Informasi Malaysia Kini » Polis http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Bagaimana Polis Luar Negara Tangkap Penjenayah (Serius Cool!) http://melayukini.net/2011/10/bagaimana-polis-luar-negara-tangkap-penjenayah-serius-cool/ http://melayukini.net/2011/10/bagaimana-polis-luar-negara-tangkap-penjenayah-serius-cool/#comments Thu, 13 Oct 2011 14:05:34 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=5598 Bagaimana Polis Luar Negara Tangkap Penjenayah (Serius Cool!) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang tengok la sendiri betapa coolnya polis dalam kereta Volvo tu mengejar dan menangkap penjenayah yang melarikan diri. Memang tak sayang nyawa betul. Jom!

Sumber: Reddit.com…]]>
Bagaimana Polis Luar Negara Tangkap Penjenayah (Serius Cool!) | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang tengok la sendiri betapa coolnya polis dalam kereta Volvo tu mengejar dan menangkap penjenayah yang melarikan diri. Memang tak sayang nyawa betul. Jom!



Sumber: Reddit.com

]]>
http://melayukini.net/2011/10/bagaimana-polis-luar-negara-tangkap-penjenayah-serius-cool/feed/ 0
Gambar dan Video Kereta Polis Malaysia Evo 10 Kejar dan Melanggar Kereta Nissan Pelumba Haram di Kuala Lumpur http://melayukini.net/2011/09/gambar-dan-video-kereta-polis-malaysia-evo-10-kejar-dan-melanggar-kereta-nissan-pelumba-haram-di-kuala-lumpur/ http://melayukini.net/2011/09/gambar-dan-video-kereta-polis-malaysia-evo-10-kejar-dan-melanggar-kereta-nissan-pelumba-haram-di-kuala-lumpur/#comments Wed, 28 Sep 2011 13:30:33 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=4353 Melayukini Facebook page. Terima kasih bagi yang sudah. Malam ni, sedang aku surf… video menarik aku di Youtube, aku terjumpa dengan video yang bertajuk “]]> Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca setia Melayukini.net. Kalau korang belum buat lagi, sila like Melayukini Facebook page. Terima kasih bagi yang sudah. Malam ni, sedang aku surf video menarik aku di Youtube, aku terjumpa dengan video yang bertajuk “Police vs Drifter“. Video ni telah dilihat dan dimainkan sebanyak 1.3 juta kali di Youtube.com. Angka yang sangat besar pada pendapat aku. Tapi yang peliknya, kalau korang tengok komen di video ni, semua orang yang tengok video ini seperti tak tahu yang video itu telah dirakamkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Aku pun baru tau setelah melihat betul-betul. Bangga juga aku. Video polis PDRM Evo 10 mengejar kereta lumba penjenayah Nissan ini aku rasa telah dirakamkan di Lebuhraya Mahameru (kalau salah tolong betulkan). Video menarik ni pula telah dimuatnaik di Youtube pada Febuari 2011. Susah juga kerja polis ni ye. Patut la polis merupakan pekerjaan paling stress di Malaysia (Lihat BUKTI). Anyway, kat bawah ni ada stream video dari Youtube dan gambar-gambar snapshot dari video tersebut. Aku terpaksa watermark gamba-gambar kejadian jenayah ni sebab ada sesetengah blogger yang curi artikel aku tanpa letak kredit. Tu buat aku panas. Tapi takpe, biarlah mereka dengan perbuatan jenayah mereka. Bagi korang yang lain, tolong enjoy! UPDATE: Ni salah satu babak dalam filem Kongsi. P/S: Kenderaan paling laju di dunia dan selamanya ialah kenderaan buraq yang ditunggang oleh Nabi SAW yang membawa baginda dari Mekah ke Baitulmaqdis dan terus berjumpa Allah di langit ke 7 dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam. Kereta terakhir bagi korang dan aku pula ialah kereta mayat. Hehe.




