Informasi Malaysia Kini » Luar Negara http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 14:30:04 +0000 en hourly 1 Akibat Lampin Pakai Buang – Pesawat Mendarat Kecemasan http://melayukini.net/2012/02/akibat-lampin-pakai-buang-pesawat-mendarat-kecemasan/ http://melayukini.net/2012/02/akibat-lampin-pakai-buang-pesawat-mendarat-kecemasan/#comments Wed, 08 Feb 2012 08:10:14 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14753 Sebuah kapal terbang di Australia terpaksa mendarat cemas kerana terdapat bau yang amat busuk di kabin pesawat yang akhirnya didapati hanyalah lampai pakai buang bayi.

]]>
Akibat Lampin Pakai Buang – Pesawat Mendarat Kecemasan | Lampin pakai buang yang tersangkut di dalam lubang tandas telah menyebabkan penerbangan pesawat kapal terbang Qantas 825 yang dalam perjalanan dari Darwin ke Brisbane tertunda dan terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Mount Isa pada Ahad.


Walau harganya hanya beberapa sen, tetapi lampin pakai buang cukup untuk buatkan kapal terbang yang besar untuk mendarat cemas. Hahaha.

Keadaan itu berlaku selepas penumpang dan kakitangan penerbangan mengadu telah mengidu bau busuk yang disangkanya datang dari kabin.

Namun selepas disiasat barulah mereka mengetahui bahawa bau itu datangnya dari lubang tandas akibat tersumbat dengan lampin pakai buang bayi.

Ketika kejadian, terdapat 161 penumpang dan mereka terpaksa dibawa turun daripada pesawat dengan menaiki forklift memandangkan lapangan terbang Mt Isa tidak mempunyai kemudahan untuk pesawat kapal terbang jenis Boeing 767 itu.

Ia mengambil masa selama dua jam untuk membawa turun penumpang kerana forklift itu hanya mampu memuatkan lima orang pada satu-satu masa.

Sementara Qantas pula terpaksa menyediakan pesawat kapal terbang lain untuk membawa penumpang ke Brisbane, namun bagasi mereka terpaksa ditinggalkan dalam penerbangan 767 itu kerana Lapangan Terbang Mount Isa itu tidak mempunyai keupayaan untuk memindahkannya.

Kejadian berkenaan bagaimanapun tidak mencetuskan kemarahan penumpang sebaliknya mereka menyuarakan rasa puas hati dan sokongan terhadap Qantas.

“Saya dimaklumkan oleh salah seorang kakitangan bahawa tandas tersebut bocor.

“Mereka melakukan yang terbaik untuk memberikan kemudahan kepada kami termasuk membelikan Pizza di Mount Isa,” kata salah seorang penumpang.

Melayukini.net – Alahai, siapalah yang gamaknya bertindak tidak bertanggungjawab dengan membuang lampin pakai buang bayi kat lubang tandas pesawat kapal terbang. Paham-paham je la yang tandas tu kecik. Kan ada tong sampah khas untuk lampin pakai buang bayi. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tapi alhamdullilah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Hidup di dunia ni kena fikir orang lain juga. Jangan ikut sedap hati je tau.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut: MyNewsHub | Layari Berita Luar Negara Menarik Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/akibat-lampin-pakai-buang-pesawat-mendarat-kecemasan/feed/ 0
Ratusan Jongkong Emas Bersepah Di Iraq (4 Gambar) http://melayukini.net/2012/02/ratusan-jongkong-emas-bersepah-di-iraq-4-gambar/ http://melayukini.net/2012/02/ratusan-jongkong-emas-bersepah-di-iraq-4-gambar/#comments Sun, 05 Feb 2012 12:55:33 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14367 Beratus-ratus jongkong emas yang beharga lebih dari setengah billion ringgit dijumpai bersepak di negara Iraq akibat peperangan yang meletus.

