui semalam.


Sumber: Kosmo Online

]]>
http://melayukini.net/2011/10/misteri-mayat-bayi-dalam-perigi/feed/ 0
Doktor Perubatan Lalok Ketagih Pil Khayal http://melayukini.net/2011/07/doktor-perubatan-lalok-ketagih-pil-khayal/ http://melayukini.net/2011/07/doktor-perubatan-lalok-ketagih-pil-khayal/#comments Fri, 15 Jul 2011 02:41:24 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=3275 Terkejut juga aku apabila membaca berita doktor ketagih pil khayal ni, ke media je sengaja memanaskan isu ni. Tetapi apa-apa pun, ini la hakikatnya, seorang doktor perubatan di Kelantan telah gagal dalam menguasai dirinya, gagal mengenal baik dan buru, lalu mengambil dadah terlarang. Betul ke title “dr” dia tu, ke dia beli kat University Colombo? Al-maklum la, sekarang kan orang-orang malas dah boleh beli title kat depan tu. Wallahualam. Anyway, aku tau je kerja sebagai doktor ni amat memenatkan dan amat stress, tapi kena la pandai bawa diri. Banyak lagi cara untuk kurangkan stress. Mesti kosong hatinya sampai tergamak melakukan jenayah dadah ni. Berita penuh pasal doktor lalok ni ada kat bawah. P/S: Kembali lah kepada al-Quran dan hadis, menyemai benih-benih kehidupan Islam dalam diri sebagai benteng pertahanan dalam dunia yang penuh dengan fitnah dan malapetaka ini.

Tengkorak Dadah BukuGambar Hiasan: Sia-sia je doktor tu belajar pandai-pandai, tapi akhirnya ketagihan pil khayal. Aiyaaa

KOTA BHARU: Seorang doktor layak digelar ‘doktor lalok’ apabila ujian air kencing terhadapnya ketika ditahan dalam operasi membanteras jenayah dadah di daerah ini kelmarin, mendapati dia positif methamphetamine atau pil kuda.

Doktor itu ditahan dalam Ops Pencegahan Jenayah Fasa Kelima dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Selain doktor terbabit, tiga kakitangan awam ditahan selepas didapati positif dadah. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, selain doktor dan tiga kakitangan awam itu, polis menahan 19 individu termasuk seorang wanita dalam operasi di kawasan kubur, rumah dan tempat awam di sekitar Wakaf Che Yeh, Salor serta Kubang Kerian, di sini.

Katanya, polis turut merampas 47 pil kuda daripada seorang remaja berusia 17 tahun.

“Doktor berusia pertengahan 30-an itu ditahan di rumah dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine atau pil kuda, manakala tiga kakitangan awam berusia 35 hingga 38 tahun itu ditahan di rumah berasingan dan didapati positif dadah.

“Kami merampas 47 biji pil kuda itu daripada seorang remaja berusia 17 tahun ketika dia sedang berurusan jual beli dadah di satu kawasan di Salor, kira-kira jam 9 malam,” katanya.

Menurut Azham, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) serta 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Tidak dinafikan ada di kalangan mereka pernah ditahan kerana terbabit dalam penagihan dadah.

Sumber: Metro Online

]]>
http://melayukini.net/2011/07/doktor-perubatan-lalok-ketagih-pil-khayal/feed/ 0
3 Pelajar Lelaki KIST Mati Kemalangan Kereta dan Lori Ais http://melayukini.net/2011/06/3-pelajar-lelaki-kist-mati-kemalangan-kereta-dan-lori-ais/ http://melayukini.net/2011/06/3-pelajar-lelaki-kist-mati-kemalangan-kereta-dan-lori-ais/#comments Mon, 27 Jun 2011 03:02:22 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=3101 Takziah diucapkan kepada keluarga pemuda-pemuda, pelajar KIST, yang meninggal dalam kemalangan ngeri di Jalan Kota Bharu – Pasir Mas. Aku rasa baru je beberapa bulan lepas pelajar KIST perempuan mati kemalangan. 3 orang juga. Langgar lori juga. Korang boleh baca dari archive tag kemalangan ni (LINK). Aku rasa dah tiba masanya untuk pengurusan KIST mengadakan kempen keselamatan jalan raya kepada pelajar-pelajarnya. 6 orang mati bukan sikit bang. Dah la mereka-mereka tu semua bakal penggerak tenaga kerja Islam dan negara. Apa yang pihak KIST boleh buat, gi jemput MIROS atau JKJR bagi ceramah dan merangka program yang dapat menimbulkan kesedaran kepada pelajar-pelajar KIST. P/S: Semua manusia akan mati, cuma cara mati je yang kita tak tahu. Semoga kita mati dalam keadaan yang baik dan dalam keadaan imam yang optimum. Amin.

gambar kemalangan KIST lelaki 3 mati Pasir Mas

KOTA BHARU: “Maafkan aku Aliff! Maafkan aku!” kata Shafuan Haqim Othman, 18, sambil memegang erat tangan Mohammad Aliff Mohd Suhaimi, 19, ketika jenazah rakannya itu dibawa masuk ke dalam van jenazah di bilik mayat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku ketika pelajar Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), Kampus Utama Ibnu Sina, Kandis, Bachok, dekat sini, datang ke perkarangan bilik mayat HRP II untuk melihat jenazah tiga rakannya yang maut dalam kemalangan di Kilometer 15, Lebuhraya Kota Bharu-Pasir Mas, di sini, malam kelmarin.

