Informasi Malaysia Kini » PDRM http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Tue, 07 Feb 2012 14:30:34 +0000 en hourly 1 Gambar dan Video Kereta Polis Malaysia Evo 10 Kejar dan Melanggar Kereta Nissan Pelumba Haram di Kuala Lumpur http://melayukini.net/2011/09/gambar-dan-video-kereta-polis-malaysia-evo-10-kejar-dan-melanggar-kereta-nissan-pelumba-haram-di-kuala-lumpur/ http://melayukini.net/2011/09/gambar-dan-video-kereta-polis-malaysia-evo-10-kejar-dan-melanggar-kereta-nissan-pelumba-haram-di-kuala-lumpur/#comments Wed, 28 Sep 2011 13:30:33 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=4353 Melayukini Facebook page. Terima kasih bagi yang sudah. Malam ni, sedang aku surf… video menarik aku di Youtube, aku terjumpa dengan video yang bertajuk “]]> Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca setia Melayukini.net. Kalau korang belum buat lagi, sila like Melayukini Facebook page. Terima kasih bagi yang sudah. Malam ni, sedang aku surf video menarik aku di Youtube, aku terjumpa dengan video yang bertajuk “Police vs Drifter“. Video ni telah dilihat dan dimainkan sebanyak 1.3 juta kali di Youtube.com. Angka yang sangat besar pada pendapat aku. Tapi yang peliknya, kalau korang tengok komen di video ni, semua orang yang tengok video ini seperti tak tahu yang video itu telah dirakamkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Aku pun baru tau setelah melihat betul-betul. Bangga juga aku. Video polis PDRM Evo 10 mengejar kereta lumba penjenayah Nissan ini aku rasa telah dirakamkan di Lebuhraya Mahameru (kalau salah tolong betulkan). Video menarik ni pula telah dimuatnaik di Youtube pada Febuari 2011. Susah juga kerja polis ni ye. Patut la polis merupakan pekerjaan paling stress di Malaysia (Lihat BUKTI). Anyway, kat bawah ni ada stream video dari Youtube dan gambar-gambar snapshot dari video tersebut. Aku terpaksa watermark gamba-gambar kejadian jenayah ni sebab ada sesetengah blogger yang curi artikel aku tanpa letak kredit. Tu buat aku panas. Tapi takpe, biarlah mereka dengan perbuatan jenayah mereka. Bagi korang yang lain, tolong enjoy! UPDATE: Ni salah satu babak dalam filem Kongsi. P/S: Kenderaan paling laju di dunia dan selamanya ialah kenderaan buraq yang ditunggang oleh Nabi SAW yang membawa baginda dari Mekah ke Baitulmaqdis dan terus berjumpa Allah di langit ke 7 dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam. Kereta terakhir bagi korang dan aku pula ialah kereta mayat. Hehe.




]]>
http://melayukini.net/2011/09/gambar-dan-video-kereta-polis-malaysia-evo-10-kejar-dan-melanggar-kereta-nissan-pelumba-haram-di-kuala-lumpur/feed/ 4
Keputusan Kes Tembak Mati Remaja Aminulrasyid – Koperal Jenain Polis Dihukum Bersalah http://melayukini.net/2011/09/keputusan-kes-tembak-mati-remaja-aminulrasyid-koperal-jenain-polis-dihukum-bersalah/ http://melayukini.net/2011/09/keputusan-kes-tembak-mati-remaja-aminulrasyid-koperal-jenain-polis-dihukum-bersalah/#comments Thu, 15 Sep 2011 05:16:57 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=3975 Assalamualaikum. Salam tengahari, salam menjamu juadah tengahari bagi yang tak berpuasa. Hari ni telah diputuskan keputusan mahkamah tentang kes tembak pelajar Aminulrasyid di Shah Alam dulu oleh unit polis peronda tidak berapa lama dahulu. Koperal Jenain, polis yang bertanggungjawab melepaskan tembakan itu dijatuhkan hukum 5 tahun penjara dan boleh dihukum penjara 30 tahun atau lebih akibat kesalahan tersebut. Tak sangka juga keputusan mahkamah ni. Dulu ding dong ding dong dalam surat khabar macam polis tak salah, tapi akhirnya, selepas kes bunuh Aminulrasyid ni reda sedikit, keluar keputusan sebegini. Banyak pros dan cons dalam tindakan yang dibuat oleh Koperal Jenain ketika hari kejadian. Tapi atas beberapa faktor, terbukti yang salah tu lebih banyak dari yang betul. Nak buat camna lagi kan. Aku harap keputusan ini tidak akan dapat melemahkan semangat pejuang PDRM untuk terus membasmi jenayah di dalam negara. Kerja tetap kerja yoppp. Berita tentang keputusan mahkamah dalam kes Aminulrasyid ini ada di bawah. P/S: Tanggungjawab ibu bapa adalah memastikan anak-anak jagaan, terutama yang perempuan supaya berada di rumah dan dalam keadaan yang selamat pada waktu lewat malam. Kenali dengan siapa mereka berkawan dan dengan siapa mereka bermain. Didik mereka dengan tarbiah Islam. Dan tarbiah Islam ini hanya akan bermula dengan diri kita sendiri, baru orang lain. Bersama lah kita menjadi ibu bapa yang dapat menunaikan hak kepada anaknya dan bersama membawa keluarga ke syurga yang kekal abadi, insyaAllah.

