Informasi Malaysia Kini » Tempatan http://melayukini.net Portal Hub Berita Menarik Malaysia Wed, 08 Feb 2012 02:43:01 +0000 en hourly 1 Gempar! Jutaan Ulat Ratus Menyerang Sawah Kedah http://melayukini.net/2012/02/gempar-jutaan-ulat-ratus-menyerang-sawah-kedah/ http://melayukini.net/2012/02/gempar-jutaan-ulat-ratus-menyerang-sawah-kedah/#comments Tue, 07 Feb 2012 12:55:21 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=14751 Beribu-ribu petani di Kedah mengalami kerugian teruk apabila sawah padi mereka diserang oleh jutaan ulat ratus yang merosakkan tanaman sawah padi.

]]>
Gempar! Jutaan Ulat Ratus Menyerang Sawah Kedah | Sejenis ulat dikenali sebagai ulat ratus di kalangan pesawah telah menyerang lebih 200 hektar sawah di daerah Kubang Pasu sejak sebulan lalu menyebabkan kerugian lebih RM150,000. Serangan ulat terbabit atau nama saintifiknya ‘spodoptera mauritia’ membabitkan kawasan milik lebih 100 pesawah.

Ulat ratus itu kebiasaannya menyerang daun pokok padi dan kemudian melarat ke tangkai buah menyebabkan batang pokok padi patah dan tidak boleh dituai. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata ulat ratus juga dikenali sebagai ulat kerbau berasal dari sejenis kupu-kupu yang membiak dengan cepat mengancam sawah padi.

Melayukini.net – Takziah diucapakan kepada petani-petani kita yang mengalami kerugian yang sangat besar dalam perniagaan sawah padinya. Kita mendoakan agak Allah permudahkan urusan mereka semua. Amin.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut: MyNewsHub | Layari Berita Menarik Tempatan Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/02/gempar-jutaan-ulat-ratus-menyerang-sawah-kedah/feed/ 0
Gambar Kemalangan Vios Dan Saga di Jalan Mantin Branang – 3 Mati http://melayukini.net/2012/01/gambar-kemalangan-vios-dan-saga-di-jalan-mantin-branang-3-mati/ http://melayukini.net/2012/01/gambar-kemalangan-vios-dan-saga-di-jalan-mantin-branang-3-mati/#comments Tue, 24 Jan 2012 13:41:02 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=13885 Dua buah kereta, Toyota Vios dan Proton Saga telah bertembung di Jalan Mantin - Branang mengakibatkan kematian kepada 3 orang. Jom baca berita lanjut.

]]>
Gambar Kemalangan Toyota Vios Dan Proton Saga di Jalan Mantin Branang – 3 Mati | Tiga individu termasuk sepasang suami isteri, terbunuh dalam kemalangan jalanraya membabitkan dua kereta di Jalan Mantin-Beranang dekat sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Toyota Vios yang dinaiki pasangan suami isteri itu bertembung dengan Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.


Beginilah keadaan Toyota Vios selepas pelanggaran dalam kemalangan jalanraya tersebut.

Mangsa yang maut ialah penumpang belakang Toyota Vios iaitu Lim Fong Len, 74, dan isterinya, Chong Yoon Ying, 57, yang berasal dari Mantin, serta pemandu Proton Saga, Tee Chan Hen, 23, yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor. Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Yusoff Awang, berkata Chong meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Mantin manakala Lim maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Katanya, pasangan suami isteri itu dan pemandu Proton Saga meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Beliau berkata, tiga lagi mangsa dalam Toyota Vios itu, iaitu pemandu berusia 37 tahun dan isterinya, berusia 40-an serta anak saudara perempuan mereka berusia tiga tahun dilaporkan parah dan dirawat di HTJ.

“Ketika kejadian, lima beranak yang menaiki Toyota Vios itu dalam perjalanan menghala ke Beranang manakala Proton Saga itu menghala ke Mantin,” katanya. Mohd Yusoff berkata, pemandu Proton Saga terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Vios berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kemalangan jalanraya itu masih disiasat. “Semua mayat dibawa ke HTJ untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga masing-masing,” katanya.

