Informasi Malaysia Kini » Najib http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Gambar Keakraban Diplomatik PM Najib dan Pope Benedict http://melayukini.net/2011/07/gambar-keakraban-diplomatik-pm-najib-dan-pope-benedict/ http://melayukini.net/2011/07/gambar-keakraban-diplomatik-pm-najib-dan-pope-benedict/#comments Sun, 24 Jul 2011 02:37:23 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=3360 politik secara rasmi dengan pihak Vatican City? Desperate… sangat ke Malaysia ni sehingga perlukan sokongan dari Vatican City negara terkecil di dunia tu. Ramai lagi]]> Aku tertanya-tanya, apa sebabnya PM najib kita pergi jumpa Pope Bendict dan membuat hubungan diplomasi politik secara rasmi dengan pihak Vatican City? Desperate sangat ke Malaysia ni sehingga perlukan sokongan dari Vatican City negara terkecil di dunia tu. Ramai lagi orang boleh dia jumpa di Eropah sana. Dr Yusof Qardawi pun ada kat Eropah. Tapi kenapa Pope? Malas aku nak komen lebih-lebih. Berita penuhnya ada di bawah. Korang baca sendiri. Gambar keakraban Najib dan Pope pun ada. Macam kawan karib je walau jarang bertemu. Sehati sejiwa? P/S: Kan bagus kalau di Malaysia ini ada interfaith debate macam kat overseas. Aku dulu zaman universiti selalu pergi interfaith debate antara Islam dan Kristian. Memang menarik dan menambahkan iman di dada.

Najib dan Pope
Najib dan Pope 2

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan Pope Benedict XVI di Apostolic Palace, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di Castel Gandolfo di pinggir Rom.

Najib, yang membawa bersamanya rombongan terdiri pemimpin pelbagai agama, kemudian mengadakan perbincangan peringkat delegasi dengan Setiausaha Negara bagi Holy See, Cardinal Tarcisio Bertone.

Rombongan Perdana Menteri termasuk isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Ini merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope selepas pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.

Holy See merupakan kerajaan yang mentadbir gereja Katolik di seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State, yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi.

Pope adalah pemerintah Vatican City State dan the Holy See. Bernama

Sumber: Berita Malaysia Kini | Gambar Anti UMNO Facebook

]]>
http://melayukini.net/2011/07/gambar-keakraban-diplomatik-pm-najib-dan-pope-benedict/feed/ 0
40,000 warga India Tinggal di Malaysia Secara Haram http://melayukini.net/2010/01/40000-warga-india-tinggal-di-malaysia-secara-haram/ http://melayukini.net/2010/01/40000-warga-india-tinggal-di-malaysia-secara-haram/#comments Tue, 12 Jan 2010 09:14:19 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=529 Apa? 40000? Aku tahu mana depa ni semua hilang. Tu dekat kedai mamak yang pakai kopiah layan makan korang tu. Pastu dekat kawasan pembinaan. Pastu mana lagi ye? 40000 tu suatu nilai yang besar tu. Bukan perkara yang kecil. Kalau penduduk India Malaysia secara rasminya mempunyai lebih kurang 1.8 juta orang. Kalau tambah penduduk ‘import’ ni, makan bertambah lah kaum ini di Malaysia. Berita baik gak ni. Tapi, takda la banyak sangat pun kalau nak ikutkan. Apa-apapun, berita ini disampaikan oleh abang Najib kita di Putrajaya. Ayuh kita baca.

PUTRAJAYA: Sejumlah 39,046 warganegara India “hilang” di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan bagi negara ini, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, mereka tidak dapat dikesan daripada rekod Jabatan Imigresen, menurut anggaran yang dibuat pada Jun tahun lalu.

“Keadaan itu menyebabkan jabatan itu kurang berminat mengeluarkan visa waktu ketibaan kepada warganegara India kerana kemudahan itu telah disalahgunakan, terutamanya mereka dari Chennai. Mereka ini yang datang ke Malaysia melalui kemudahan visa waktu ketibaan mungkin telah kembali ke India atau masih berada di negara ini…(mungkin) bekerja di restoran-restoran India. Kami tidak tahu di mana mereka ini berada sekarang…kemungkinan masih berada di Malaysia atas alasan ekonomi,” katanya dalam temu bual dengan wartawan India yang sedang dalam rangka lawatan ke sini, di pejabatnya di sini semalam.

Najib membayangkan beliau mungkin akan membangkitkan isu itu pada lawatan rasmi tiga hari beliau ke India, bermula 19 Januari ini. Perdana Menteri berkata Malaysia bersikap agak liberal dalam membenarkan sami dan tukang gunting rambut dari India untuk datang dan bekerja di negara ini.

“Kami mengalu-alukan warganegara India datang melawat ke Malaysia sebagai pelancong. Kami bersikap agak liberal. Kami mahu mereka yang benar-benar tulen. Mereka amat dialu-alukan. Kami bersedia menimbangkan memperkenalkan semula skim visa itu bagi mereka yang datang dari bandar raya seperti Bangalore, Mumbai dan Delhi tetapi bukan dari Chennai. Masalah tinggal melebihi tempoh hanya membabitkan dari Chennai,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengadakan dialog dengan kumpulan pendesak Hindraf, Najib berkata semua pihak perlu sedar bahawa kumpulan itu telah ” memperbesar-besarkan dan memanipulasi sepenuhnya seluruh situasi” membabitkan minoriti etnik India. Beliau berkata kebanyakan kaum India di negara ini mahu kerajaan sensitif terhadap keperluan mereka dan kerajaan responsif terhadap perkara itu.

“Kami telah menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi kaum India dan saya tidak nampak yang Hindraf telah menjadi kuasa yang penting dalam politik Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai langkah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bakal melantik duta khas untuk Jammu dan Kashmir, Najib berkata sebarang tindakan susulan hanya akan dapat dilakukan dengan persetujuan India dan Pakistan.

“Malaysia berpendapat isu ini wajar diselesaikan melalui rundingan secara aman,” katanya.

Sumber Berita: Berita Harian

]]>
http://melayukini.net/2010/01/40000-warga-india-tinggal-di-malaysia-secara-haram/feed/ 2