Informasi Malaysia Kini » Paling Gemuk Dunia http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 14:30:04 +0000 en hourly 1 Kanak-Kanak Perempuan Tergemuk di Dunia http://melayukini.net/2011/05/kanak-kanak-perempuan-tergemuk-di-dunia/ http://melayukini.net/2011/05/kanak-kanak-perempuan-tergemuk-di-dunia/#comments Wed, 18 May 2011 16:16:02 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=2092 manusia tergemuk di dunia. Sekarang aku nak bagitau pula kanak-kanak perempuan tergemuk di dunia pula. “Bro, asal ko suka sangat tulis pasal yang tergemuk je, kurus sangat ke ko?…“. Bukan apa,]]> Dulu aku pernah bagitau korang tentang manusia tergemuk di dunia. Sekarang aku nak bagitau pula kanak-kanak perempuan tergemuk di dunia pula. “Bro, asal ko suka sangat tulis pasal yang tergemuk je, kurus sangat ke ko?“. Bukan apa, kan kecoh baru-baru ni pasal ramai budak-budak Malaysia jadi gemuk sebab pemakanan yang tak sihat di sekolah. Jadi aku saja la nak bagitau, sebenarnya apa yang buatkan kanak-kanak leh jadi gemuk. Kita tengok kes studi kanak-kanak perempuan tergemuk di dunia ini. Apa yang dia makan? Berapa kerap dia makan? Jadi tips untuk mengelakkan kanak-kanak Malaysia dari menjadi gemuk ialah dengan mengelakkan kebiasaan yang di buat oleh kanak-kanak dari India ni. Okay? Fokus kepada tulisan yang di hitamkan dalam artikel budak perempuan paling gemuk di dunia ini. P/S: Gemuk, kurus, cantik, hodoh, bodoh, pandai, tidak dipandang oleh Allah. Yang dipandang oleh Allah ialah iman dan taqwa kita. Renung-renungkan.

Budak Tergemuk Dunia 1

Suman Khatun, a five year-old obese Indian girl who suffers from a suspected hormonal imbalance, is so insatiably hungry, she is eating herself to death, doctors fear. In just one week, she devours over 10 kilograms of rice, 24 eggs, six liters of milk and five kilos of potatoes. Her hunger even leads her to sneak out and pester her neighbors for food in the village of Metiala in the Indian state of West Bengal.

Budak Tergemuk Dunia 2

She eats so much, that the family, who only earn $16 a week by farming, often go hungry because she has to eat. If she doesn’t get food she cries. Her mother explains, “‘I’ve tried almost everything to control Suman’s appetite, but she cries so much that I have no choice but to give in. I’ve tried to be strict and refuse her food but she then rolls on the floor and starts eating mud instead. I can’t let my child eat mud so I end up giving her more food.”

Budak Tergemuk Dunia 3
Budak Tergemuk Dunia 4
Budak Tergemuk Dunia 5
Budak Tergemuk Dunia 6
Budak Tergemuk Dunia 7
Budak Tergemuk Dunia 8

Sumber: Wrongdream

]]>
http://melayukini.net/2011/05/kanak-kanak-perempuan-tergemuk-di-dunia/feed/ 0
Manusia Paling Gemuk di Dunia http://melayukini.net/2009/11/manusia-paling-gemuk-di-dunia/ http://melayukini.net/2009/11/manusia-paling-gemuk-di-dunia/#comments Thu, 26 Nov 2009 16:23:42 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=212 Manusia Paling Gemuk di Dunia | Warga Britain, Paul Mason yang menetap di Ipswich dinobat sebagai lelaki paling gemuk dunia… baru-baru ini. Dengan berat 444.5 kilogram, Mason boleh berbangga namanya kini tercatat dalam buku rekod. Namun, agak memeranjatkan kerana beberapa]]> Manusia Paling Gemuk di Dunia | Warga Britain, Paul Mason yang menetap di Ipswich dinobat sebagai lelaki paling gemuk dunia baru-baru ini. Dengan berat 444.5 kilogram, Mason boleh berbangga namanya kini tercatat dalam buku rekod. Namun, agak memeranjatkan kerana beberapa pihak mendakwa gelaran itu sudah lama diidamkan Mason.

Paling Besar

Cita-citanya itu terdedah tiga tahun lalu selepas beratnya turun 127 kilogram selepas menjalani rawatan di sebuah hospital tiga tahun lalu. Mason, kini berusia 48 tahun memeranjatkan kakitangan hospital apabila menyuarakan rasa sedih kerana beratnya turun kerana beliau ingin sebaliknya berlaku.

“Ketika dibenar pulang, beliau menyatakan sedih kerana tidak lagi berpeluang untuk menjadi lelaki paling gemuk dunia.

