Informasi Malaysia Kini » Pencuri http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Rumah Wardina Dirompak, Suami Dipukul (Kejam!) http://melayukini.net/2012/01/rumah-wardina-dirompak-suami-dipukul-kejam/ http://melayukini.net/2012/01/rumah-wardina-dirompak-suami-dipukul-kejam/#comments Thu, 12 Jan 2012 08:55:19 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=12998 Rumah artis perempuan popular, Wardina Safiyyah telah dirompak dan dipecah masuk. Suaminya telah dipukul dan lima laptop peribadi hilang dalam kejadian pada waktu malam itu.

]]>
Rumah Wardina Dirompak, Suami Dipukul (Kejam!) | Rumah pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Safiyyah, telah dipecah masuk dan dirompak oleh tiga perompak bersenjatakan parang mengakibatkan kerugian lima buah komputer riba milik keluarganya.

Gambar Wardina Saffiyah sekeluarga.

Menurut Wardina Safiyyah yang berkongsi pengalaman yang mencemaskan keluarganya itu melalui laman sosial Twitter memberitahu bahawa suaminya, Ikhwan Johari telah dipukul perompak tersebut manakala anak-anaknya sedikit trauma akibat insiden yang berlaku malam tadi.

“We have been robbed! 3 robbers came into our house baru tadi! Indo workers. Kids and me terrified! All laptops 5 buah diambil. Hopeless too.

“It was very scary seing 3 masked men carrying tongkat & parang in our house..was hiding under the blanket with kids, takut sangat Ya Allah.

“Police dah sampai..Pencuri bertopeng, pukul Ikhwan,” kata Wardina yang dipetik dari laman Twitter miliknya beberapa jam yang lalu.

“Takut sgt dia apa-apakan kami, sbb marah tak de brng kemas…Kids trauma sikit,” katanya lagi.

Agak melucukan juga apabila perompak-perompak yang dipercaya warga Indonesia itu sempat memarahi Wardina Safiyyah sekeluarga kerana tidak menyimpan barang kemas di rumah mereka untuk dicuri.

Wardina Safiyyah atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 33, telah melaporkan kes rompakan tersebut kepada pihak polis dan pihak berkuasa itu masih menyiasat mengenai kejadian tersebut di rumahnya.

Buat masa ini, Wardina Safiyyah terpaksa meminjam komputer riba milik jiran untuk berkomunikasi dengan dunia luar.

Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu juga percaya bahawa perompak yang memasuki rumahnya itu masih berkeliaran di sekitar Ampang dan meminta orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak beberapa warga Indonesia yang mencurigakan.

Melayukini.net – Semoga Wardina Safiyyah dan keluarga tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian dari Allah ini. Alhamdullilah mereka terselamat dalam cubaan rompakan ini. Kebanyakkan kes rompakan di Malaysia ni bukan dilakukan oleh rakyat Malaysia tetapi rakyat warga asing. Diharap kerajaan Malaysia dapat berbuat sesuatu untuk memantau dan mengurangkan jumlah warga asing dalam negara. Ini disebabkan kehadiran warga asing ini mempunyai banyak buruk dari baiknya.


Sumber: MyNewsHub | Layari Berita Jenayah Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/rumah-wardina-dirompak-suami-dipukul-kejam/feed/ 0
Gempar! Laptop Adlin Dicuri di Program Maharaja Lawak http://melayukini.net/2011/11/gempar-laptop-adlin-dicuri-di-program-maharaja-lawak/ http://melayukini.net/2011/11/gempar-laptop-adlin-dicuri-di-program-maharaja-lawak/#comments Thu, 17 Nov 2011 00:45:44 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=8777 Baru-baru ni Adlin Aman telah kehilangan 2 buah laptop Applenya dalam program Maharaja Lawak. Ada juga orang yang suka mencuri di program seperti itu ye

]]>
Cerita panjang tangan ini memang tidak habis-habis SS dengar. Sedih SS mendengarnya kerana masih ramai manusia tiada perasaan malu dengan senang-senang mengambil hak orang lain. Terbaru, SS dengar cerita, Adlin Aman Ramlie kehilangan dua komputer riba (laptop) jenis Apple ketika beraksi di malam Maharaja Lawak Mega, Jumaat lalu.

SS difahamkan, laptop itu ditinggalkan dalam bilik persalinannya tetapi selepas selesai buat persembahan, barang penting dan berharga buat Adlin, sudah tiada. Siapakah yang panjang tangan mengambilnya? Kalau letak rata-rata mungkin kecuaian sendiri tapi ini dalam bilik.