Kawan Pelajar Mati Kemalangan

Tanpa menghiraukan kehadiran orang ramai di situ, pelajar terbabit tidak mampu menahan sebak sebelum meraung berdekatan jenazah rakannya itu kerana menganggap dia sebagai punca kemalangan terbabit selepas menghantar arwah Mohammad Aliff pulang ke rumahnya di Kampung Galok, Pasir Mas, pada malam kejadian.

Dia sekali lagi meraung di luar kawasan bilik mayat itu menyebabkan beberapa rakannya menenangkannya sebelum dibawa ke bilik solat hospital itu bagi meredakan keadaan.

Shafuan yang juga pelajar diploma pembantu farmasi semester tiga meminta maaf kepada setiap ahli keluarga rakannya itu sambil meraung dengan menyalahkan dirinya sebagai punca kemalangan.

Bagaimanapun, ibu Allahyarham Shaiful Jawahir Razali, 20, Hasmah Bakar, 61, dengan tenang cuba mententeramkan Shafuan dengan memintanya tabah kerana nahas itu berlaku bukan atas kehendaknya, sebaliknya sudah ketentuan Tuhan.

Dalam pada itu, ibu Allahyarham Mohammad Aliff, Azmah Yusof, 43, turut sebak sebaik melihat jenazah anaknya diusung ke van jenazah sambil berkata: “Sayang ummi (ibu), bawa perlahan-lahan!” bagaikan mahu memberi nasihat kepada anaknya supaya lebih berhati-hati meskipun sedar zuriatnya itu sudah meninggal dunia.

Dalam kejadian malam kelmarin, niat murni empat sahabat menghantar rakan mereka pulang menziarahi ayahnya yang sakit bertukar tragedi memilukan apabila tiga daripada mereka maut, manakala tiga yang lain parah selepas kereta mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori air batu.

Kemalangan kira-kira jam 11 malam itu mengakibatkan tiga pelajar KIST, Kampus Utama Ibnu Sina, Kandis, Bachok, dekat sini, Shaiful Jawahir Razali yang juga pemandu kereta, Sheikh Muhammad Farhan Shikh Md Saud, 19, dan Mohammad Aliff meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang rakan mereka, Muhammad Aznil Mohd Suhaimi bersama pemandu lori air batu dikenali Zamri, 29, dan rakannya berusia 20-an, parah dan dikejarkan ke Hospital Pasir Mas dan HRPZ II untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, sebelum kejadian Shafuan meminta bantuan Aliff menghantarnya pulang ke rumah di Kampung Galok, Pasir Mas, dengan menaiki Proton Iswara berikutan keadaan kesihatan ayahnya kurang memuaskan selepas menghidap gastrik serta sesak nafas.

Allahyarham Mohammad Aliff bersama tiga rakannya menghantar Shafuan dan mereka menikmati hidangan mi goreng serta rambutan disediakan keluarga Shafuan sebelum pulang ke asrama kira-kira jam 10.30 malam.

Tidak sampai setengah jam bertolak pulang, kenderaan dipandu Shaiful Jawahir yang cuba memotong sebuah kenderaan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah lori air batu.

Menceritakan detik pertemuan terakhir bersama rakan-rakannya itu, Shafuan berkata, dia tergerak untuk pulang ke rumah pada malam kejadian selepas dihubungi kakaknya yang memaklumkan ayah mereka, Othman Deraman, 60, sakit di rumah.

“Tidak sedap hati, saya minta bantuan Aliff kerana dia mempunyai kereta. Tanpa saya sedari, tiga rakan lain mahu mengikut sama dan kami bergerak menaiki Proton Iswara dari asrama di Taman Dahlia, kira-kira jam 8.15 malam.

“Sebaik tiba di rumah, semua rakan dijamu hidangan ringkas disediakan kakak dan menjenguk keadaan ayah selepas dibawa mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta akibat sakit dada dan gastrik pada petang kejadian,” katanya.

Menurutnya, semua rakannya meminta diri untuk pulang ke asrama kira-kira jam 10.30 malam.

“Pagi tadi (semalam) saya dimaklumkan seorang rakan bahawa tiga kawan kami maut nahas. Berderau darah saya, tetapi menyangka itu gurauan.

“Saya lihat perwatakan mereka (rakan-rakan) agak berbeza kerana ketika menghantar saya, mereka tak banyak bercakap, cuma ada sesekali perbualan kami diselangi gelak ketawa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata kemalangan berlaku ketika kereta dipandu mangsa dari Kampung Galok, Pasir Mas ke Kota Bharu cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum terbabas dan bertembung sebuah lori dari arah bertentangan.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan tiga maut dan tiga yang lain parah sebelum dikejarkan ke hospital dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Harian Metro Online

]]>
http://melayukini.net/2011/06/3-pelajar-lelaki-kist-mati-kemalangan-kereta-dan-lori-ais/feed/ 0
Gambar Kereta Terjunam di Kota Bharu Mall http://melayukini.net/2009/12/gambar-kereta-terjunam-di-kota-bharu-mall/ http://melayukini.net/2009/12/gambar-kereta-terjunam-di-kota-bharu-mall/#comments Mon, 07 Dec 2009 02:58:23 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=431 KOTA BHARU – Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku. Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan ‘terjunam dari langit’ terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.

Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam. Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.

Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan. Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung. Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian. Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.



UPDATE: Pemandu tersebut ialah remaja perempuan berusia 19 tahun yang sedang belajar memandu di parkir KB Mall. Remaja wanita itu bersama-sama dengan pengajarnya telah melarikan diri selepas kemalangan itu. Polis berharap mereka tampil melaporkan kejadian di balai polis berdekatan.

Sumber Berita: Kosmo Online

]]>
http://melayukini.net/2009/12/gambar-kereta-terjunam-di-kota-bharu-mall/feed/ 2