Informasi Malaysia Kini » Sekolah http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Senarai Ranking 43 Sekolah Berasrama Penuh SBP Terbaik PMR 2011 http://melayukini.net/2011/12/senarai-ranking-43-sekolah-berasrama-penuh-sbp-terbaik-pmr-2011/ http://melayukini.net/2011/12/senarai-ranking-43-sekolah-berasrama-penuh-sbp-terbaik-pmr-2011/#comments Sat, 24 Dec 2011 03:45:38 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=11474 Setiap tahun, selepas keluarnya keputusan PMR, kementerian akan mengeluarkan ranking sekolah-sekolah terbaik seluruh Malaysia bagi keputusan tersebut.

]]>
Senarai Ranking 43 Sekolah Berasrama Penuh SBP Terbaik Keputusan PMR 2011 | Pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 baru-baru ini menyaksikan peningkatan pelajar Tingkatan 3 yang mencatatkan keputusan cemerlang dengan mendapat semua A dalam setiap subjek yang diambil. Tahniah kepada setiap pelajar yang berjaya. Bagi yang kurang bernasib baik, SPM 2013 adalah masa untuk anda membuktikan kebolehan masing-masing. Untuk pelajar lepasan SPM, nak tau rank universiti boleh check di sini (Link: Senarai 65 Universiti Terbaik Di Malaysia 2011)

Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2011 bersorak kegirangan.

Setiap kali pengumuman peperiksaan awam seperti PMR 2011, pastinya kedudukan atau ranking sekolah-sekolah terbaik di Malaysia seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan MRSM menjadi tarikan ramai untuk diketahui. Jadi, marilah kita sama-sama melihat kedudukan SBP dalam PMR 2011 mengikut Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah.

Rangking SBP PMR 2011

  1. SM SAINS HULU SELANGOR (1.0054)
  2. SM SAINS TENGKU MUHD FARIS PETRA (1.0139)
  3. SM SAINS TELUK INTAN (1.0191)
  4. KOLEJ TUNKU KURSHIAH (1.0196)
  5. SM SAINS KUALA SELANGOR (1.02)
  6. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK (1.0203)
  7. SM SAINS JOHOR (1.0233)
  8. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)
  9. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)
  10. SM SAINS SELANGOR (1.0263)
  11. THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (1.0264)
  12. SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.0273)
  13. SEKOLAH SERI PUTERI (1.0279)
  14. SM SAINS POKOK SENA (1.0279)
  15. SM SULTAN ABDUL HALIM (1.0325)
  16. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (1.0327)
  17. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.0331)
  18. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.0334)
  19. SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.0336)
  20. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.0373)
  21. SM SAINS MACHANG (1.0411)
  22. SM SAINS MIRI (1.0439)
  23. SBP INTEGRASI GOMBAK (1.0499)
  24. SM SAINS PASIR PUTEH (1.054)
  25. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (1.0549)
  26. SM SAINS BAGAN DATOH (1.0582)
  27. SM SAINS TUANKU JA`AFAR (1.0627)
  28. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM (1.0678)
  29. SM SAINS KOTA TINGGI (1.07)
  30. SBP INTEGRASI SELANDAR (1.0724)
  31. SM SAINS REMBAU (1.0727)
  32. SM SAINS KEPALA BATAS (1.0746)
  33. SM SAINS LAHAD DATU (1.0759)
  34. SBP INTERGRASI TEMERLOH (1.0761)
  35. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (1.0817)
  36. SM SAINS LABUAN (1.0829)
  37. SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH (1.0893)
  38. SBP INTEGRASI JEMPOL (1.0939)
  39. SM SAINS KUBANG PASU (1.096)
  40. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (1.1007)
  41. SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (1.1014)
  42. SBP INTEGRASI RAWANG (1.1084)
  43. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG (1.113)
  44. SM SAINS KUCHING (1.1258)
  45. SM SAINS SABAH (1.1282)
  46. SBP INTERGRASI BATU RAKIT (1.1447)
  47. SBP INTEGRASI GOPENG (1.1464)
  48. SBP INTEGRASI KUBANG PASU (1.149)
  49. SM SAINS SULTAN ISKANDAR (1.1518)
  50. SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK (1.155)
  51. SBP INTEGRASI KUANTAN (1.1824)
  52. SM SAINS DUNGUN (1.1952)