Apa yang mampu dilakukan lagi selain buat laporan polis. SS dengar cerita, Adlin mengesyaki individu terbabit dalam program itu kerana tidak mungkin peminat atau orang luar yang ambil. Selain buat laporan polis, Adlin juga bertemu cerdik pandai untuk menelek untuk mengetahui siapa gerangan orang panjang tangan itu. Tidak tahulah SS, bagaimana gambaran orang yang dikatakan mengambil laptop itu tapi SS difahamkan, Adlin ada mengesyaki seseorang.

Mungkin dalam hal ini, Adlin boleh meminta orang cerdik pandai itu lembutkan hati orang itu pulangkan semula laptopnya itu. Bukan apa, nanti bimbang kalau apa yang digambarkan itu mengena dengan seseorang yang dikenalinya. Takut salah bagaimana, hanya menimbulkan masalah kemudian hari.

Dalam hal ini, SS memang bimbang kerana ramai sangat orang yang sudah hilang perasaan malu dengan suka mengambil barang orang. pantang leka saja, cepat saja disambarnya. Ketika berada di tempat terbuka seperti itu, janganlah letak barang berharga.

Bukan saja wang tunai dikebas tapi barang yang selalu jadi sasaran seperti telefon bimbit, barang kemas dan laptop kerana dibawa ke mana-mana. Jadi waspadalah kerana orang di sekeliling sentiasa menanti peluang untuk menyambarnya.

Tambah-tambah pula laptop yang cukup penting kerana segala dokumen dan urusan bisnes disimpan di dalamnya dan ia sentiasa di bawa ke mana-mana. Apabila hilang, bukan saja terkilan dengan barang berharga tetapi lebih penting segala dokumen yang ada dalam laptop itu.

Kata orang, laptop baru boleh beli tapi maklumat penting di dalamnya, mana nak cari. Lebih bahaya, kalau segala dokumen atau gambar yang disimpan di dalamnya disalah guna oleh mereka yang mengambilnya.

P/S: Di akhirat kelak, orang yang mencuri kena pulangkan balik hak orang lain yang dicuri. Cuba bayangkan bagaimana nak cari orang yang telah dibuat khianat itu dalam lautan manusia dari permulaan dunia hingga kiamat?


Sumber: Harian Metro Online | Koleksi Berita Hiburan Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2011/11/gempar-laptop-adlin-dicuri-di-program-maharaja-lawak/feed/ 0
Mamat Exist Seorang Pencuri? http://melayukini.net/2010/01/mamat-exist-seorang-pencuri/ http://melayukini.net/2010/01/mamat-exist-seorang-pencuri/#comments Wed, 13 Jan 2010 10:30:03 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=535 Tiada kusangka, sejak detik itu kau membuka pintu, kamar di hatiku, cinta yang bla bla bla bla.…..” Pintu ko akhirnya terbuka untuk mencuri ye mamat. Taubat lah. Tak serik-serik lagi ke kau ni. Aku terkilan lah. Bakat hebat]]> Tiada kusangka, sejak detik itu kau membuka pintu, kamar di hatiku, cinta yang bla bla bla bla...” Pintu ko akhirnya terbuka untuk mencuri ye mamat. Taubat lah. Tak serik-serik lagi ke kau ni. Aku terkilan lah. Bakat hebat seperti kau ni boleh jadi begini. Aku rasa kau kena gi jalani latihan askar wataniah supaya jati diri dan dalaman kau tu mantap. Lepas tu baru la kau leh maju ke hadapan. Yang paling penting, kena pandai pilih kawan.

SINGAPURA 13 Jan. – Mahkamah Singapura hari ini mengenakan denda S$1,000 (RM2,400) ke atas penyanyi rock Malaysia, Mamat kerana mencuri sebuah telefon bimbit dan seutas jam tangan. Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin, 31, adalah bekas penyanyi kumpulan rock Exist yang popular pada tahun 1990-an.

Laporan sebuah media online menyebut Mamat mengaku bersalah mencuri telefon bimbit bernilai S$580 dan sebuah jam daripada Noor Shazeel Sazali, 21, di rumahnya di Bishan di sini pada 11 November lepas. Mahkamah diberitahu Noor Shazeel telah meletakkan telefon bimbit dan jam itu yang tidak diketahui nilainya di atas meja makan sebelum masuk untuk tidur petang, dan mendapati barangan tersebut hilang apabila dia bangun lima jam kemudian.

Menurut edisi online Straits Time, Noor Shazeel kemudian diberitahu bapanya bahawa Mamat telah pergi ke rumahnya bersama seorang saudara. Mamat berjaya dikesan di rumah teman wanitanya di sini beberapa hari kemudian.

Sumber Berita: Utusan Malaysia

]]>
http://melayukini.net/2010/01/mamat-exist-seorang-pencuri/feed/ 0