Seorang saksi, Zakaria Mohd Kadir, 23, yang berada berhampiran tempat kejadian sewaktu kemalangan itu, berkata dia bersama tiga lagi rakannya sedang membaiki paip bocor di tepi jalan itu sebelum terdengar dentuman kuat.

Katanya, mereka terkejut apabila mendapati dua kereta remuk teruk selepas bertembung kira-kira 20 meter dari tempat mereka berada. “Saya bersama rakan yang lain terus berkejar ke arah kereta terbabit dan cuba membantu mengeluarkan penumpang dari Toyota Vios yang mengerang kesakitan.

“Pemandu Proton Saga itu pula saya lihat sudah tidak bernyawa dan tersepit dalam kenderaannya yang remuk,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Melayukini.net – Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan di Jalan Mantin – Branang ni. Yang hidup pasti kan mati.


Sumber: Berita Harian Online | Layari Berita Kemalangan Informasi Malaysia Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/01/gambar-kemalangan-vios-dan-saga-di-jalan-mantin-branang-3-mati/feed/ 0
Misteri Suara Aneh Dari Langit – Apa Kata Ustaz? http://melayukini.net/2012/01/misteri-suara-aneh-dari-langit-apa-kata-ustaz/ http://melayukini.net/2012/01/misteri-suara-aneh-dari-langit-apa-kata-ustaz/#comments Mon, 23 Jan 2012 01:30:10 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=13672 Apakah sebenarnya bunyi pelik dan luar biasa yang mengganggu penduduk Kota Samarahan? Apa pula kata ustaz tentang isu bunyi pelik ini? Mari ikuti ulasan Harussani Zakaria.

]]>
Misteri Suara Aneh Dari Langit – Apa Kata Ustaz? | “Suara aneh dan menakutkan dari langit” atau Dengkuran Gergasi (LINK) yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak, baru-baru ini mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.

“Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam..mungkin ia adalah amaran kepada kita..Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman…banyak petanda yang sudah berlaku. Kita perlu merenung diri bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang kita lakukan, kita merupakan umat paling maju dan bertamadun..namun kita lupa Tuhan, kita semakin kufur padaNya, malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni.”

Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.

“Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang. Rasulullah ada sebut dulu..ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh..gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi. Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin ‘sar-sar’, angin ‘sar-sar’ ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni..angin ‘sar-sar’ ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth,” ulasnya lagi.

Justeru, Mufti Perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan di seluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu. Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaitkannya dengan fenomena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.

Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan bahawa insiden kejadian aneh itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai “High Frequency Active Auroral Research Programme” (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.

Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut. Ikuti sekali lagi video kejadian aneh suara pelik dari langit di Kota Samarahan Sarawak. Menyeramkan!

Melayukini.net – Jika sains tidak dapat membuktikan dari mana datangnya suara dan bunyi aneh itu, berpijaklah di bumi yang nyata di mana, adanya alam ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh manusia. Percaya kepada alam ghaib ni merupakan salah satu dari rukun iman, seperti percaya adanya syurga dan neraka, percayanya ada hari akhirat dan percaya kepada qada dan qadar. AKAN TETAPI, janganlah kita terlalu taksub dengan bunyi tersebut sehingga boleh syirik. Semoga kita semua dijauhkan dari dosa syirik yang tidak diampun oleh Allah. Wallahualam.


Sumber: MyNewsHub | Layari Koleksi Berita Menarik Tempatan Melayu Kini Net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/misteri-suara-aneh-dari-langit-apa-kata-ustaz/feed/ 0
Sebab Kematian Izwan Pilus http://melayukini.net/2012/01/sebab-kematian-izwan-pilus/ http://melayukini.net/2012/01/sebab-kematian-izwan-pilus/#comments Fri, 20 Jan 2012 16:15:09 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=13569 Penyanyi Izwan Pilus, abang kepada penyanyi Aril AF telah kembali menemui Ilahi apabila meninggal dunia dikatakan akibat jangkitan kuman dalam darah.

]]>
Sebab Kematian Izwan Pilus | Penyanyi Izwan Pilus telah pun meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi di Hospital Ampang dipercayai akibat jangkitan kuman dalam darah. Perkhabaran ini juga telah disahkan oleh adik allahyarham Aril AF di twitter miliknya.

