Informasi Malaysia Kini » Perak http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Kanak-Kanak Mati Tercampak Dalam Kemalangan Pokok http://melayukini.net/2011/10/kanak-kanak-mati-tercampak-dalam-kemalangan-pokok/ http://melayukini.net/2011/10/kanak-kanak-mati-tercampak-dalam-kemalangan-pokok/#comments Sat, 29 Oct 2011 00:20:32 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=7151 kemalangan jalanraya… di Seberang Prai, Pulau Pinang. Tak sampai 2 minggu kehilangan isterinya yang mati akibat kanser, seorang lelaki]]> Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seorang kanak-kanak maut apabila tercampak dari kereta setelah berlanggar dengan sebuah lori dan sebuah pokok dalam satu kemalangan jalanraya di Seberang Prai, Pulau Pinang. Tak sampai 2 minggu kehilangan isterinya yang mati akibat kanser, seorang lelaki tidak dapat menahan kesedihan apabila anaknya pula meninggalkannya. Berita perincian tentang kemalangan ini ada di bawah. Takziah kepada keluarga mangsa. Al-fatihah. P/S: Perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan.

Ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan.
Polis mengangkat mayat mangsa di tempat kejadian, semalam.

PRAI: Ketika kubur isterinya masih merah, seorang lelaki terpaksa menanggung kesedihan berganda apabila anak keduanya pula maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang (JPP) di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 8 pagi ketika mangsa, Batrisyia, 7, bersama tiga adik-beradiknya menaiki Toyota Avanza dipandu bapa mereka, Osman Kerya, 42, dalam perjalanan dari Batu Uban, di sini, ke Grik, Perak, untuk menziarahi kubur isterinya, Norzita Mustafa, 37, yang meninggal dunia 12 hari lalu akibat kanser tulang.

Ketika tiba di tempat kejadian, kereta Osman dipercayai bergesel lori sebaik melepasi Plaza Tol JPP sebelum terbabas dan merempuh pokok di kiri jalan. Berikutan itu, mangsa tercampak keluar sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala dan anggota badan.

Selain Osman yang cedera di kedua-dua tangan, tiga lagi anaknya, Balqis, 10, Baizatul Akmah, 6, dan Baizatul Husnah, 4, cedera dan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini. Nenek mangsa, Fatimah Wan Chik, 70, yang juga ibu Osman berkata, pada awalnya anaknya merancang ke Grik hari ini, tetapi mengubah rancangan dengan bertolak pagi semalam.

“Dia (Osman) mahu bawa anak-anak menziarahi kubur isteri yang meninggal dunia 12 hari lalu akibat kanser tulang.


Sumber: Harian Metro Online

]]>
http://melayukini.net/2011/10/kanak-kanak-mati-tercampak-dalam-kemalangan-pokok/feed/ 0
Video Gol Selangor Lawan Perak 1-0 Piala Malaysia (Mengancam!) http://melayukini.net/2011/10/video-gol-selangor-lawan-perak-1-0-piala-malaysia-mengancam/ http://melayukini.net/2011/10/video-gol-selangor-lawan-perak-1-0-piala-malaysia-mengancam/#comments Sat, 15 Oct 2011 02:30:40 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=5725 bola sepak… saingan kedua suku akhir Piala Malaysia 2011. Safiq Rahim walau tak menjaringkan gol itu, tetapi seperti biasa telah membuka ruang kepada rakan sepasukan,]]> Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selangor tampil garang apabila menang 1-0 ke atas Perak dalam perlawanan bola sepak saingan kedua suku akhir Piala Malaysia 2011. Safiq Rahim walau tak menjaringkan gol itu, tetapi seperti biasa telah membuka ruang kepada rakan sepasukan, Rudie Ramli untuk menjaringkan gol. Safiq Rahim mempamerkan aksi yang cukup mengancam dengan sepakan percumanya hebat tu. Kalau belum tengok la kehebatan free kick Safiq Rahim, mai tengok sini – (LINK). Malas aku nak ulas panjang-panjang, korang boleh tengok video, gambar serta ulasan perlawanan bola sepak ini. Jom! P/S: Jangan leka menonton bola sepak sehingga solat dilupakan. Boleh?




KESUNGGUHAN semata-mata tidak mencukupi buat Perak untuk menandingi Selangor apabila tunduk 1-0 di gelanggang sendiri pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, malam tadi.

Tuan rumah yang turun dengan semangat tinggi sebaliknya terpaksa menelan keperitan sekali lagi apabila sentuhan daripada sepakan percuma Safiq Rahim menghukum anak buahnya Norizan Bakar sebelum Rudie Ramli mudah menanduk masuk bola tampanan Nasril Nourdin ke gawang yang kosong untuk gol tunggal perlawanan itu dan agregat keseluruhan 4-1.