]]>
http://melayukini.net/2011/09/gambar-dan-video-kereta-polis-malaysia-evo-10-kejar-dan-melanggar-kereta-nissan-pelumba-haram-di-kuala-lumpur/feed/ 4
Apakah Pekerjaan Paling Stress di Malaysia? Doktor? Cikgu? Polis? http://melayukini.net/2011/09/apakah-pekerjaan-paling-stress-di-malaysia-doktor-cikgu-polis/ http://melayukini.net/2011/09/apakah-pekerjaan-paling-stress-di-malaysia-doktor-cikgu-polis/#comments Tue, 27 Sep 2011 08:15:38 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=4297 Apakah Pekerjaan Paling Stress di Malaysia? Doktor? Cikgu? Polis? | Assalamualaikum dan selamat petang. Korang nak tau tak apakah pekerjaan paling stress atau bertekanan tinggi di Malaysia. Aku terkejut juga. Aku ingat cikgu la pekerjaan paling stress…. Maklum la,]]> Apakah Pekerjaan Paling Stress di Malaysia? Doktor? Cikgu? Polis? | Assalamualaikum dan selamat petang. Korang nak tau tak apakah pekerjaan paling stress atau bertekanan tinggi di Malaysia. Aku terkejut juga. Aku ingat cikgu la pekerjaan paling stress. Maklum la, depa kan selalu cakap itu la, ini la walaupun keje separuh hari je rata-ratanya hehe. Doktor? Korang rasa doktor ke pekerjaan paling stress di Malaysia. Aku pun rasa camtu juga. Bila tengok doktor keje 36 jam non-stop, terasa kasihan di hati tapi bukan mereka. Korang nak teka apa lagi? Tak payah la main teka-teka dah. Baru-baru ni Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) telah membuat penyelidikan tentang fakta dan informasi pekerjaan paling stress sekali di Malaysia dan hasilnya amat memeranjatkan. Pekerjaan polis menduduki carta pertama. Sebab apa ye? Mungkin tahap penerimaan stress anggota polis sangat rendah kot. Kalau polis jadi doktor, boleh jadi super stress kot. Korang boleh baca sendiri artikel di bawah ni. Nak dengar juga pendapat korang. Korang setuju ke polis adalah pekerjaan paling stress di Malaysia. P/S: Ada beberapa dosa tidak boleh ditebus oleh pahala amal baik dan soleh. Amalan yang boleh menebus dosa-dosa tu hanyalah dengan amalan mencari rezeki yang halal. Kerana dengan mencari kerja yang halal itu dapat mengelakkan diri dari meminta-minta dan berhutang. Mendalam juga maksudnya ni.


Informasi dan fakta penyelidikan pekerjaan paling stress di Malaysia

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.

Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.

Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

Namun, katanya, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil. Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini.

Walaupun tidak dinafikan masih ada jenayah kecil berlaku di negara ini, keseluruhannya masih terkawal, mungkin disebabkan banyak rondaan polis di kebanyakan lokasi, termasuk yang menjadi tumpuan penjenayah, katanya yang pernah menginap dua tahun di Detroid, Amerika Syarikat, iaitu bandar yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di negara itu.

Sumber: Berita Harian Online

]]>
http://melayukini.net/2011/09/apakah-pekerjaan-paling-stress-di-malaysia-doktor-cikgu-polis/feed/ 0
Gambar Peragut Dibelasah oleh Wanita di Johor Bharu http://melayukini.net/2011/09/gambar-peragut-dibelasah-oleh-wanita-di-johor-bharu/ http://melayukini.net/2011/09/gambar-peragut-dibelasah-oleh-wanita-di-johor-bharu/#comments Tue, 27 Sep 2011 01:49:16 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=4273 jenayah…. Semalam aku terbaca berita yang menarik ni di mana seorang penjenayah ragut lelaki dikejar oleh mangsa ragut perempuan. Peragut itu telah dijatuhkan dan kemudian dibelasah oleh orang ramai. Jangan sangka perempuan tu lemah. Walau]]> Assalamualaikum dan salam mencegah jenayah. Semalam aku terbaca berita yang menarik ni di mana seorang penjenayah ragut lelaki dikejar oleh mangsa ragut perempuan. Peragut itu telah dijatuhkan dan kemudian dibelasah oleh orang ramai. Jangan sangka perempuan tu lemah. Walau Cindy Tan tu sudah berusia, jangan sangka dia tak kuat ya. Mungkin ada taekwando atau seni pertahan diri kot huhu. Kalau takde pun takpe, korang boleh belajar dari mamat sempoi dari China ni bagaimana nak tangkap atau ajar peragut: http://melayukini.net/2010/01/cara-orang-china-menangkap-peragut-video/. Lawak pun ada gak ni. Berita perincian kes ragut ni ada di bawah. Thumbs up to Cindy Tan! P/S: Janganlah korang mengambil hak orang lain ketika di dunia kerana di akhirat kelak mereka akan kembali menuntut hak mereka itu kembali.

Cindy Heroin Peragut MetroCindy Tan (kanan) melihat pemuda yang meragutnya terbaring selepas dia dibelasah orang ramai. “Jangan ingat wanita tu lemah ye”
polis peragut jb
Peragut ditahan polis selepas dibelasah oleh orang ramai

JOHOR BAHRU: “Menyedari tindakan peragut saya memecut motosikal mengejarnya sebelum menendang motosikal lelaki itu dari belakang menyebabkan kami berdua jatuh ke jalan raya.