Kes Amirul Rasyid
Koperal Jenain ketika perbicaraan di mahkamah tentang kes Aminulrasyid

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi mendapati Koperal Jenain Subi bersalah menyebabkan kematian adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati di Shah Alam, April tahun lalu.

Jenain, 48, sebelum ini diperintah membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, antara jam 1.10 pagi dan jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di sini, pada 26 April 2010.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Aminulrasyid dilaporkan meninggal dunia kerana luka tembakan di kepala.

UPDATE

SHAH ALAM: Seorang anggota polis berpangkat Koperal, Jenain Subi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini setelah didapati bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Jenain, 48, didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala. Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi. – BERNAMA


Sumber: Berita Harian Online

]]>
http://melayukini.net/2011/09/keputusan-kes-tembak-mati-remaja-aminulrasyid-koperal-jenain-polis-dihukum-bersalah/feed/ 0
Kewajaran Remaja 15 Tahun Ditembak Polis PDRM http://melayukini.net/2010/04/kewajaran-remaja-15-tahun-ditembak-polis-pdrm/ http://melayukini.net/2010/04/kewajaran-remaja-15-tahun-ditembak-polis-pdrm/#comments Thu, 29 Apr 2010 01:30:18 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=826 Kewajaran Remaja 15 Tahun Ditembak Polis PDRM… | Terlebih dahulu, saya mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa remaja yang telah ditembak mati oleh seorang anggota polis. Memang amat menyedihkan apabila insan yang paling kita sayang telah pergi meninggalkan kita. Semoga]]> Kewajaran Remaja 15 Tahun Ditembak Polis PDRM | Terlebih dahulu, saya mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa remaja yang telah ditembak mati oleh seorang anggota polis. Memang amat menyedihkan apabila insan yang paling kita sayang telah pergi meninggalkan kita. Semoga arwah ditempatkan di tempat yang baik insyaAllah. Pandangan saya ini hanyalah sebuah pandangan yang tidak ada kena mengena atau pro kepada sesiapa.

Insiden tembak mati yang tidak sengaja ini telah menjadi buah mulut kepada semua rakyat Malaysia. Ia juga turut menjadi fenomena di laman terkenal tanahair mahupun dunia iaitu Facebook. Ramai yang menuduh PDRM sebagai menyalahgunakan kuasa, tidak bertanggungjawab, teruk, dah sangat korup (macam tak kena mengena je) dan bermacam-macam lagi. Hakikat yang perlu kita ketahui yang mereka ini hanyalah manusia, dan sedang dalam menjalankan tugas.

Bayangkan. Ya aku suruh korang bayangkan yang korang ni sebagai polis peronda. Pada suatu malam yang gelap, awal-awal pagi, sekitar pukul 2 pagi, waktu yang baik untuk ramai penjenayah untuk bekerja, tiba-tiba, sebuah korang ternampak sebuah kereta dipandu laju, dipandu secara bahaya, dan ditambah lagi yang ianya sedang dikejar oleh beberapa buah motorsikal, menambahkan lagi syak korang. Sebagai seorang anggota polis yang bertanggungjawab, dan dalam tugas meronda, kejadian ini menarik perhatian korang. Maka korang pun kerja sama kereta yang disyaki sedang melakukan jenayah. Korang kejar, dan korang sudah bunyikan seren polis, dan suruh kereta tu berhenti, tapi dia tak berhenti juga. Korang pun lepaskan tembakan kerana menyangkakan yang pemandu dalam kereta tu merupakan penjenayah yang sangat berbahaya. Akhir sekali korang menembak lagi, kali ni terkena kepada salah seorang dari penghuni dalam kereta tersebut. Kereta berhenti. Korang yang tengah cemas mengejar penjenayah ini pun terus meluru ke kereta mangsa sambil pistol masih di tangan. Dalam keadaan spontan, korang terus menyepak dan menyerang sesiapa sahaja yang berada dalam kereta. Yelah, kalau korang berbuat baik, ‘penjenayah’ itu mungkin mengambil kesempatan dengan mengeluarkan senjata seperti parang untuk membunuh korang. Selepas diperiksa betul-betul, “Ya Allah, budak rupa-rupanya yang aku tembak ni. Kenapa? Kenapa? Kenapa budak boleh bawak kereta waktu pagi-pagi buta ini? Ada lesen ke? Apa mak bapa dia buat kat umah? Kenapa? Kenapa? Aku tidak sengaja!” Maka korang pun menjadi bualan rakyat Malaysia yang haprak satu pun tak tahu pasal lumrah kerja sebagai polis.