Kematian Izwan Pilus ini sebenarnya agak mengejutkan. Tetapi yang hidup pasti akan mati. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Takziah kepada keluarga Izwan Pilus. Jenazah Allahyarham Izwan Pilus dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan. Al fatihah.

Siapa Izwan Pilus? Biodata:

Gambar terakhir Izwan Pilus

NAMA: Khairil Izwan Pilus

PANGGILAN: Izwan atau Kutek

TARIKH LAHIR: 24 November 1979

TEMPAT LAHIR: Hospital Universiti, Kuala Lumpur

BINTANG: Sagitarius

TINGGI: 174 sm

ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada empat beradik

HOBI: Membaca dan aktiviti lasak

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia (UUM)

MUZIK: Pop, R&B, Irama Malaysia, balada dan alternatif rock

PENCAPAIAN: Finalis Bintang RTM (2004), Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan Finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.


Rujukan: MyNewsHub | Beautifulnara | Layari Berita Tempatan Melayu Kini

]]>
http://melayukini.net/2012/01/sebab-kematian-izwan-pilus/feed/ 0
Kereta Melambung – 4 Mati Kemalangan Ngeri Kuala Terengganu http://melayukini.net/2012/01/kereta-melambung-4-mati-kemalangan-ngeri-kuala-terengganu/ http://melayukini.net/2012/01/kereta-melambung-4-mati-kemalangan-ngeri-kuala-terengganu/#comments Thu, 19 Jan 2012 03:10:56 +0000 Huzaifah Al-Selangori http://melayukini.net/?p=13430 Empat orang mati dalam satu kejadian kemalangan jalanraya ngeri yang mana sebuah kereta terbabas sebelum melambung ke arah kenderaan lain.

]]>
Kereta Melambung – 4 Mati Kemalangan Ngeri Kuala Terengganu | Empat lelaki maut manakala seorang wanita terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga kereta di Jalan Sultan Mizan berhampiran Taman Semarak, di sini, kira-kira jam 6.25 petang semalam.

Gambar Hiasan: Kereta yang melambung memerlukan “launching pad” dan apakah “launching pad” dalam kes kemalangan di Kuala Terengganu ini?

Mangsa terbunuh dikenali sebagai Mohd Rizal Ibrahim, 30, dari Sungai Limau, Baling, Kedah dan rakannya, Mohd Faris Mohd Shaimi, 26, kakitangan Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu yang menaiki kereta jenis Honda.

Dua mangsa lagi yang maut menaiki kereta Perodua Kancil dikenali sebagai Nor Azni Mat Jusoh, 21, dari Felda Mengkawang, Kuala Berang, Hulu Terengganu dan Mohd Zaini Abdul Razak, 43, yang berasal dari Taman Ayer Keroh Height 1, Ayer Keroh, Melaka.

Semua mangsa kemalangan jalanraya itu cedera parah di kepala dan badan. Manakala mangsa terselamat ialah Noriani Mohamad, 36, dari Kampung Mengabang Telung, di sini, yang memandu kereta Proton Persona.

Menurut saksi, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Honda dari arah Stadium Sultan Mizan, di sini, terbabas dan melambung sebelum menghempap kereta Perodua Kancil yang dalam perjalanan dari arah bertentangan.

“Kejadian itu menyebabkan pemandu Proton Persona yang berada di belakang Perodua Kancil itu terkejut sebelum membrek secara mengejut menyebabkan bahagian hadapan kereta berkenaan remuk,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Abdullah Zawawi Mamat yang mengetuai operasi berkenaan berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian kemalangan jalanraya sebaik menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira jam 6.30 petang.

“Kami mendapati empat daripada lima mangsa yang terbabit dalam kemalangan terbabit sudah meninggal dunia dan mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

Ketua Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam/Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Che Khazahari Amat ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kemalangan jalanraya itu.

Melayukini.net – Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan jalanraya di Kuala Terengganu ini. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa mengingat kepada kematian. Al fatihah.


Sumber: Harian Metro Online | Layari Berita Kemalangan Melayu Kini Net

]]>
http://melayukini.net/2012/01/kereta-melambung-4-mati-kemalangan-ngeri-kuala-terengganu/feed/ 4