Apapun pada perlawanan itu, Perak walaupun menguasai permainan tidak nampak kelihatan mampu menjaringkan gol kerana selain tidak banyak mencipta peluang turut mendapati benteng lawan terlalu kental untuk ditembusi.

Keberkesanan corak bertahan anak buah P Maniam menyaksikan pintu gol Selangor penuh sesak hingga menyukarkan sebarang usaha pemain tuan rumah untuk memecah benteng pelawat.

Berbekalkan sokongan padu kira-kira 30,000 penonton, anak buah Norizan melancarkan serangan dari segenap sudut manakala percaturan Maniam untuk mengamalkan corak bertahan dan bergantung kepada serangan kilat sesekali mencemaskan kubu lawan. Bagaimanapun peluang terbaik pasukan itu pada minit ke-11 gagal dimanfaatkan.

Jentera serangan Perak yang menggandingkan Akmal Rizal-Failee Ghazali walaupun bergerak lincah tetapi sukar melepasi halangan barisan pertahanan Selangor yang berjaya menerap gerakan pasukan tuan rumah.

Begitupun Selangor mempamer detik cemerlang di awal babak kedua apabila berjaya menjaringkan gol lima minit saingan berlangsung. Tanda-tanda kubu Perak akan bocor sudah terbayang sebaik saingan berlangsung tetapi Khairi Zainuddin menyelamatkan kubunya apabila menampan bola rembatan Rudie di atas garisan gol seminit saingan berlangsung.

Namun pemain itu tidak melakukan kesilapan tiga minit kemudian apabila menanduk bola yang melantun daripada tampanan Nasril untuk menambah keperitan Seladang. Walaupun Perak berjuang hingga ke hingga ke wisel penamat ternyata tidak mencukupi untuk menyelamatkan keadaan.

Sumber: Harian Metro Online

]]>
http://melayukini.net/2011/10/video-gol-selangor-lawan-perak-1-0-piala-malaysia-mengancam/feed/ 0
Gempa Bumi Kecil di Malaysia Akibat Gempa Bumi di Sumatera Utara http://melayukini.net/2011/09/gempa-bumi-kecil-di-malaysia-akibat-gempa-bumi-di-sumatera-utara/ http://melayukini.net/2011/09/gempa-bumi-kecil-di-malaysia-akibat-gempa-bumi-di-sumatera-utara/#comments Tue, 06 Sep 2011 06:00:45 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=3855 Pautan …]]> Tak sampai 3 bulan pun kejadian gempa bumi yang berlaku di Indonesia, tetapi dirasai oleh penduduk Semenanjung Malaysia, terutama di Kajang, Putrajaya dan Shah Alam, berlaku lagi gegaran gempa bumi di Sumatera yang turut dirasai oleh penduduk Malaysia (Pautan artikel). Kalau dulu, kawasan sebelah selatan Kuala Lumpur yang banyak rasa, tapi kali ni, kawasan sebelah utara Kuala Lumpur seperti Selayang, Batu Caves, Ulu Bernam, Ulu Yam, Rawang dan Kuala Kubu Bharu pula. Gempa bumi ni berlaku pukul 2 pagi tadi. Jadi tak ramai yang tak rasa. Yelah semua pun tido mati, termasuk aku hehehe. Gempa bumi bersaiz 6.7 skala Ritcher yang berlaku di Sumatera ni tak jauh pun dari Malaysia. Jaraknya sekitar 350km dari Lumut, Perak. Jadi, kalo nak senang faham betapa dekatnya adalah seperti jarak Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Takde la jauh sangat kan. 4 jam boleh sampai kalau memandu kereta. Berita gempa bumi yang berlaku ni secara perinci ada di bawah. P/S: Antara tanda-tanda akhir zaman dan dekatnya hari kiamat ialah banyaknya berlaku gegaran gempa bumi dan banyaknya manusia yang akan mati. Adakah kita akan hidup di zaman dekatnya Hari Kiamat?

Gempa Bumi Malaysia Kajang
Gambar Hiasan – Bencana gempa bumi yang dasyat bila-bila masa boleh sampai ke Malaysia


KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud dikesan di Sumatera utara awal pagi ini dan gegarannya turut dirasai di beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa yang berlaku pada jam 1.55 pagi itu berpusat di 127 kilometer (km) barat daya Binjai di Sumatera utara dan 363 km barat daya Pulau Pangkor, Perak.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan terhadap Malaysia. – BERNAMA

UPDATE: Berita penuh tentang gegaran gempa bumi kecil di sekitar Kuala Lumpur Malaysia

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 melanda Sumatera Utara, Indonesia pada jam 1.55 pagi ini yang mana gegarannya turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, berkata gempa bumi itu berpusat di 2.9 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur, 363 kilometer dari barat daya Pulau Pangkor, Perak.