Polis pun satu, tak usah buat press statement yang pelik-pelik dan yang macam kamu tu bersalah. You are doing nothing wrong. It is just a mistake and just an accident. Perlu tegas dalam hal-hal semacam ni. Buka balik buku standard operational procedures (SOP) dan tunjuk kepada awam yang tindakan dibuat oleh anggota terbabit memang ada dalam buku SOP. Jumpa keluarga mangsa, dan minta maaf. Saya hanya menjalankan tugas.

2 tahun lalu, 2 orang remaja memandu motorsikal tanpa ada lesen dan tidak tahu pun undang-undang jalan raya. Menaiki motor adalah kegemaran mereka. Mereka pun bersiar-siar dengan enaknya. Tiba-tiba kerena kejahilan mereka dalam cara melintas jalan simpang empat dan tidak mematuhi tanda jalan raya, motorsikal mereka telah dilanggar oleh sebuah kereta. Kereta itu pun memecut lari meninggalkan tempat tersebut apabila menyedari telah melanggar pemandu dan pembonceng motorsikal yang bodoh lagi jahil. Pada masa yang sama, ibu bapa aku terkejut melihat tiba-tiba ada sebuah motorsikal melambung masuk ke laluan perjalanan mereka. Bapa ku mengelak dan terus kereta terbalik masuk ke parit. Dan ibu bapa ku meninggal dunia di tempat kejadian. Ini merupakan kejadian sebenar, aku anak yatim piatu. Qadak dan Qadar Allah, kita sebagai yang hidup haruslah meredhai dengan apa yang terjadi.

Bayangkan pula, remaja yang masih mentah, tidak ada lesen, dan dalam keadaan bersalah, pertama telah melanggar kereta orang, selepas itu dikejar orang, dan dikejar polis pula. Suasana menjadi cemas. Beliau takutkan tembelang beliau mencuri kereta abang iparnya dan juga tembelang beliau keluar rumah secara haram diketahui keluarga. Malu, nanti semua orang akan tahu! Maka beliau kena la bawa laju walaupun dia pun tak berapa nak tahu bawa kereta. Dalam keadaan yang gabra itu, terdengar bunyi tembakan amaran. Nak berhenti ke tak ni. Berhenti la, takut aku….tiba-tiba, bammmm….kenapa gelap duniaku….

Bayangkan lagi remaja yang menaiki kereta abang iparnya, yang hanya berumur 15 tahun, yang pastinya tiada lesen memandu. Memandu dengan laju dan dalam keadaan yang gila, melanggar salah seorang dari keluarga korang. Bukan satu, tapi dua, adik-adik korang yang sedang berbasikal di tepi jalan, dirempuh dan terbunuh ditempat kejadian. Apa perasaan korang? Adakah korang dapat memaafkan orang yang jahil (tidak ada lesen memandu) dan cuai dalam memandu kereta? Fikir-fikirkan lah…semua orang ada sahamnya masing-masing…

]]>
http://melayukini.net/2010/04/kewajaran-remaja-15-tahun-ditembak-polis-pdrm/feed/ 10
Gaji Baru Polis 2010 – Berita Baik! http://melayukini.net/2010/02/gaji-baru-polis-2010-berita-baik/ http://melayukini.net/2010/02/gaji-baru-polis-2010-berita-baik/#comments Tue, 02 Feb 2010 16:15:19 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=565 Ini merupakan berita baik kepada pasukan polis Malaysia di mana gaji dan elaun semua anggota PDRM akan dinaikkan. Kini semua hasil penat lelah, kerja lebih masa dan pengorbanan kalian semua akan menjadi berbaloi. Diharap juga prestasi yang baik juga dikekalkan dan yang mana-mana yang buruk boleh la ditinggalkan. Chaiyok!

SEPANG: Kadar baru gaji dan elaun anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diumumkan esok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau berkata, kadar baru itu diyakini akan meningkatkan taraf kehidupan anggota polis sekaligus meningkatkan keupayaan pasukan berkenaan. Katanya, ia juga adalah sebahagian daripada cadangan yang dirumuskan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kadar baru ini yang akan saya umumkan esok adalah sebagai memenuhi janji yang saya berikan sewaktu saya mula menerajui KDN,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasport Malaysia versi (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Laporan akhbar ini menyebut bahawa skim gaji dan elaun itu akan membolehkan pegawai polis berpangkat inspektor menerima gaji bulanan lebih RM3,000 manakala sarjan pula sehingga RM2,000 sebulan. Menerusi skim ini, inspektor baru berpeluang menikmati kenaikan terbesar dengan gaji permulaan sebanyak RM2,060 berbanding RM1,492 sebelum ini serta pertambahan beberapa elaun lain seperti perumahan dan sara hidup.

Bagi pemegang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka dibenarkan menyertai PDRM dengan pangkat sarjan dan akan menikmati gaji permulaan RM1,500 berbanding RM800 sebelum ini. Semua kenaikan itu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun lalu, sekaligus bermakna anggota dan pegawai terbabit bakal mendapat durian runtuh melalui bayaran tunggakan bermula tarikh itu.

Sumber: Berita Harian Online

]]>
http://melayukini.net/2010/02/gaji-baru-polis-2010-berita-baik/feed/ 8