]]>
Melayukini.net – Ratusan Jongkong Emas Bersepah Di Iraq (4 Gambar) | Semua tau negara Islam Iraq telah diserang dan dijajah oleh Amerika Syarikat yang sehingga kini negara Iraq tidak pernah lagi kenal apa itu keamanan. Setiap hari kemusnahan dan kematian berlaku. Terkini, ratusan jongkong emas yang berharga berjuta-juta ringgit dijumpai bersepah-sepah di Iraq. Semacam sudah tidak lagi berharga, kelihatan jongkong emas itu kelihatan seperti batu bata untuk membuat binaan sahaja. Jangan membazir, sebelum terjadi seperti kisah sadis jongkong emas 15kg (LINK) ni, baik bagi je jongkong emas tu secara percuma kepada penulis kan bagus. Hehehe. Mari lihat gambar ratusan jongkong emas Iraq bersepah umpama batu bata tu. Jom! (Nota: Orang Johor dah kaya bila berpuluh kilogram hablur emas keluar dari tanah (LINK))





Sumber Gambar: Peribadi | Layari Berita Menarik Luar Negara Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/ratusan-jongkong-emas-bersepah-di-iraq-4-gambar/feed/ 1
Ngeri! Bayi Kunyah Kepala Ular Hingga Separuh Mati http://melayukini.net/2012/02/ngeri-bayi-kunyah-kepala-ular-hingga-separuh-mati/ http://melayukini.net/2012/02/ngeri-bayi-kunyah-kepala-ular-hingga-separuh-mati/#comments Fri, 03 Feb 2012 08:20:42 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14559 Seorang bayi telah mengigit dan mengunyah kepala seekor ular yang kebetulan telah memasuki rumahnya. Kejadian itu berlaku ketika ibunya sedang membuat susu.

]]>
Bayi Kunyah Kepala Ular Hingga Separuh Mati | Seorang kanak-kanak berusia setahun sebulan yang masih tidak mengenal erti takut mengunyah kepala seekor ular sepanjang 30 sentimeter yang masuk ke dalam rumahnya di bandar Israel Utara Arab, demikian dilaporkan akhbar AFP jumaat lalu.


Ular yang malang sedang berkeadaan lunyai digigit oleh bayi

Ibu kanak-kanak lelaki itu yang terkejut menjerit sekuat hati sehingga mengejutkan jiran-jiran apabila melihat anaknya, Imad Aleeyan, yang hanya mempunyai enam batang gigi, didapati mengunyah kepala ular itu.

“Saya sedang membuat susu dan ketika masuk ke bilik, saya melihat kepala ular dalam mulutnya,” kata ibunya, Ghadir Aleeyan yang tinggal di bandar Shefa Amr, 15 km timur bandar pelabuhan Haifa.

“Kami bergegas ke rumah Ghadir dan mendapati kanak-kanak itu sedang mengunyah kepala ular di dalam mulutnya. Ia benar-benar dahsyat dan menakutkan,” kata ibu saudara kanak-kanak itu, Yasmin Shahin.

Seorang jiran yang tergesa-gesa datang ke rumah itu segera menarik ular yang setengah mati itu daripada mulut kanak-kanak lelaki dan membunuhnya. Kepala ular itu kelihatan cedera teruk ketika ditarik keluar. Ketika ular itu ditarik keluar, kanak-kanak itu mula menangis,” tambahnya lagi.

Mereka dengan serta-merta memeriksa kanak-kanak itu untuk melihat sama ada terdapat apa-apa tanda-tanda gigitan dan segera membawa kanak-kanak itu ke hospital Rambam di Haifa .

Doktor mengesahkan kanak-kanak itu tidak mengalami apa-apa kecederaan dan tidak terkena racun ular. Doktor itu menyatakan bahawa ular itu benar-benar beracun tetapi kanak-kanak itu bernasib baik kerana ular itu biasa melepaskan racun pada musim sejuk.

Seorang pakar amfibia dan reptilia, Dr Boas Shacham,memberitahu AFP bahawa daripada gambaran imej-imej ular itu, didapati ia adalah sejenis ular syiling dalam kategori (hemorrhois nummifer), spesies bukan-berbisa yang menyerupai viper .

Ular kebiasaanya akan membesar sehingga 1.3 meter panjang dan doktor itu menyatakan bahawa ular yang digigit kanak-kanak itu adalah spesimen yang “terlalu muda”.

“Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak itu kerana cuaca sejuk,” kata Shacham yang merupakan ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew Baitulmuqaddis.

Melayukini.net – Bayi yang baru dilahirkan itu umpama kain putih yang suci. Ibu bapa lah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Alhamdullillah ular yang digigit oleh bayi itu tidak berbisa, kalau tidak….Wallahualam.