Gegarannya dilaporkan dirasai di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Selangor, ketika dihubungi berkata, pihaknya turut menerima panggilan dari orang awam berhubung gegaran tersebut.

“Pihak kami menerima beberapa panggilan pada jam 2 pagi hingga 2.50 pagi tadi dari orang awam yang memaklumkan tentang gegaran yang dirasai di sekitar Shah Alam, Kuala Kubu Bharu, Selayang, pinggiran Batu Caves dan Ulu Bernam,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan dan mendapati tiada sebarang kerosakan yang berlaku akibat gegaran tersebut. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian Online

]]>
http://melayukini.net/2011/09/gempa-bumi-kecil-di-malaysia-akibat-gempa-bumi-di-sumatera-utara/feed/ 0
Doa Orang Perak Jauhi Ancaman Pembangkang yang Kejam http://melayukini.net/2011/07/doa-orang-perak-jauhi-ancaman-pembangkang-yang-kejam/ http://melayukini.net/2011/07/doa-orang-perak-jauhi-ancaman-pembangkang-yang-kejam/#comments Sun, 24 Jul 2011 16:56:20 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=3368 Punya la banyak doa-doa yang nabi ajar kat kita yang bukan sahaja baik untuk diri sendiri, tetapi kepada keluarga dan masyarakat, tapi doa ini juga menjadi pilihan segelintir rakyat di Perak? Korang nak dapat redha kerajaan negeri Perak ke atau redha Allah ni? “Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kuatkanlah semangat Dr Zambry Abdul Kadir, dan pemimpin-pemimpin kami untuk pertahankan kedaulatan negeri kami dari ancaman pembangkang yang kejam!” Pembangkang ada bunuh ahli keluarga korang ke sampai korang kata depa kejam? Kejam tu macam Firaun. Fikir-fikirkan…P/S: Lawak juga kome ni…Doa yang disarankan nabi ketika bulan Ramadhan ialah doa dekatkan syurga kepada kita dan jauhkan neraka dari kita.

doa orang perak

Sumber: Sozcyilli

]]>
http://melayukini.net/2011/07/doa-orang-perak-jauhi-ancaman-pembangkang-yang-kejam/feed/ 0
Pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) Mati Kemalangan Kereta di Slim River http://melayukini.net/2011/07/pelajar-universiti-teknologi-petronas-utp-mati-kemalangan-kereta-di-slim-river/ http://melayukini.net/2011/07/pelajar-universiti-teknologi-petronas-utp-mati-kemalangan-kereta-di-slim-river/#comments Fri, 22 Jul 2011 09:22:07 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=3321 Satu lagi kemalangan maut jalan raya yang melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi UTP Tronoh Perak. Kereta yang dipandu mangsa dipercayai terbabas di PLUS Slim River sebelum terbalik dan menyebabkan mangsa tercampak keluar dan mati. Kes kemalangan yang menyebabkan mangsa tercampak keluar biasanya disebabkan oleh mangsa yang tak memakai tali pinggang keselamatan. Apabila dah tercampak keluar, kira game over dah la. Impak dengan permukaan jalan raya akan menyebabkan gegaran organ dalaman. Kalau jatuh di kepala, terus mati. Hmmm…Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Al fatihah. Berita penuh boleh dibaca dari artikel tempatan di bawah. P/S: Hidup mati ketentuan Allah, tapi kita kena tawakal hanya selepas berusaha 100%. Menggunakan tali pinggang keselamatan kenderaan merupakan salah satu dari usaha yang boleh kita buat. Ramadhan yang akan mendatang beberapa hari lagi, sempatkah kita ketemu?

kancil kemalangan
Gambar hiasan: Foto Kemalangan kereta Perodua Kancil akibat terbalik atau rolloever di jalan raya

IPOH – Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) terbunuh, manakala rakannya cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 364.8 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Slim River semalam.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abddullah Ishak berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada 3.30 petang semalam itu ialah Hafiz Abdul Hamid, 22, pelajar akhir UTP, Tronoh.

Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Abdullah berkata, rakan mangsa Mohd Fakrul Radi Hamthan, 22, yang juga penuntut yang sama mengalami kecederaan di kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari sini ke Kuala Lumpur dikatakan gagal dikawal, lalu terbabas dan terbalik.

Akibat kejadian itu, mangsa tercampak keluar dari keretanya. – Bernama

Sumber Berita: Kosmo

]]>
http://melayukini.net/2011/07/pelajar-universiti-teknologi-petronas-utp-mati-kemalangan-kereta-di-slim-river/feed/ 0