“Sebaik tiba ke rumah, Mason memesan pizza, kari dan juga makanan China. Beliau juga kerap dilihat di McDonald memesan makanan dengan menggunakan kerusi roda khasnya.

“Tiada siapa mampu menghentikan Mason daripada makan dan ia amat menyedihkan,” kata sumber hospital.

Dalam usaha memenuhi impiannya itu, Mason makan sekotak Sugar Puffs pada satu masa dan setiap Jumaat beliau akan ke kedai makan pada tengah hari dan petang. Pengurus Bar Nacton Road Fish di Ipswich, Suffolk, Bob Singh Phagura, berkata Mason akan menunggu di kerusi rodanya di luar kedai sementara menanti pelayannya selesai memesan makanan.

Paling Gemuk

“Beliau tidak boleh masuk kerana saiz badannya terlalu besar. Mason akan membeli 10 kali ganda makanan yang dimakan setiap pelanggan. Beliau akan membeli empat ikan kod, dua pai, empat sosej dan enam cip besar bersama dengan sos kari dan kacang dan menelan semuanya dengan dua botol besar air Coca Cola,” katanya.

Hakikatnya, Mason akan makan 20,000 kalori makanan sehari, lapan kali ganda daripada purata 2,500 kalori makanan yang dimakan lelaki biasa. Beliau makan tiga hidang keluarga setiap malam dan seekor ayam panggang umpama pencuci mulut baginya. Akibatnya Mason yang menggantikan warga Mexico, Manuel Uribe, 43, sebagai lelaki terberat dunia menghabiskan lapan tahun terakhir hayatnya di atas katil di rumahnya di Ipswich, Suffolk.

Uribe melepaskan gelarannya itu selepas menurunkan separuh berat badannya, 571.5 kilogram untuk berkahwin tahun lalu. Pada 2004, rekod dunia dipegang warga Amerika Syarikat, Patrick Deuel yang memiliki berat badan 489 kilogram dan warga Britain paling bersat sebelum ini adalah pemandu teksi Barry Austin dari Birmingham yang memiliki berat 413 kilogram.

Yang pasti, ramai pihak kini ingin melihat Mason menurunkan berat badannya, selain mengurangkan perbelanjaan rawatan menggunakan wang rakyat. Laporan menunjukkan pihak berkuasa membelanjakan £1juta (RM5.58 juta) untuk merawatnya sejak beberapa tahun lalu. Kegilaan Mason yang memiliki ketinggian 1.65 meter itu dan kini tidak lagi mampu bergerak turut menyebabkan rumah ibunya dirampas bank selepas beliau tidak berupaya membayar pinjaman kerana wangnya habis dibelanjakan untuk anak lelakinya.

Adik perempuannya, Louise, 43, mendakwa kegagalan Mason mengawal tabiat makannya memusnahkan keluarga mereka dan menyebabkan beliau dan adiknya hilang segala-galanya, terutama selepas ibu mereka, Janet, meninggal dunia enam minggu lalu.

“Bapa, Roy, menyelesaikan pinjaman bank £100,000 (RM558,140) untuk rumah kami sebelum beliau meninggal dunia pada 1986. Namun, ibu terpaksa kembali meminjam bank dengan memajak rumah kami demi membiaya tabiat makan abang. Kini kami hilang semuanya selepas rumah kami dirampas bank kerana ibu gagal melunaskan pinjaman.

“Tiada apa yang boleh diwasiatkan ibu kepada saya dan Judith. Saya masih sayangkan abang tapi saya sedih dengan perangainya itu,” katanya.

Mason kini tinggal di rumah banglo dibina khas untuk golongan obes dan terbaring sepanjang masa di atas katil. Rumah itu memiliki pintu seluas 1.5 meter dan Mason yang pernah bekerja sebagai penghantar surat dan mekanik menerima bantuan £67.50 (RM377) seminggu dan wang sewa rumah. Beliau dijaga tujuh kakitangan Jabatan Kesihatan yang bekerja dalam tiga syif sehari untuk memasak dan membersihkannya. Pelayan itu menelan belanja £100,000 (RM558,140) setahun dan akan membantunya dalam apa jua perkara yang diperlukannya. Mason kini bakal menjalani pembedahan mengecilkan perut bagi menghentikan tabiatnya dan membantunya untuk terus hidup. Pembedahan itu dilapor menelan belanja £20,000 (RM111,623). Bagaimanapun, Louise sangsi Mason akan berubah.

“Saya sedar sepatutnya saya memberi lebih sokongan kepadanya. Namun sebagai manusia biasa, saya tidak dapat berbuat apa-apa jika beliau tidak membantu dirinya sendiri. Hakikatnya, beliau tidak mahu bantuan kami,” katanya.

Sumber: Harian Metro

]]>
http://melayukini.net/2009/11/manusia-paling-gemuk-di-dunia/feed/ 6