Maklumat kedudukan SBP dalam keputusan PMR 2011 di atas adalah tidak lengkap dan hanya 11 kedudukan SBP teratas sahaja dipaparkan nilai GPS masing-masing kerana maklumat yang terbatas. Diharapkan bagi mereka yang mempunyai ranking lengkap SBP PMR 2011 untuk berkongsi dengan semua.

[kemaskini] Terima kasih kepada yang memberi maklumat seterusnya membolehkan senarai rangking penuh bagi kesemua SBP dilengkapkan untuk keputusan PMR 2011. Maklumat di atas dilengkapkan dengan rujukan di FB SBP KPM.

Nota tambahan: Maklumat diatas diperolehi daripada sbpexcellent.com. Nilaian GPS mengambil kira prestasi semua pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut.


Sumber: Beliamuda | Layari koleksi Berita Pendidikan Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2011/12/senarai-ranking-43-sekolah-berasrama-penuh-sbp-terbaik-pmr-2011/feed/ 0
Isu Potong Duit RM100 – Luahan Hati Cikgu Suziani http://melayukini.net/2011/11/isu-potong-duit-rm100-luahan-hati-cikgu-suziani/ http://melayukini.net/2011/11/isu-potong-duit-rm100-luahan-hati-cikgu-suziani/#comments Fri, 18 Nov 2011 08:10:21 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=8890 Cikgu dan Guru Besar sekolah telah dihentam seteruk-teruknya akibat isu memotong duit bantuan RM100 murid sekolah. Di sini Cikgu Suziani ingin meluahkan perasaan.

]]>
Isu Potong Duit RM100 – Luahan Hati Cikgu Suziani | Sekolah saya ada beberapa orang waris yg masih belum menjelaskan yuran awal tahun. Minta dah banyak kali, tulis surat dah banyak kali. Lagipun yuran yg hendak di jelaskan itu sekitar RM20 hingga RM40 je. Suruh bayar sikit2 pun tak mahu. Sekolah dah nak tutup tapi yuran masih tak bayar. Kalau Guru Besar yg baik atau ada guru yg prihatin selalunya duit depa lah kena korbankan. Apa salahnya pihak sekolah memotong sedikit duit tu utk jelaskan yuran.

Buku2 kehadiran kita kena audit. Kalau dia tak bayar yuran, memang akan menyusahkan pihak sekolah balik, jadi tolong jangan tuduh guru2 dan Guru Besar. Sekolah saya je setiap tahun mesti ada aje guru yg kena korbankan duit gaji dia sebab nak settle benda2 mcm ni. Ibubapa cam ni mmg tak bertanggungjawab.

Dah dapat bantuan pun masih tak mahu menjelaskan yuran. Duit tu pun tujuannya utk benda2 cam ni bukan utk belanja makan KFC. Tuan2 dan puan2 tolonglah bersangka baik dengan pihak sekolah.

Tadi ada sorg guru sekolah saya kena marah dengan gb sebab ambil duit hutang yuran dari seorang bapa dari duit bantuan tu. Tapi bapa tu sendiri yg sukarela nak bayar dengan duit bantuan tu, bukan cikgu tu paksa. Cikgu tu cuma ingatkan dia ttg bayaran yg masih belum di jelaskan. Tolong hentikan segala tuduhan pada kami ye…. Semua duit yang kami minta parent bayar masa awal sekolah adalah atas arahan pihak atasan bukan kami pandai-pandai nak letak yuran.