Sumber: Daily Chili via Free Malays | Layari Berita Luar Negara Menarik Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/ngeri-bayi-kunyah-kepala-ular-hingga-separuh-mati/feed/ 0
Tragedi Berdarah Bola Sepak Port Said Mesir – 74 Mati Beribu Cedera (8 Gambar) http://melayukini.net/2012/02/tragedi-berdarah-bola-sepak-port-said-mesir-74-mati-beribu-cedera-8-gambar/ http://melayukini.net/2012/02/tragedi-berdarah-bola-sepak-port-said-mesir-74-mati-beribu-cedera-8-gambar/#comments Fri, 03 Feb 2012 03:44:15 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14511 Sebanyak 74 orang mati manakala beribu lagi cedera dalam tragedi berdarah yang terburuk dalam sejarah bola sepak Mesir apabila penyokong merusuh dan mengamuk.

]]>
Tragedi Berdarah Bola Sepak Port Said Mesir – 74 Mati Beribu Cedera (8 Gambar) | Sekurang-kurangnya 74 orang mati manakala 1,000 lagi cedera selepas satu rusuhan berlaku ekoran kemenangan mengejut 3-1 kelab bola sepak tempatan, Al-Masry ke atas kelab terkenal dari Kaherah, Al-Ahly di sebuah stadium di sini kelmarin.

Rusuhan itu berlaku selepas perlawanan tamat apabila para peminat kelab bola sepak Al-Masry meluru ke padang stadium di sini bagi meraikan kemenangan mengejut itu. Para penyokong Al-Masry yang bersenjatakan pisau, kayu dan batu mengejar para pemain dan peminat bola sepak daripada kelab Al-Ahly yang berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan diri, kata beberapa saksi.

Seorang pemain dengan kelab Al-Ahly, Mohammed Abu Trika mengkritik polis kerana tidak campur tangan dalam keganasan tersebut. “Orang ramai di sini mati dan tiada ada sesiapa yang melakukan apa-apa. Ia seperti satu perang,” katanya kepada sebuah stesen televisyen Mesir.

Beberapa saksi menyatakan, puluhan peminat bola sepak mati ditikam manakala sebilangan lagi lemas selepas terperangkap di sebuah koridor panjang dan sempit ketika mereka cuba melarikan diri daripada sekumpulan peminat pasukan lawan. Pertempuran melibatkan beberapa kumpulan peminat bola sepak Mesir kelmarin meragut 74 nyawa dengan sekurang-kurangnya 1,000 orang lagi cedera.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua majlis tentera yang memerintah Mesir buat sementara waktu, Fil Marsyal Mohamed Hussein Tantawi semalam berikrar akan memburu mereka yang bertanggungjawab mencetuskan keganasan itu. Di bawah merupakan video dan 8 gambar yang diambil ketika tragedi berdarah bola sepak itu berlangsung. Seperti perang di dalam stadium.

Video Rusuhan Bola Sepak Mesir 2012

Gambar Rusuhan Bola Sepak Mesir 2012









Sumber Berita: Kosmo Online dan AFP via Hasrul Hassan | Layari Berita Luar Negara Menarik Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/tragedi-berdarah-bola-sepak-port-said-mesir-74-mati-beribu-cedera-8-gambar/feed/ 0
Gempar! Nyamuk Gergasi Menyerang Indonesia http://melayukini.net/2012/01/gempar-nyamuk-gergasi-menyerang-indonesia/ http://melayukini.net/2012/01/gempar-nyamuk-gergasi-menyerang-indonesia/#comments Sun, 29 Jan 2012 08:10:21 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14184 Beberapa ekor nyamuk gergasi menggemparkan penduduk di sebuah kampung di Indonesia apabila menyerang dan terbang dalam aksi yang menyeramkan.

]]>
Gempar! Nyamuk Gergasi Menyerang Indonesia – Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.


Bayangkan seekor nyamuk bersaiz tapak tangan kanak-kanak terbang mencari mangsa. Seram-seram.

Haiwan pelik tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk gergasi itu beramai-ramai.

Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan pelik tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.

Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang nyamuk gergasi tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.

“Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini,” katanya kepada news.okezone.com.

Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan. – AGENSI

Melayukini.net – Apabila manusia semakin menjadi rakus dan tamak, merosakkan hutan dan tempat tinggal margastua, maka keluarlah mereka beramai-ramai ke alam manusia dan menjadi pupus. Apakah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi? Sama-sama kita fikirkan.


Sumber: Utusan Online | Layari Berita Luar Negara Menarik Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/01/gempar-nyamuk-gergasi-menyerang-indonesia/feed/ 0