Informasi Malaysia Kini » Peragut http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Gambar Peragut Dibelasah oleh Wanita di Johor Bharu http://melayukini.net/2011/09/gambar-peragut-dibelasah-oleh-wanita-di-johor-bharu/ http://melayukini.net/2011/09/gambar-peragut-dibelasah-oleh-wanita-di-johor-bharu/#comments Tue, 27 Sep 2011 01:49:16 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=4273 jenayah…. Semalam aku terbaca berita yang menarik ni di mana seorang penjenayah ragut lelaki dikejar oleh mangsa ragut perempuan. Peragut itu telah dijatuhkan dan kemudian dibelasah oleh orang ramai. Jangan sangka perempuan tu lemah. Walau]]> Assalamualaikum dan salam mencegah jenayah. Semalam aku terbaca berita yang menarik ni di mana seorang penjenayah ragut lelaki dikejar oleh mangsa ragut perempuan. Peragut itu telah dijatuhkan dan kemudian dibelasah oleh orang ramai. Jangan sangka perempuan tu lemah. Walau Cindy Tan tu sudah berusia, jangan sangka dia tak kuat ya. Mungkin ada taekwando atau seni pertahan diri kot huhu. Kalau takde pun takpe, korang boleh belajar dari mamat sempoi dari China ni bagaimana nak tangkap atau ajar peragut: http://melayukini.net/2010/01/cara-orang-china-menangkap-peragut-video/. Lawak pun ada gak ni. Berita perincian kes ragut ni ada di bawah. Thumbs up to Cindy Tan! P/S: Janganlah korang mengambil hak orang lain ketika di dunia kerana di akhirat kelak mereka akan kembali menuntut hak mereka itu kembali.

Cindy Heroin Peragut MetroCindy Tan (kanan) melihat pemuda yang meragutnya terbaring selepas dia dibelasah orang ramai. “Jangan ingat wanita tu lemah ye”
polis peragut jb
Peragut ditahan polis selepas dibelasah oleh orang ramai

JOHOR BAHRU: “Menyedari tindakan peragut saya memecut motosikal mengejarnya sebelum menendang motosikal lelaki itu dari belakang menyebabkan kami berdua jatuh ke jalan raya.

“Akibatnya, peragut terbabit gagal bergerak kerana dihempap motosikalnya lalu saya mencapai beg tangan dan lari ke restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” kata mangsa ragut, Cindy Tan, 52, di Jalan Maju, Taman Pelangi, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Cindy menunggang motosikal Yamaha Ego berseorangan dalam perjalanan ke sebuah premis percetakan kad nama di lokasi berkenaan apabila menyedari diekori seorang lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Menurut Cindy, setiba di lokasi kejadian lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri dan meragut beg tangannya yang diletak di dalam raga motosikal sebelum cuba melarikan diri.

“Saya tidak rela membiarkan wang diperoleh hasil kerja keras dirampas begitu saja oleh peragut dan kerana itu saya memberanikan diri melawan,” katanya yang bertugas sebagai jurujual barangan perubatan di sebuah syarikat swasta di Singapura.

Orang ramai yang melihat kejadian serta pelanggan restoran segera keluar dan menahan pemuda itu sebelum diserahkan kepada polis.

Bagaimanapun, sebelum itu, orang ramai yang berang dengan peragut terbabit bukan setakat mengikatnya malah turut ditumbuk serta ditendang hingga berdarah, Polis yang tiba tidak lama kemudian menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.

Menurut Cindy, ia adalah pengalaman ragut kedua berlaku terhadapnya dengan kali pertama pada 2005 di Taman Megah Ria.

“Pengalaman pernah diragut ketika menunggang motosikal enam tahun lalu menyebabkan saya nekad mengejar peragut terbabit,” katanya.


Sumber: Harian Metro Online

]]>
http://melayukini.net/2011/09/gambar-peragut-dibelasah-oleh-wanita-di-johor-bharu/feed/ 1
Cara Orang China Menangkap Peragut [/video] http://melayukini.net/2010/01/cara-orang-china-menangkap-peragut-video/ http://melayukini.net/2010/01/cara-orang-china-menangkap-peragut-video/#comments Sun, 31 Jan 2010 03:35:26 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=548 Seperti yang kita semua sedia maklum, jenayah ragut amat meruncing di negara kita di mana ramai yang menjadi mangsa telah terbunuh ataupun mengalami kecederaan parah. Yang amat menyedihkan ialah ketika jenayah ini berlaku, orang ramai hanya menjadi pemerhati sahaja. Tetapi mereka ini tidak boleh disalahkan kerana mereka pun tidak tahu bagaimana nak membantu ataupun menolong. Jadi, aku secara kebetulan telah menjumpai sebuah video yang menunjukkan bagaimana nak menghukum peragut. Jenayah ragut ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di negara-negara lain. Video di bawah ini yang bertajuk, “Chinese Man Throws Bicycle at Thieves on Scooter!” menunjukkan bagaimana seorang rakyat China menangkap peragut menggunakan basikalnya. Sikap begini patut dipuji dan diteladani.

Jadi bagaimana? Selepas melihat video di atas ni. Masih mahu berdiam diri? Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Fikir-fikirkan lah. :)

]]>
http://melayukini.net/2010/01/cara-orang-china-menangkap-peragut-video/feed/ 7