Kalau boleh kami tak mahu parent bayar sesen pun sebabnya nak urus duit mereka tu bukan senang. Kami ada buku rekod kehadiran di mana semua bayaran yg telah di sahkan akan di rekod dalam buku ini dan buku ini pula akan di audit. Jadi nak tak nak kena bayar juga. kalau cikgu2 tak mahu bayar, kami akan minta PIBG bayarkan. Selalunya ibubapa yang nak bayar akan bayar sikit-sikit contohnya sebulan RM10 pun kami terima, yang masalahnya ni parent yg tak mahu bayar langsung.

Tengoklah dah dapat duit RM 100 pun masih mengadu yg duit mereka di potong oleh pihak sekolah kerana bayar yuran anak mereka yg tertunggak. Memang tak reti bersyukur. .. ada juga yg cikgu bayarkan yuran tapi tak reti nak berterimakasih. Aku rasa profesion perguruan adalah satu kerjaya yg selalu kena pakai duit sendiri utk selesai masalah sekolah. Ada satu sekolah tu tiap cikgu kena bayar rm10 sorang utk byr duit elektrik . -Cikgu Suziani-

P/S: Setiap pekerjaan pun ada cabaran dan pengorbanan. Memang tidak dapat kita nak pertikaikan keperihatinan seorang guru kepada anak-anak muridnya. Semoga kerajaan mengambil berat tentang isu potong RM100 ini. Nanti yang akan ditanya di akhirat kelak ialah kenapa ibu bapa itu tidak mampu bayar? Adakah kerana salah kerajaan yang tidak memberi kebajikan atau kerja yang secukupnya kepada rakyatnya?

Sumber: Gerai 3 Abdul | Koleksi Berita Pendidikan Melayukini.net

]]>
http://melayukini.net/2011/11/isu-potong-duit-rm100-luahan-hati-cikgu-suziani/feed/ 10
Isu Gaji Guru 2012 Naik Banyak – Apa Kata Doktor? http://melayukini.net/2011/10/isu-gaji-guru-2012-naik-banyak-apa-kata-doktor/ http://melayukini.net/2011/10/isu-gaji-guru-2012-naik-banyak-apa-kata-doktor/#comments Tue, 25 Oct 2011 00:55:24 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=6549 perbelanjaan bajet 2012…, abang Najib telah menyampaikan berita baik kepada hampir semua penjawat awam, terutamanya golongan guru atau cikgu. Berkenaan hal ni, apa komen para doktor tentang isu ini. Komen-komen ini telah]]> Assalamualaikum dan salam sejahtera. Umum mengetahui dalam perbelanjaan bajet 2012, abang Najib telah menyampaikan berita baik kepada hampir semua penjawat awam, terutamanya golongan guru atau cikgu. Berkenaan hal ni, apa komen para doktor tentang isu ini. Komen-komen ini telah terakam dalam entri – Gaji Guru Naik Banyak Januari 2012. Korang boleh la ikuti komen-komen dalam isu gaji guru naik banyak 2012 ni. Pendapat aku pula, Berpijaklah pada bumi yang nyata – gaji guru naik banyak, gaji doktor naik sket sebab GURU-GURU ADALAH PENGUNDI TEGAR KERAJAAN (jumlah guru kat malaysia ni pun banyak), DOKTOR TAK MENGUNDI SEBAB TAKDA MASA (jumlah pun sket je). So make sense la kerajaan naikkan gaji guru. Buat apa nak naikkan gaji orang yang tak mengundi hehehehehe….Jadi semua orang, pi daftar undi cepat2 bagi yang belum. Pilihanraya Umum (PRU 13) dah dekat dah ni. P/S: Dunia dicipta untuk manusia tetapi manusia dicipta untuk akhirat.

Gambar hiasan – Sumbangan cikgu kepada generasi baru amatlah dihargai oleh semua lapisan masyarakat termasuk penulis blog. Hanya Allah dapat membalasnya.