“Akibatnya, peragut terbabit gagal bergerak kerana dihempap motosikalnya lalu saya mencapai beg tangan dan lari ke restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” kata mangsa ragut, Cindy Tan, 52, di Jalan Maju, Taman Pelangi, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Cindy menunggang motosikal Yamaha Ego berseorangan dalam perjalanan ke sebuah premis percetakan kad nama di lokasi berkenaan apabila menyedari diekori seorang lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Menurut Cindy, setiba di lokasi kejadian lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri dan meragut beg tangannya yang diletak di dalam raga motosikal sebelum cuba melarikan diri.

“Saya tidak rela membiarkan wang diperoleh hasil kerja keras dirampas begitu saja oleh peragut dan kerana itu saya memberanikan diri melawan,” katanya yang bertugas sebagai jurujual barangan perubatan di sebuah syarikat swasta di Singapura.

Orang ramai yang melihat kejadian serta pelanggan restoran segera keluar dan menahan pemuda itu sebelum diserahkan kepada polis.

Bagaimanapun, sebelum itu, orang ramai yang berang dengan peragut terbabit bukan setakat mengikatnya malah turut ditumbuk serta ditendang hingga berdarah, Polis yang tiba tidak lama kemudian menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.

Menurut Cindy, ia adalah pengalaman ragut kedua berlaku terhadapnya dengan kali pertama pada 2005 di Taman Megah Ria.

“Pengalaman pernah diragut ketika menunggang motosikal enam tahun lalu menyebabkan saya nekad mengejar peragut terbabit,” katanya.


Sumber: Harian Metro Online

]]>
http://melayukini.net/2011/09/gambar-peragut-dibelasah-oleh-wanita-di-johor-bharu/feed/ 1
Keputusan Kes Tembak Mati Remaja Aminulrasyid – Koperal Jenain Polis Dihukum Bersalah http://melayukini.net/2011/09/keputusan-kes-tembak-mati-remaja-aminulrasyid-koperal-jenain-polis-dihukum-bersalah/ http://melayukini.net/2011/09/keputusan-kes-tembak-mati-remaja-aminulrasyid-koperal-jenain-polis-dihukum-bersalah/#comments Thu, 15 Sep 2011 05:16:57 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=3975 Assalamualaikum. Salam tengahari, salam menjamu juadah tengahari bagi yang tak berpuasa. Hari ni telah diputuskan keputusan mahkamah tentang kes tembak pelajar Aminulrasyid di Shah Alam dulu oleh unit polis peronda tidak berapa lama dahulu. Koperal Jenain, polis yang bertanggungjawab melepaskan tembakan itu dijatuhkan hukum 5 tahun penjara dan boleh dihukum penjara 30 tahun atau lebih akibat kesalahan tersebut. Tak sangka juga keputusan mahkamah ni. Dulu ding dong ding dong dalam surat khabar macam polis tak salah, tapi akhirnya, selepas kes bunuh Aminulrasyid ni reda sedikit, keluar keputusan sebegini. Banyak pros dan cons dalam tindakan yang dibuat oleh Koperal Jenain ketika hari kejadian. Tapi atas beberapa faktor, terbukti yang salah tu lebih banyak dari yang betul. Nak buat camna lagi kan. Aku harap keputusan ini tidak akan dapat melemahkan semangat pejuang PDRM untuk terus membasmi jenayah di dalam negara. Kerja tetap kerja yoppp. Berita tentang keputusan mahkamah dalam kes Aminulrasyid ini ada di bawah. P/S: Tanggungjawab ibu bapa adalah memastikan anak-anak jagaan, terutama yang perempuan supaya berada di rumah dan dalam keadaan yang selamat pada waktu lewat malam. Kenali dengan siapa mereka berkawan dan dengan siapa mereka bermain. Didik mereka dengan tarbiah Islam. Dan tarbiah Islam ini hanya akan bermula dengan diri kita sendiri, baru orang lain. Bersama lah kita menjadi ibu bapa yang dapat menunaikan hak kepada anaknya dan bersama membawa keluarga ke syurga yang kekal abadi, insyaAllah.

Kes Amirul Rasyid
Koperal Jenain ketika perbicaraan di mahkamah tentang kes Aminulrasyid

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi mendapati Koperal Jenain Subi bersalah menyebabkan kematian adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati di Shah Alam, April tahun lalu.

Jenain, 48, sebelum ini diperintah membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, antara jam 1.10 pagi dan jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di sini, pada 26 April 2010.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Aminulrasyid dilaporkan meninggal dunia kerana luka tembakan di kepala.

UPDATE

SHAH ALAM: Seorang anggota polis berpangkat Koperal, Jenain Subi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini setelah didapati bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Jenain, 48, didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala. Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi. – BERNAMA


Sumber: Berita Harian Online

]]>
http://melayukini.net/2011/09/keputusan-kes-tembak-mati-remaja-aminulrasyid-koperal-jenain-polis-dihukum-bersalah/feed/ 0