Kata Jejaka J – First of all good and simple article. Kita hormati guru sebagai pendidik generasi muda. Kita semua menulis, membaca blog ini pun hasil didikan guru guru kita yang terdahulu. Mereka menyumbang bakti kepada masyarakat. Tetapi kebanyakan guru kini (app 20%) lebih mementingkan wang dan keuntungan daripada tanggungjawab mereka untuk mendidik. Ini realiti yang terpaksa kita terima.

Saya ada seorang sahabat yang bekerja sebagai seorang doktor di Malaysia dan beliau berasa tidak dilayan seperti seorang doktor. Bagi contoh mudah gaji permulaan basic doktor di malaysia maksimum RM 3500 untuk bekerja dari 7 pagi hingga 5 petang (if lucky which never happen) untuk Isnin hingga Jumaat. So kalau dibahagikan jumlah bayaran per hour adalah (RM 3500 bahagi (20 hari bekerja sebulan x 10 jam bekerja sehari) = RM 17.50 per hour). Kalau oncall dibayar RM 100 sehari regardless how many hours. So kalau katakan oncall 3 kali seminggu Isnin, Khamis dan Ahad. Isnin dan Khamis dari 5 ptg ke 7pagi esoknya = 14 jam x 2 hari = 28 jam. Ahad oncall 24 jam. Total earned for 3 days oncall is RM 300. Per hour income RM 300 divide by 52 hours = RM 5.82 per hour.

Saya percaya jika saya mengemis di tepi jalan saya boleh dapat lebih dari RM 6 sejam. Isnt it an insult to the doctors who have basically 3 degrees (Medicine, Surgery and Obs) and earn RM 6 per hour for their expertise in saving life??

Kita lihat pada guru pula – Gaji basic katakan RM 2000 per month. Waktu bekerja 7 pagi hingga 2 petang Isnin hingga Jumaat. Payment per hour ((RM2000 divide by (35 hours per week x 4 weeks) = RM 14.30 per hour. Dan perlu diingatkan kebanyakan guru ada membuat private tuisyen.

Dari segi bebanan kerja saya sendiri pernah menjadi guru sandaran selama 2 bulan (covered Math and English teacher). Dari segi bebanan kerja tidaklah sesibuk mana. Saya juga membuat kertas peperiksaan, menanda kertas peperiksaan, menyertai ko-kurikulum etc…. my mom was the principal of the school so she asked me to do the whole lot of jobs sebab guru yang asalnya disuruh buat kerja tak boleh diharap. I found it a bit busy but acceptable. Jika anda tidak pernah merasa oncall sebagai seorang doktor (which is about 36 hours working) saya cadangkan cuba pergi ikut doktor oncall. Then you guys will know yourselves.

Saya bukan ingin memandang rendah guru, tetapi kerajaan harus berbuat sesuatu jika tidak ingin doktor doktor lari ke luar negara. But trust me if the young doctors emigrate to other country kerajaan bukan akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, tetapi akan melaga-lagakan doktor dan masyarakat dengan menggembar gemburkan bahawa kerajaan telah menghabiskan berjuta-juta duit RAKYAT untuk seorang doktor dan inikah balasan doktor kepada RAKYAT. Pandailah pulak cakap wang tu wang RAKYAT, tetapi kalau untuk kegunaan pemimpin mereka katakan wang KERAJAAN. Sekian terima kasih

Balas seorang cikgu – Ayat je yg sedap tu.Ingat senang ke nak dpt guru itu,guru ini….Yg dpt naik pangkat tu pun jwatan hakiki,xnya time based.Ckit je jumlahnya….Jgn byk songeh la….try jd cikgu dulu sebulan trutama d sek menengah.Lpas tu nak komen…..komen la.Sblum sya jd cikgu,sya prnah jd kerani,jd pembantu klinik dan mcm2 lg.Kerja cikgu ni plg stress la.

Doktor A pula mencelah – Salam. Saya seorang doktor kerajaan sejak hampir 7 tahun yg lalu. Alhamdulillah basic degree mak bapak saya yang bayar dan latihan / exam post grad pun saya bayar dgn duit hasil keringat saya sendiri. Kerja yang saya lakukan memang saya rasa tak setimpal dengan gaji yang saya terima.

Saya memang berharap kerajaan dapat duduk dan semak balik skim gaji doktor serta bebanan kerja yang para doktor hadapi. Saya tahu semua orang kerja pun penat dan stress tetapi hanya doktor sahaja tahu apa jenis tekanan fizikal dan mental yang dihadapi terutama yang berkerja di hospital hospital besar yang sibuk.

Kurang waktu tidor , bekerja 35 jam tanpa henti hingga 6 – 7x sebulan , cuma satu atau 2 weekend yang betul betul cuti dlm sebulan. Start kerja pukul 7.30 , balik lepas pukul 6 dah menjadi perkara biasa Dr di Malaysia. Accident kereta lepas balik on call pun perkara biasa.

Tahun ini sahaja 3 kawan2 ‘Dr couple’ yang bercerai berai kerana stress dan kualiti hidup yang buruk.tak hairanlah ramai Dr Malaysia tak kirala non malay ke or malay ke akan cuba utnuk keluar ke negara maju lain yang lebih pandai menghargai usaha , ilmu dan pengorbanan Dr. Memang hidup ni mencari pahala tapi pahala tak boleh nak bayar duit cikgu tuisyen.

Kalau pihak berkuasa benar benar mamandang serius masalah ‘ brain drain’ di Malaysia , saya yakin penyelesaian dapat dicapai. Siapa yang nak keluar dari negara sendiri kalau kita boleh hidup dgn bahagia di samping mak bapak dan keluarga lain? Saya memang sayangkan negara saya tapi saya rasa saya tak mampu untuk bertahan lama dgn gaya hidup macam ni utk jangka masa yang lama. Dr selalu dikatakan tidak patriotik tetapi saya cabar sesiapa saja untuk cuba hidup dalam rutin seorang Dr selama seminggu. Saya rasa kalau kereta kita kerjakan macam tu pun boleh jahanam.

Tentang gaji guru , saya tumpang gembira dgn kenaikkan gaji mereka. Kalau kita kaji sejarah dunia , antara langkah langkah yang diambil oleh penguasa di Jepun dalam proses pembangunan negara dan rakyat mereka adalah menaikkan gaji mereka. ini memang mudah difahami. Manusia perlukan motivasi untuk cemerlang dan antara motivasi yang berkesan adalah wang. Sapa sapa pun macam tu. Gaji polis , tentera pun patut naik. Tengok kat negara mcm Australia , Polis sgt professional , gaji basic poLIs biasa AUD 3500. Gaji mereka cukup , tak perlu makan rasuah. Kalau gaji cikgu cukup , mereka pun boleh fokus dlm kelas, tak payah buat MLM. budak – budak belajar kat sekoah dah cukup. Tak payah pegi tusyen.

So tahniah para guru , alhamdulillah di atas rezeki kamu. semoga lebih kuat berusaha dan menabur jasa. Untuk para doktor , jangan sedih…cepat cepat jadi pakar… Singapore , Australia , Canada , Saudi , Dubai , Oman menanti anda dengan dada dan tangan terbuka. Takpe , bumi Allah luas , rezeki ada di mana2 dan kita boleh berkhidmat di mana2 insya Allah

Cikgu Solblade – salam semua.. artikel kat atas tu kene byk lg wat kajian.. kalu gaji guru naik pun ..bukannyer dalam setahun leh cecah 5000 dalam masa setahun..Kena servis belas2 tahun..tu satu hal..pastu nurse ada overtime yang dibayar..guru mana ada..keje la sabtu ahad tak penah dibayar pun.. ada orang lain kesah???orang lain keje hari ahad ..bayaran siap double lagi. cikgu wat claim pun jarang dapat…Kenyataan nyer gaji jawatan awam lain lagi besar dari guru..
gaji nurse campur OT ,..fuh…tinggi beb.. tu baru nurse..belum lagi doktor …PASTU BAB DOKTOR ONCALL.. CEH… tu jer kuar dari mulut aku..pikir2 kan lah..

Tiba-tiba ada pulak jururawat KKM mencelah – Sorryla ok bro, nurse mana ade oncall, diaorg keje shiftlh, yg oncall cuma yang betugas dkt OT bukan OverTime tapi Operation Theatre. ydoktor pulak memanglh oncall tapi ada flat rate/tak boleh lebih. kalo lbh keje tak bebayar laa. bolehke kite keje lbh 24jam?. saya rasa cikgu pun tak boleh thn duduk selama 8 jam(office Hours) sekolah sbb tulah balik belum jam 5

Lepas tu ada seorang doktor KKM yang emosi mencelah – xadil gaji cikgu sama ngan doktor padahal doktor kerja sampai tak tidur2. KO KERJA RILEK. AKU KERJA SAMPAI TAK TIDUR LA BODOH. ayat guru kecil macam sial. kerja 8 ke 5 tapi gaji sama ngan orang kerja 40 jam nonstop. guru kecil, ko pernah lalui 40 jam tanpa tidur sesaat?

Seorang doktor yang matang telah mencelah juga – KEPADA DOKTOR KKM.. CUKUP-CUKUPLAH MEMALUKAN GOLONGAN DOKTOR DENGAN PENULISAN MENGIKUT EMOSI.. RAMAI LAGI DOKTOR SELAIN AWAK, TAPI TAK ADALAH NAK MINTA LEBIH-LEBIH.. YANG PENTING KITA KERJA IKLAS DAPAT PAHALA UNTUK AKHIRAT YANG KEKAL.. DOKTOR KKM KALAU ASYIK MERUNGUT, KERJA PUN TAK BERKUALITI.. CUKUP-CUKUPLAH, ASYIK ULANG AYAT KERJA 40 JAM … YANG AWAK KERAP BUKA INTERNET, KERAP HANTAR KOMEN KE LAMAN WEB NI, ADA PULA MASA AWAK ? MANA KERJA AWK 40 JAM NONSTOP ? MAAFLAH DOKTOR KKM..

Ada banyak lagi komen, aku tak larat nak salin, korang baca la sendiri kat sini – Gaji Guru Naik Banyak Januari 2012

]]>
http://melayukini.net/2011/10/isu-gaji-guru-2012-naik-banyak-apa-kata-doktor/feed/ 3
Hadiah Hari Guru Terbaik (Serius Lawak!) http://melayukini.net/2011/10/hadiah-hari-guru-terbaik-serius-lawak/ http://melayukini.net/2011/10/hadiah-hari-guru-terbaik-serius-lawak/#comments Sat, 22 Oct 2011 14:15:11 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=6352
Cikgu Jepp: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan. …
]]>
Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu Jepp sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu Jepp: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Mamat: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu Jepp: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Mamat dan Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu Jepp: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu Jepp: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu Jepp: Patutlah.


Sumber: Gelihati

]]>
http://melayukini.net/2011/10/hadiah-hari-guru-terbaik-serius-lawak/feed/ 0
Cita-Cita Murid (Lawak Sekolah!) http://melayukini.net/2011/10/cita-cita-murid-lawak-sekolah/ http://melayukini.net/2011/10/cita-cita-murid-lawak-sekolah/#comments Fri, 21 Oct 2011 12:30:50 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=6254 Cita-Cita Murid (Lawak Sekolah!) | Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Jepp.
Seperti kebiasaan pada awal …
]]>
Cita-Cita Murid (Lawak Sekolah!) | Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Jepp.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Shuib : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Jepp : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Johan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Jepp : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.

Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Mamat dari meja belakang…

Cikgu Jepp : Yer saya….

Mamat : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Jepp : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas… terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Mamat…

Mamat : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memang tak boleh diduga. Idea yang sangat lawak.

Sumber: Gelihati

]]>
http://melayukini.net/2011/10/cita-cita-murid-lawak-sekolah/feed/ 2